Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, May 25, 2011

Budak kolej + anak jin = anak ?

   Suka tak menonton cerita Ahmad Albob Yang Punya?Semalam aku tertonton pula cerita ni.Ceritanya oklah tapi aku rasa pengarahnya patut lebih peka.Banyak yang rasanya aku perlu tegur.Antaranya adalaha...

1.   Aku menyampah betul tengok watak-watak anak dara yang konon belajar di kolej tu.Seksi tak bertempat!Apalah salahnya minta dia orang tu pakai sopan sikit.Ini tidak, kalau boleh telanjang, dah lama dia orang tu telanjang!Buat tambah dosa je.

2.   Aku rasa pengarah tu patut tegur watak-watak Eda dan Ijah tu.Dressing mak ai tapi kata orang miskin.Dengan rambut dah bertukar warna dan pakaian yang alamak... macam pegang watak GRO.Orang miskin macam tu ke? ( atau orang Islam macam tu ke?)

3.   Mesti ada watak budak bendul.Dah tu dressingnya sama je.Dengan cermin mata besar ala-ala Yo Soy Betty La Fea.Ingat orang bendul tak tau bergaya ke?At least berilah pakai baju kurung biasa je kan boleh?Cermin mata je bendul tapi pakaian tak kalah seksi dengan watak lain.

4.   Watak pensyarah tu pun macam biasa aku lihat di mana-mana.Dengan tahi lalat terjojol, sanggul besar dan bunga-bunga besar.Buatlah cara lain kalau nak buat lawak pun!

5.   Watak jin aka Jun Jun Atun tu pula kalau pakai pelik-pelik tak pe sebab watak jin.Tapi janganlah pakai seksi jin oiii!!!Badan saiz XXL tetap cantik kalau tahu batas berpakaian.Jangan disebabkan ingin berdiri sama tinggi dengan orang yang saiz S, sanggup kau langgar batas-batas agama.Nasib baik tak nampak Cik Panty macam dalam cerita Dottie dulu.

Kesimpulan :
Aku risau kerana budaya berpakaian seperti telanjang di kalangan umat Islam makin menjadi-jadi.Seolah-olah telah menjadi suatu yang biasa dan dianggap tak apa oleh semua.Nak bergaya tu boleh, tapi ada batasnya.Dahlah yang bertudung pun pakai tudung asal pakai je...

Bayangkan kalau kucing Cik Google yang cantik ni telanjang tanpa bulu, cantikke?
(Huaa!!!Aku rindu Putih.... )


Contoh budak bendul


Edah dan Ijah.
(Amboi!!!Miskinnya!!)
Baju ni kira ok sikit.Taklah terlampau seksi.

Anak jin pun nak seksi...

Macam ni kan lagi cantik!

17 comments:

rara pinkmafia said...

hehehehe betul2.pakai elok2 bukan tak leh kan.hehehe.

adik rara jd extra dlm cite tu

~~Ticer Wann~~ said...

tak follow sangat cerita tu.. asal bendul pakai spek kan? kecik ati Ticer yang berspek ni... huhu

Syazwan said...

mind set mereka menggambarkan mereka seorang yang narrow minded ;)

cacing said...

btul tu scarlet!!!! kadang dorang ni melebih2 dalam jalan cerita, tapi isi cerita tak la seberapa... adorrr je.....

RedVixen said...

pakai bikini kat bali pun boleh, inikan pulak takat pakai skirt pendek. mestilah boleh sangat.

izyan yasmin said...

tau takpe . tapi cerita malaysia skrg dah mcmtu kot . kata islam tapi pakai baju , mak aiiii nak mengalahkan mat saleh . diorg tu semmgnya takde hukum kot .

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

suka sgt nak seksi..menyampah.tak sedar ke mereka sedang gadaikan maruah islam dan memperbodohkan diri.cantik sgt ke body tu nak tayang sana sini.eii benci la ngan manusia camni

Rafi Nilhan said...

menghangatkan mata memandang :D

grOundnUt said...

halllamakkk...terlepas plak cite ni...seksi² plak tu...demmit..;p

jeely jelly said...

mak aih... miskin ape cmtu.. baju x nak kalah...
cite ape nie ? cam x pernah tgk je..

dyanie said...

huhu cite nie ok..tp pkaian anak jin xsesuai hihi

hani@debumelukut said...

Tak tau hujung pangkal ni..tak per lah, slam kenal wahai tuan tanah.

Scarlett O'Hara said...

To Rarapinkmafia :
Rara jadi extra?Pakai seksi jugak tak? :D

Scarlett O'Hara said...

To Ticer Wan:Nasib baik spek cikgu yang canggih punya! :D

Scarlett O'Hara said...

To Syazwan:
Narrow-minded?Betul2!Sebab tak matang nak pilih yg baik dan yg buruk.

Scarlett O'Hara said...

To Cacing.
Kadang2 Kita baru tengok satu dua siri je dah tak rasa nak tengok sebab tak menarik!
p.s:Cacing jelah jadi pelakon! :D

Scarlett O'Hara said...

To Redvixen:
Pakai bikini? Kita pun pakai jugak.Kan!Kan!(Tapi org tak nampak sebab malu nak tunjuk kat orang) =)

Let's have a break!