Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, March 30, 2011

Aku dan anak-anak catur.

   9 Mac lalu, ada aku tuliskan tentang aku yang dipilih menjadi pengurus pasukan catur sekolah.Dan hari ini dengan debaran yang membuat aku berpeluh-peluh ( walaupun jam waktu itu baru pukul 6.45 pagi), aku telah berjaya mengiringi / mengurus pasukan catur sekolah ke Karnival Catur Peringkat Daerah Pasir Gudang.Pertandingan diadakan dalam 7 pusingan : hari ini 4 pusingan dan esok berbaki 3.Bermakna esok sehari suntuk lagi aku akan berada di SMKTD3 ini.Sebenarnya, hari ini niat aku nak blogging, bw ke atau jenguk-jenguk ke rumah kawan-kawan,tapi malangnya Celcom tak sudi membantu aku.Satu bar pun tak wujud jadi kempunanlah aku nak blogging siang tadi.Tapi masa itu emas, maka aku penuhkan masa dengan memuatnaik( bunyi pelik le / upload : baru tak pelik) gambar-gambar yang sempat aku ambil.( atau tangkap?) Cuci matalah ek tengok gambar anak-anak aku seramai 11 orang tu!

Sedang memerah otak berjuang!

 Main, main jugak.Makan jangan lupa.

 Pelapis untuk tahun depan.

 Ini pun pelapis jugak (yang baju kuning bertudung kuning tu)

 Masa makan pun anak-anak aku ni nak main catur.

 Penat jugak nak tunggu ke petang...

 Bersungguh-sungguh nampaknya anak-anak aku ni.

Nasib baik ada abang senior tolong ajar adik junior.
   
 Sedap jugak makan nasi lauk kari ayam dan kacang goreng hari ni.

 Chewah!Abang Vicky sempat posing lagi.

 Ni masa bila ek?
Oooo.... lepas first round.

 Fikir!Jangan tak fikir!

Menu sarapan pagi, mee hoon dan telur mata lembu.Oklah tu kan?

Esok, sehari lagi kita berjuang.Kalah atau menang adalah adat pertandingan.Yang penting dapat tambah pengalaman kan?
Terima kasihlah ye anak-anak!
1.Nashaluden Abdul Malek
2.Vicknesh Rao 
3.Mohd Syafiq
4.Raja Ibrahim
5.Durga Devi
6.Anusha
7.Dhirar
8.Zarul
9.Amir
10.Asha.
11.Lily

GOOD LUCK FOR TOMORROW!!!
Opps!Lupa!yang tak tau jam catur, ni aku copy dari Cik Google.




Tuesday, March 29, 2011

Betul ke Jackie Chan dah tinggal nama?

   Waktu aku merayap-rayap ke rumah kawan-kawan ditemani suara merdu pembaca berita Buletin Utama, aku terjumpa berita tentang kematian Jackie Chan.Aku rasa semua orang kenal Jackie Chan kan walaupun dia taklah sekacak Sam Bunkface yang digilai ramai anak-anak gadis.Menurut Sang Lekit ( kawan blogger yang blogger aku tau bukan sang katak atau sang cicak yang lidahnya melekit tu!), dia pun tak pasti kesahihan berita tersebut.Tapi untuk maklumat lanjut, bolehlah baca sumber yang kami petik di bawah tu ye.



A Los Angeles hospital has reported that Jackie Chan has passed away. The legendary Hong Kong actor who appeared in over 100 films died last night following a heart attack. He was promoting his most recent film, 'Kung Fu Panda 2'. Doctors say his heavy schedule was causing extreme stress and putting too much pressure on his heart. Chan was scheduled to fly to Hong Kong today to begin shooting on his next film '1911'. 


The actors family has not yet issued a statement in regards to the passing of the truly remarkable actor who died at the young age of 56. Fans swarmed Facebook after confirmation of his passing came through a source close to Chan. A couple of celebrities have also posted their personal tributes through face book. Will Smith; “A remarkable actor, he will be forever missed and always in our hearts. RIP Jackie. x”
Even United States President Barack Obama laid down a personal tribute to the martial artist saying: “Jackie Chan is a man who can talk through talent, he is a constant reminder of the strength of humanity. He will forever be in our hearts, a true inspiration who inspired many generations. First it's Nate Dogg then it's Jackie Chan."


MTV will be holding a special memorial for Chan on Friday.

