PMR makin hampir.Selain program untuk permata pintar, program untuk permata yang tidak bersinar juga makin giat dijalankan.Bagi aku, anak-anak yang sederhana pencapaiannya inilah yang menentukan naik atau turunnya peratus kelulusan sesebuah sekolah.Maka, guru-guru akan menjalankan pelbagai program agar tiada anak-anak yang gagal.
Walau pun hanya 15 orang anak-anak muridku yang gagal daripada 4 kelas tingkatan 3 yang ku ajar,aku juga rasa terpanggil untuk membantu permata-permata lain yang tidak bersinar.Bagiku selagi mereka mampu membaca dan menulis, sentiasa ada peluang buat mereka untuk lulus.
Program yang aku kendalikan hari Rabu yang lalu, dihadiri oleh 78 orang pelajar.Sepanjang sesi aku menurunkan ilmu dan teknik menjawab kertas B.Inggeris tu, aku perhatikan ada 2,3 orang permata tidak bersinar dari kelas terakhir, yang sentiasa dapat menjawab soalan yang ku tanyakan.Dengan kata lain, vocabulary mereka sangat baik.Jadi mengapa mereka gagal?
Kebetulan pada waktu rehat hari yang sama, aku berkesempatan berjumpa dengan salah seorang daripada permata yang belum bersinar tersebut.Bila ku tanyakan apa masalahnya maka dia gagal semasa Percubaan PMR, dengan muka kelat dia menjawab: Malaslah nak fikir teacher.Dahlah masa tu saya mengantuk sebab kurang tidur!Aku tanyakan lagi, kenapa kurang tidur?
Aku sangkakan, mungkin terlebih Facebook ke apa tapi jawabnya: Macam mana nak tidur kalau emak ayah asyik bergaduh je!Pak imam pun hilang sabar! Itulah jawapan anak murid aku tu.Aku terkelu tak tau nak kata apa.Kesian anak murid aku tu.....
Kalau kucing yang bergaduh, yang tak baling-baling pinggan pun boleh buat aku stress apatah lagi kalau laki bini bergaduh?Boleh hilang sabar dibuatnya.
4 comments:
semoga menjadi seoang guru yang disayangi.. :")
kesiannya..itulah parent memainkan peranan penting dlm menentukan turun naik pelajaran anak2..
gtaw dak2....PMR...kak ain wish gudluck to you all!!
pengorbanan seorang guru.semoga Allah sentiasa berkati kamu~ =)
Post a Comment