Wednesday, September 14, 2011

Sharifah ..... bukan Kak Pah tau!

Hari ni Wordless Wednesday...
Tapi aku nak jugak buat entry yang tak wordless!
Maklumlah, akukan teacher!
Kiamat dunia kalau teacher wordless!

Ok.
Hari ni aku tayang gambar penulis skrip Cinta Elisa yang aku kata best semalam
Klu yang aku beri adalah : Kuala Lumpur di mana Suamiku?

Kalau tak silap, inilah Sharifah Abu Salem.
Kalau marah, jangan marah ek sebab Cik Google yang beri gambar ni.

Kuala Lumpur, di mana Suamiku adalah tajuk novel yang buat aku jatuh cinta pada karya beliau.Memang gred A!


Sekarang aku nak tanya pulak...
Siapa yang pinjam novel Kuala Lumpur, di mana Suamiku ?
Aku tak ingat...


Tambahan:
YESS!!! 
   Akhirnya ada orang perasan yang novel di atas tu ditulis oleh Sri Diah bukan Sharifah Abu Salem(Rujuk komen).Aku sengaja tulis sebab nak membuktikan yang blogger-blogger macam kita ni jujur bila membaca entry kawan-kawan.Maksudnya tak membabi buta setuju dengan entry yang ditulis atau komen menyokong tapi sebenarnya tak faham pun apa yang dibaca.(Sebab tak bacapun) Tapi komen yang tak jujur tu aku tak publish sebab ada antaranya blogger yang popular juga.Aku tak nak aibkan kawan-kawan.Contohnya komen macam : Saya pun terjatuh cinta dengan Sharifah Abu Salem bila baca novel Kuala Lumpur, di mana Suamiku...Nampak???


Inilah dia penulis sebenar : Sri Diah.
(Betul tak?)


Syabas buat amal kerana beri komen dengan jujur.

p.s: tapi karya Sharifah Abu Salem memang gred A.

4 comments:

amalmeor said...

Kuala Lumpur,Dimana Suamiku bukan ke ditulis oleh Sri Diah?

kpah k-poh Sharifahnor said...

nak tulis apa yaaa...heee..

puanbee said...

hehe saya memang tk kenal sgt penulis novel nih tk berani komen

amalmeor said...

Thanks atas pujian itu.Pernah baca novel tu.Itu yang pelik bila tengok nama penulis dia tak sama.
Ingatkan tersilap atau apa.Kadang2 bila menulis ni ada blogger tersalah fakta kan.So sebagai pembaca,tak salah tolong betulkan.Kalau saya bila baca entri orang,memang suka baca habis-habisan.
Bukan setakat follow tapi tak baca betul2.Tak pun follow je lepas tu tak jenguk dah...betul tak?

Post a Comment