Sumber dari sini

Monday, March 28, 2011

Siapa yang sebenarnya penipu?

   Aku suka baca suratkhabar. Tetapi aku tak suka ditipu oleh suratkhabar.Kaitannya?Aku rasa tak puas hati kerana seolah-olah aku ditipu hidup-hidup oleh wartawan suratkhabar.Dengan kata terhormatnya : ditipu dengan bijak.Kalau aku baca satu suratkhabar saja, mungkin aku tak perasan.Tapi aku baca sekurang-kurangnya 2 suratkhabar setiap hari.Kalau hari minggu, selagi ada suratkhabar semua aku beli kecuali yang berbahasa Tamil atau Mandarin kerana sepatah haram aku tak tau baca. ( Rugi aku jadi rakyat Malaysia)

   Bukti aku ditipu hidup-hidup? Sila baca keratan akhbar yang aku kepilkan dan buat perbandingan di tulisan berwarna merah.(Merah tu tanda aku marah kena tipu hidup-hidup)

Suratkhabar A

Anggota Rela bertarung dengan ular sawa

Penduduk Kampung Tenang mengangkat ular sawa yang membelit seorang anggota Rela di Teluk Intan, semalam.



TELUK INTAN 26 Mac - Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tidak menyangka bunyi seperti ketukan di pintu yang disangka tetamu rupanya adalah 'kunjungan' seekor ular sawa yang sedang kelaparan.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam tadi itu, ( 1)Anwar Ashah, 52, hampir maut dibaham reptilia tersebut yang bertindak agresif dengan membelit dan cuba menelan mangsa.
Anak lelakinya, (3)Alfilzal, 21, yang turut berada di rumah menyedari insiden itu dan cuba membantu bapanya, namun malangnya dia juga turut dibelit ular tersebut.
(2)"Saya dan Alfilzal sedang menonton televisyen sebelum mendengar ketukan yang kuat di pintu rumah. Saya kemudian membuka pintu dan tiba-tiba seekor ular sawa meluru masuk dan mematuk sehingga membuatkan saya terjatuh.
"Ular itu lalu membelit dan cuba menelan saya, tetapi gagal kerana saya melawan dan Alfilzal yang cuba membantu, turut dibelit sama.
"Kami menjerit meminta tolong, tetapi tidak didengari kerana rumah kami jauh daripada jiran," katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Tenang, Sungai Tukang Sidin di sini, hari ini.


Suratkhabar B

Nyaris maut dibelit ular

Oleh RAVELE SAVARINATHAN
am@hmetro.com.my  


TELUK INTAN: Tindakan berani dua beranak cuba menghalau dan menangkap seekor ular sawa sepanjang enam meter yang memasuki rumahnya membawa padah apabila salah seorang daripada mereka dibelit reptilia berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan pantas si bapa mengetuk kepala ular berkenaan menyebabkan ular itu melepaskan belitan ke atas anak lelakinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Kampung Air Tenang, Sungai Tukang Sidin, Chikus itu, seorang remaja, (2)Alfaizan Anwar, 21, bersama bapanya, (1)Anwar Arshad, 53, berdepan saat mencemaskan apabila seekor ular seberat 70 kilogram (2)memasuki ruang tamu rumahnya ketika sedang menonton televisyen.
Anwar berkata, dia mula panik apabila ular berkenaan bertindak agresif sebelum membelit anaknya ketika cubaannya menghalau dan menangkap ular itu.
(3)Beliau berkata, terperanjat melihat kejadian itu, dia memberanikan diri mengetuk kepala ular itu menyebabkan reptilia melepaskan belitan terhadap Alfaizan.
(2)"Pada mulanya, saya mendengar seperti bunyi pelik sebelum menoleh ke belakang dan melihat seekor ular sedang berada di ruang tamu.
"Saya dan anak sedang menonton televisyen ketika kejadian sebelum menyedari kewujudan ular berkenaan," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.
Katanya, dia dan anak terpaksa berhempas pulas selama dua jam untuk menewaskan ular itu.
Anwar berkata, dia yakin ular berkenaan sedang kelaparan dan mungkin memburu beberapa ekor kucing yang di belanya di dalam rumah.
Katanya, kejadian itu adalah kali kedua ular sawa memasuki rumah penduduk di kampung ini. "Sebelum ini, (4)ular sawa sepanjang lebih tujuh meter di tangkap ketika binatang berbisa itu cuba membaham kambing peliharaan di belakang rumah. "Bagaimanapun, saya bersama penduduk kampung berjaya menangkap dan menyerahkan ular itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.
Sumber Harian Metro 28 Mac 2011

Apa yang pelik?
1. Nama tak sama : Anwar Ashah 52 atau Anwar Arshad 53?
                                   Alfilzal atau Alfaizan? Tapi setakat beza nama, aku tak kisah sangat
                                   kerana yang penting ceritanya.


