Monday, September 19, 2011

Tolong aku!Please!

   Aku nak mintak tolong pada kawan-kawan.Tolong beri idea supaya dapat aku selesaikan masalah aku ni.Ceritanya begini : Salah seorang anak murid kesayangan aku ( maksud aku semua anak murid aku, aku sayang) telah 'terberkelahi' dengan seorang kawan baik dia.Mula-mula gurau je tapi maklumlah budak-budak masih baru nak kenal dunia( bapak budak pun ada yang lebih teruk perangai), bila bergurau dah terlebih limit, dia 'tertumbuk' muka kawan baik dia tu.Maksudnya sebab hot sekejap he lost his head.( Aku guna idiom ni sebab aku tau ramai anak murid aku terutama yang dekat nak PMR tu baca.Aku nak dia orang biasa dengan idiom.Maksud idiom tu hilang sabar, marah,atau hilang kawalan)

   Akibatnya dia telah digantung.Opss!Bukan kena gantung hukuman mandatori tapi digantung sekolah 2 minggu.Kalau ikutkan kata guru kelasnya yang manis, Isnin minggu depan barulah anak murid aku tu dibenarkan hadir ke sekolah semula.Tapi, hari ni, waktu aku mengajar, tiba-tiba muncul anak murid aku tu dengan lengkap berpakaian sekolah seperti biasa.Aku perasan, sejak 2,3 bulan nak PMR ni dia serius sikit dalam kelas aku dan telah menunjukkan banyak peningkatan.Aku tau dia boleh score A untuk English.

   Masalahnya sekarang, I'm between the devil and the deep blue sea ( idiom jugak maknanya dalam dilemma).Kalau ikut undang-undang sekolah ( sekolah aku ni memang terkenal dengan undang-undangnya yang ketat), aku tak dibenarkan membenarkan anak murid aku tu masuk ke kelas!OMG!Serius!Aku tak sampai hati nak cakap!Aku takut melemahkan semangat anak murid aku tu nak belajar.Tambah pulak, kawan-kawan dia semua seronok dia datang termasuklah si budak yang kena tumbuk tu.Dah namanya kawan baik, datang je dia terus duduk sebelah kawannya tu macam biasa.

  Kalau aku benarkan, maknanya aku telah melanggar undang-undang sekolah dan aku telah bersubahat.OMG!Aku tak tau apa nak buat.Any idea?Dia pulak tanya, bila ada English subjek ( seolah-olah untuk subjek English je dia nak curi-curi datang)kalu aku laporkan pada pihak disiplin, aku takut terganggu jiwa anak murid aku tu.Maklumlah PMR tinggal berapa hari je lagi.Sampaikan aku takde selera nak makan hari ni.Apa aku nak buat ye? Now, I'm at my twit's end!(Idiom jugak maknanya aku dah tak tau apa nak buat.Aku buntu...)



Tolong aku!

12 comments:

KuNanGKuNanG said...

kesiannye..budak yg ada potensi terima hukuman camni lak. mungkin awak leh bincang ngan pengetua.mane tau diberi kelonggaran @ hukuman tu boleh dipertimbangkan semula. tp awak kene la bg alasan yg betul2 kukuh. ni demi nama sekolah gak.kalau budak2 cemerlang nanti, sekolah gak yg bangga kn.

Anonymous said...

oh macamane nak buat ni.
tersepit di tengah2. dia nak belajar. tp undang2 pulak. aiyohh

mintak yg pakar tlog jelaskan ye.
sekian. ehehehe

ni je yg mampu <--

Unknown said...

hehehe.....tak sengaja tumbuk tu....kalau dah berbaik...boleh minta pengecualian agaknya

Unknown said...

kesian..cuba slow talk dgn pengetua atau guru disiplin..bagi peluang pada pelajar tesebut..lagipun tak berapa hari je lagi nk PMR...

Lydia Miza said...

kesiannya anak tu.maknanya dia cuma masuk kelas sis saja ke?huhu.kalau saya saya diamkan saja.undang2 sekolah tu hanya undang2 manusia.tp saya rasa dia wajar diberi peluang duduk di situ dan belajar .seminggu awal ke sekolah, anak yg cerdik.mungkin dia pun boring duk umah.rasa tak adil gantung sampai 2 mgu.dah la nak exam..huhu.

Unknown said...

actually anda sebagai guru harus menyokong pelajar anda walaupun dia pernah melakukan kesalahan. by the way, dia dah menunjukkan kesungguhan dia untuk lulus PMR. So sebagai guru anda harus membela pelajar anda yg berpotensi untuk lulus. maksudnya anda menjadi orang tengah diantara pelajar itu & pihak sekolah.

agak rugi jika pelajar yg berpotensi untuk cemerlang di dalam PMR tidak diberi peluang kedua. jika dia betul2 cemerlang dalam PMR. Bukan ke dia akan mengharumkan nama sekolah dengan meningkatkan reputasi sekolah yg mempunyai ramai pelajar yg lulus dalam PMR.

Setiap orang yg melakukan kesalahan wajar diberi peluang ke 2. siapalah kita nak menghukum orang secara berlebihankan.

budakijaupendek said...

em tak boleh jugak buat sesuka hati.
cara paling mudah, berbincang dgn pengetua sekolah.

MERAH said...

ketatnyaa peraturan sekolah niii.budak tu tertumbuk main2 serius sgt ke jadinya?kawan dy pun relek jee boleh berkawan lagi, rasanya bukan masalah besar sgt.caranya mungkin kena ckp dgn guru disiplin la kot.xpun jumpa pengetua terus.bincang2 mintak pengecualian atau gugurkan sje hukuman tu.budak tu bukannya jhat sgt smpai nak kena gntung 2 minggu (based on ur story laa).bkn sng nak jumpa budak yg rela hati nak belajar.

Nizam Ijam said...

adoi2...mcm ni pon ada sekarang nie..huh

LydSunshine said...

Ketatnya peraturan skolah, tumbuk member pun kena gantung skolah 2 minggu? Dulu hukuman gantung skolah 2 minggu tu kalo org yg kena pukul tu sampai masuk spital. Huhu. Rasanya org yg kena pukul tu boleh buat rayuan kat skolah kot. kalo betul dia kawan baik. Bgtau pihak skolah yg dia tak apa2. Dan mereka masih berkawan baik. Scarlett plak, buat2 tak nampak je budak yg kena gantung skolah tu bila dia masuk kelas. Nnt bila pihak skolah tanya apsal tak lapor, ckp le tak perasan plak dia ada dlm kelas. hehehe. bernaskan idea saya ni?

Sufia Mahzan said...

Kenapa time ni masih kne gantung? Sedihnye..kesian adik tu nak belajar.

Akak buatlah kelas after school utk dia.

Uji Hussein said...

Tq atas semua komen dan cadangan.Doakan yang terbaik untuk anak murid sis tu ye!

Post a Comment