Friday, September 9, 2011

Eiii!Pinggang sama besar dengan punggung!

   Di negeri lain aku tak pasti.Tapi di Johor ni, raya bukan setakat sehari atau seminggu tapi boleh jejak sebulan!Kadang-kadang tu sampai dah habis bulan Syawal masih lagi ada yang buat majlis hari raya.Nak gelak ke nak geleng?Tapi, itulah seronoknya jadi orang Johor sebab time musim raya ni, bukan setakat boleh menjamu selera tapi dapat juga bertemu mesra sesama saudara handai dan taulan.

   Cuma, aku tak gemar satu perangai huduh ( pinjam vocab pantai timur) orang kita ni.Masa ambil makanan tu kalau boleh segala mak nenek nak diambil.Tapi bila makan, separuh pun tak habis dah tu tinggal gitu je, membazir.Kata tak suka setan tapi jadi kawan setan.Apalah salahnya ambil sikit dulu dah tu kalau rasa nak lagi, tambahlah.Apa nak malu!Aku rasalah, kucing pun geleng kepala tengok orang makan time rumah terbuka tu.

  Apa-apa pun, selamat menternak lemak ( seperti kata Cik Epal).Tapi jangan mengeluh bila tengok pinggang dah sama besar dengan punggung!Maknanya dah tambah montel le tu!Selamat menjamu selera di rumah terbuka.Opps!Majlis marhaban sempena raya pun jejak sebulan baru habis!


Daripada membazir, buang merata, baik sedekah kat aku!
( Kata Cik Semut )



   

6 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

raya 3 hari jer....pastu dah tak rasa macam raya lagi...

Anonymous said...

lepas raya mestilah berat naik! (kata2 untuk menyedapkan hati sendiri... T^T)

MizzTina said...

biasala tu.. manusia kt mesia ni suke membazir.. bek bg kt org somalia..

psst, johor gak eh.. sekapal la kite.. hehe

Sufia Mahzan said...

Kalau Maulidur Rasul tu sampai nak dekat puasa pun ade Jemputan Kenduri Maulud.. hehe. Mmg org Johor!

ORLANDO AHMAD said...

punggung kalo solid okey lagi...

Anonymous said...

heee.
ingatlah org yg tidak dapat makan itu~

Post a Comment