Masih lagi entry tentang cinta.Bukan kerana aku sedang dilamun cinta, tidak, tidak sekali.Tetapi kerana aku masih lagi perlu menjawab soalan-soalan anak-anak murid aku tentang apa itu cinta.Aku tak suka berbicara tentang cinta namun demi tugasku sebagai seorang guru, akan aku huraikan apakah itu cinta bagiku.Mudah-mudahan jawapanku kelak dapat merungkaikan simpulan pertanyaan di sanubari anak-anak muridku tersayang...
Bila ditanya apa itu cinta, aku terkelu seketika.Namun hanya seketika kerana bagiku amat jelas bahawa cinta itu seperti sambal belacan. Pertama, aku tak suka cinta seperti tak sukanya aku pada sambal belacan.Orang kata sambal belacan itu sedap tapi bagiku sambal belacan hanya akan membuatku tergaru-garu!Aku allergik.Aku benci!Begitu juga bencinya aku pada cinta.
Pernah aku cuba menjamah sambal belacan namun air mataku yang bercucuran!Aku tak tahan pedas!Begitu juga dengan cinta.Cinta hanya akan membuat air mata berguguran.Percayalah!Apatah lagi buat anak-anak bawah umur seperti kalian.Air mata itu takkan gugur sekiranya hati tidak disakiti.Buat seorang dewasa sepertiku, sakit, perih atau pedih masih dapat dihadapi namun buat kalian mungkin ia hanya akan membunuh motivasi diri untuk maju ke hadapan.
Kesimpulannya adalah : Cinta bagiku adalah sepiring sambal belacan yang tak akan ku sentuh!
Nampak sedapkan? Tetapi rasalah pedasnya bila telah kau jamah!
( Aku tak suka sambal belacan jadi aku tak ada gambar sambal belacan.Gambar ku pinjam daripada http://aiyashukashuki.blogspot.com/2011/07/busuk-pun-soodapp.html
Sambal belacan?No, thank you!
(Kata En Kucing )
7 comments:
hebat pemikiran,sampai cinta pun disamakan dgn sambal belcan..
huhuhu, nice :)
laa takut nak bercinta ke scarlets ? jgn begitu .. cinta itu indah walau kadang2 pahit sikit ...
wahh..tak pernahb ku sangka cintaku sambal belacan..sedap tapi pedas..indahnya bercinta tapi sakitnya hati dilukai..(0.o)
sambal belacan ! pehh , sedapnyeerr ! :P
macam lagu Alleycat plak!
haha
serik...
Post a Comment