Showing posts with label generasi x. Show all posts
Showing posts with label generasi x. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Kesian.... cuma kerja lap dulang je!

   Bangun pagi pukul 5.Lepas subuh terus bertolak ke sekolah.Sampai sekolah lebih kurang 6.30 pagi.Lepas punch in terus bertugas di pagar menyambut anak-anakku tersayang yang berduyun-duyun masuk ke kawasan sekolah.7.30 pagi mula bertugas di kelas hinggalah jam 12.10 kerana hari ni Jumaat.Jika hari biasa, 2.05 petang paling awal.Balik rumah sekejap, kemudian jam 3.00 petang ke sekolah semula kerana ada aktiviti rewang untuk sambutan maulidurrasul di sekolah esok.Seronoknya bila tengok punyalah ramai cikgu-cikgu dan anak-anak murid yang datang!Petang ni jam 6, ada majlis khatam AlQuran di surau sekolah.Ada yang stay dan berjemaah untuk solat maghrib dan isyak.Lepas Isyak, berkumpul lagi ramai-ramai.Apa lagi, makan sup cicah rotilah....Esok, sambutan maulidurrasul di sekolah.Kita makan dalam dulang ramai-ramai @ ambeng tapi menu nasi minyak.Aduh!!!Penatnya!!!!Tak tau dah apa nak tulis.Tapi update tetap update.Jadi, apa lagi... jomlah tengok gambar yang sempat aku ambik.
-
-
-
-


Gelagat anak-anak merewang...



Amboi!Seronok bukan main!



Serious nampak kak cik?



Seronok ye?



Pantang aku angkat telefon,
terus anak-anak aku ni posing.
Generasi Z lah katakan!

Esok, jangan lupa datang ye!

Alamak!Bila aku nak blogwalking ni?

Sunday, February 5, 2012

Eeeiii!!Dia buat donooooooo je?????

    Zaman dulu, jangankan nak duduk sama-sama dalam majlis, nampak je tetamu datang, dengan segera aku dan adik-beradik aku  yang ada di ruang tamu atau di anjung depan, akan ke dapur atau ke bilik.Kami hanya akan menunjukkan muka jika dipanggil oleh emak atau ayah untuk bersalam dengan tetamu yang datang.

   Tetapi zaman sekarang ni,  bila tetamu datang ke rumah, budak-budak ( dan juga yang tak berapa budak, yang dah pandai bercinta monyet) buat donooooooo je.Lebih-lebih lagi kalau sedang menonton tv, menghadap komputer atau bermain game.Seolah-olah, takde rasa hormat langsung pada tetamu yang datang.Paling tidak pun, ibu ayah ajarlah anak-anak supaya tanya dengan sopan, tetamu tu nak berjumpa dengan siapa? Atau sekadar senyum dan minta mereka menunggu di ruang tamu sementara ibu bapa diberitahu.


   Inikah yang dinamakan generasi Y atau Z?Adat tidak lagi dikelek dan agama tidak lagi dijunjung.Jika benarlah, maka aku sebagai seorang generasi X, berasa sangat bimbang kerana lambat laun akan hilanglah jati diri orang Melayu yang penuh dengan adat sopan dan budaya.Itu belum lagi bab agama, contohnya sewaktu azan berkumandang, budak-budak ramai yang mengadap tv menonton kartun atau yang emak-emak budak mengadap tv menonton drama.Bukan tak boleh menonton tetapi tanggung jawab sebagai muslim harus dijalankan dahulu.

   Kadang-kadang, aku pun naik menyampah dengan anak-anak generasi Z, yang gediknya nauzubillah...Tengok jelah di rancangan-rancangan tv tu. Salahnya mungkin orang tua juga kerana takut nak tegur kerana bimbang anak-anak lari dari rumah.Jadi,kesimpulannya, biar semoden mana pun kehidupan dan pemikiran kita, biar generasi ke berapa kita tergolong, biarlah adat sentiasa dikelek dan agama sentiasa dijunjung.Insyaallah, selamat hidup kita dunia dan akhirat...



Kucing gedik?
Cantiknya!!!!

Perempuan gedik??