Thursday, September 22, 2011

Bajet 2012:Bonus atau kenaikan gaji.

   Bila dengar BONUS je semua orang seronok.Mana yang sedang memandu dan terdengar berita tentang bonus terus cepat-cepat kuatkan bunyi radio.Mana yang selalunya malas menonton berita pun tiba-tiba je jadi minat nak tengok berita.Bila nampak je berita bonus di Facebook, cepat-cepat je klik,nak tau.Biasalah tu kan?Siapa tak suka bonus?

   Bajet 2012 yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober ni pun ada kaitan dengan bonus.Kononnya Perdana menteri sedang mempertimbangkan untuk memberi bonus satu setengah bulan gaji.Kalau DG41 ( gred untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah @ cikgu), gaji pokok pun dah RM3000.Kalau satu setengah bulan gaji dah berapa?Tentulah seronok!

   Tapi kalau bonus, sekali dapat je.Lepas tu entah-entah tak sampai seminggu dah habis licin.Biasalah manusia.Ada nafsu nak beli itu, nak beli ini.jadi lagi baik kalau dapat kenaikan gajikan?Keuntungan jangka panjang.Taklah sekelip mata je habis.Betul tak?Tak kisahlah kan,bonus atau kenaikan gaji, dua-dua aku sokong.Tapi yang penting jangan gah je lebih tapi bila dah bentang kata orang 'habuk pun tarak!' ( opps1terkasar pulak!)

    Siapa nak baca berita lanjut tentang bonus, silalah ke SINI.


Kalau dapat bonus, dapatlah makan sedap sikit.
KFC ke!
( kata En.Kucing)

3 comments:

Asyikin said...

untungla kerja kerajaan dapat bonus =.=' wuwuwuwuwu

ORLANDO AHMAD said...

fuh, kalo DG41 pown dah banyak, inikan pulak kalo gred lagi tinggi

Mia Liana said...

tapi tak tahu juga.. mana tahu tetiba tak dapat bonus... sebab aritu dah bagi duit raya... huhuhuhu...

Post a Comment