Saturday, September 10, 2011

Haaa.... Makan itu cinta!!!

   PMR dah makin hampir.Ramai yang berdebar.Tetapi ada seorang anak murid aku yang debarnya lain macam.Alkisahnya, dia baru je putus cinta.Hebat budak sekarang.Umur 15 tahun dah ada pengalaman putus cinta. Dia minta nasihat aku apa patut dia buat.Aku janji akan jawab di entry aku sebab di sekolah, manalah aku ada masa nak bagi kaunseling panjang-panjang.Dia pembaca tegar entry aku jadi aku harap dia puas hati dengan jawapan aku.

Inilah jawapan untuk anak murid aku tu.

   Pertama : Anggapkan saja cinta tu sebagai sekeping coklat.Dimakan memang sedap tapi kata orang, bila terlebih makan coklat, badan boleh jadi gemuk dan muka tumbuh jerawat.Nak ke?Jadi cukuplah dengan pengalaman bercinta yang sedikit tu.Banyak-banyak nanti bawa mudarat.

   Kedua : Anggapkan saja lelaki itu( merujuk kepada lelaki yang tak berguna yang banyak bersepah di luar sana ) seperti kurap.Mana ada orang nak badan dia berkurap kan?Jadi biarlah 'kurap' tu pergi.Buat apa nak bengkak-bengkak mata menangis kerana dia.

   Ketiga  : Anggapkan saja hubungan cinta tu seperti pokok taugeh.Tumbuhnya memang cepat.Tapi ada ke pokok taugeh yang boleh tahan lama?Macam tu juga dengan cinta monyet.Jadi buat apa nak menangis mengongoi sebab putus cinta.

   Keempat :Anggapkan saja cinta itu seperti sekeping keropok.Mula-mula memang sedap.Rangup dan lazat.Tapi cuba biar lama-lama.Jadi lembik, lemau langsung tak de selera nak rasa.Jadi, buat apa simpan benda lemau lama-lama kan?Baik beri pada kucing dapat juga pahala.

   .... dan banyak lagi andaian teacher nak beri tapi teacher pun dah naik muak dengan yang namanya cinta.Rasa nak termuntah!Uwek!!! Jadi, biarlah cinta itu pergi.Lagi pun PMR tu lebih penting.Lepas PMR, ambik SPM lepas tu pergi U.Haa.... di universiti ramai lagi calon-calon yang lebih layak jadi pasangan.(Nak cari blogger pun ramai ) 

   Ingat!Cari pasangan yang boleh harap, yang alim... Jangan lupa cari yang kaya.Tak kaya banyak, kaya sikit.Jangan cari yang tau nak mengikis duit perempuan je.Jangan terpengaruh dengan kata-kata : Biarlah tak kaya asal ada cinta.Tu penipu tu.Takkan bila dah kahwin, duit tak cukup nak beri makan anak, nak beri makan cinta?Betul tak?Kalau degil juga.... HAA... MAKAN ITU CINTA!


Hahaha!Anak murid tu baru Form 3.Teacher dah beri kaunseling 
macam budak tu nak menikah esok!
(Kata En Kucing)

Sorry!Teacher lupa.Study untuk PMR dulu.

16 comments:

ORLANDO AHMAD said...

kalo Gua, Gua tendang aje keh3

che mija said...

nice entry,nice kaunseling,,
'beznya ade cikgu macam ni,beri pendpt kat blog je, x ya face to face:)

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

sekolah lagi da pandai bercinta..hehehe
bdk2 zaman skrang :)

budakijaupendek said...

cinta itu biskut.
sekejap ade, sekejap takde. hehe

sYafIk-wAy said...

aku lelaki yang baik *perasan sungguh* , hahaha .

Aku putus cinta pun dah umur 19 tahun , ni 15 dah , hahaha , masa 15 aku still berhingus lagik .

Derus said...

ok lah tu cikgu..kaunseling yang bagus untuk remaja yang baru nak mengenal cinta...hehe..:)

cik gege said...

mkn itu cinta..erk??? bleh kenyang ke teacher???hohoho~~ nice entri...

rafina mimi abdullah said...

hahaha..nasihat yg sangat berguna ni..paling x tahan bila teacher suruh anggap si lelaki tu sebagai kucing kurap..

Uji Hussein said...

To Orlando : Gua pun rasa nak tendang je.Hehehe!

Anonymous said...

macam keropok?haha

Anonymous said...

cinta yang best tu macam barang limited edition. hanya kita yg mampu miliki. barang biasa2 utk org yg xmampu je. keh3.

kpah k-poh Sharifahnor said...

kalau mabuk cinta...cakap ler apa saja..memang tak serap punya....

~Sal Ismail~ said...

utk anak murid :ceh, nak jugak kasi kaunseling~ ;p

berdasarkan pengalaman~

cinta monyet x perlu..jiwa muda jgn terlalu dimanja..kelak merana jiwa..

kenali hidupmu terlebih dahulu sebelum membabitkan org lain..score lam exam,pastikan nnt dpt kerja yg stabil..buktikan pada kaum lelaki bahwa kita perempuan mampu berdiri di atas kaki sendiri!~

caliph shuriken said...

btul tu, dgr nasihat teacher..
masa depan lebih penting, byk lagi blom explore.. gud luck utk exam ^^

Unknown said...

nak pinjam perumpaan cinta kat atas tu boleh..?? ;)

puanbee said...

sweet ah cikgu .. betul2 .. kecik2 selok2nya .. fokos pada pelajaran .. umur 15 adalah masa hidup free.. bercinta ni buat semak jiwa je .. fokos dik..

Post a Comment