Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, September 20, 2011

Bagi aku guru ni memang kurang ajar!

   Memang kejam!Ingat kucing ke apa!Aku yang bukan emak budak-budak bertiga tu pun rasa geram!Aku pun rasa nak menangis bila tengok emak dan jugak bapak budak tu menangis!Aku cikgu.Aku tau bagaimana rasanya nakkan sekolah aku mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan.Tapi aku tak sezalim, sekejam, sedungu cikgu di SK Bandar Bintangor, Sarawak, yang telah mengurung 3 pelajar Tahun 6 dengan niat untuk menghalang mereka menduduki UPSR.

  Mentang-mentang keluarga budak-budak tu orang susah, senang-senang je cikgu yang tak berotak tu kurung anak-anak mereka dan kunci dari luar.Kalau aku jadi budak-budak tu, trauma aku bila nampak mana-mana cikgu!Bijak atau tidak, bukan hak cikgu untuk suka-suka halang mana-mana pelajar ambil peperiksaan.Aku setuju sangat kalau emak bapak budak-budak bertiga tu, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi, buat laporan polis dan mintak cikgu yang tak layak jadi cikgu tu dikenakan tindakan.

Berita lanjut, baca di SINI. 



Aku lagi layak jadi cikgu kalau dibandingkan 
dengan cikgu yang mengurung budak bertiga tu 
sebab aku lagi pandai beri kasih sayang!
Tengok!Mana ada aku kurung anak-anak aku!
Anak murid pun macam anak sendiri tau!
( kata Mak Orang Utan)


6 comments:

Sufia Mahzan said...

Terkejut juga dengar berita ni. Tak tahu apa ada dalam kepala cikgu diaorg ni. geram!

ORLANDO AHMAD said...

nape la zalim sangat, ish3

Nazhirah Mazlan said...

masih ade lagi rupanya org yg belajar tinggi tp akal pendek..
moga2 dia berunah nt..

Mia Liana said...

isshhhh.. tak patut tu. kesian budak2 tu....

lagenda said...

Di tempat mak, 3-4 thn lps juga ada sejarah cikgu mgurung bdk2 yg x pandai ni dlm sebuah bilik taim UPSR. Konon2nya takut prestasi sklh jatuh la bagai..

Silapnya, salah mak bapak tu..derang tahu kisah anak mereka dikurung pun bila anak mereka dah tingkatan 1-2. Heh..

Kalo derang tahu awal2 dulu, rasanya femes la jugak tmpt mak nih.

That y mak x heran bila mak dgr news nih..

nick dot anis said...

anis pon bengang tgk berita ni smalam..apa punye cikgu la macam ni..bek buang je cikgu macam ni

Let's have a break!