2. Cerita tak sama : Suratkhabar A kata dengar ketukan di pintu, kemudian pintu dibuka dan
                                    ular tiba-tiba meluru masuk.( Fulamak!Meluru tu!Cuba bayangkan!)
                                    Suratkhabar B kata : mendengar bunyi pelik sebelum menoleh ke
                                    belakang dan melihat seekor ular berada di ruang tamu.(tak pulak kata
                                    meluru)

3. Watak hero tak sama : Suratkhabar A kata si anak yang cuba membantu bapa

                                    Suratkhabar B kata si bapa yang cuba membantu si anak

4. Cara selamatkan diri : Kalau tak silap dalam suratkhabar A ( atau mungkin suratkhabar C
                                    sebab banyak sangat suratkhabar aku baca semalam ) yang aku baca,
                                    cara nak selamatkan diri adalah dengan memulas ekor si ular sekuat-
                                    kuat hati. Tapi suratkhabar B kata dengan mengetuk kepala ular
                                    berkenaan.

5.Yang aku tak tau sama ada aku yang takde ilmu atau si wartawan suratkhabar B yang

    takde ilmu adalah bila wartawan tu kata ular sawa adalah haiwan berbisa.Betul ke?

Jadi kesimpulan yang dapat aku buat adalah : Mentang-mentang yang baca suratkhabar Melayu ni orang Melayu terutama orang kampung macam aku yang setakat ada degree ni, senang-senang je wartawan-wartawan tu nak tipu ye!Kalau kadang-kadang tu takpelah juga, ini tidak, dah banyak sangat contoh penipuan aka salah lapor atau canggah lapor yang aku baca.Menyampahlah macam ni!

Sunday, March 27, 2011

Aku tak mahu tidur selama-lamanya...

  Setelah hampir seminggu terpaksa tidur dan tidur dek ubat yang betul-betul buat aku mengantuk, aku hadir lagi dalam dunia senyap tetapi riuh ini;dunia blog.Mudah-mudahan masih ramai yang ingat padaku ; seorang Scarlett O'Hara.Dalam tempoh seminggu berpantang, berlambak-lambak idea ingin aku curahkan tetapi aku belum boleh berlama-lama di depan Cik Lenovo unguku.Maka cukuplah dengan tersiarnya entry aku yang ini sebagai tanda aku masih di sini, menghirup udara ciptaan yang maha esa.Mudah-mudahan Allah akan terus memberi peluang buatku untuk meneruskan perjuanganku di dunia senyap tetapi riuh ini.Tanpa hadirnya aku di sini, seolah-olah aku mati sebelum waktunya.Aku tak mahu mati dalam sunyi.Maka izinkanlah aku turut sama meriuhkan dunia senyap kita kerana hanya itulah penawar sakitku!


Aku tak suka makan ubat kerana ia membuatkan aku tidur dan tidur dan tidur...
Tapi aku tak mahu tidur selama-lamanya....


Wednesday, March 23, 2011

MC 2 hari (Mudah-mudahan panjang umur aku)

   Entry khas malam ini adalah untuk menjawab pertanyaan teman-teman tentang ke manakah aku selama 2 hari ini.Sebenarnya bukan sebab aku sibuk terlampau sampai tak dapat nak blogging, tapi kerana aku tak boleh bangun 2 hari ini.Ada pulak tu yang kata, aku mc tapi tiap-tiap hari ada entry terkini.Aku tak kecik hati kalau ada yang berpendapat begini kerana mungkin mereka tak tau tentang dunia blog.Memang entry aku publish tiap-tiap hari tapi tu scheduled post! Memang kebiasaan aku buat scheduled post untuk cover kalau-kalau aku sibuk terlampau.Maknanya,aku tak online, tapi blog aku tetap updated.Tak faham jugak?Aduh!!!!!Lain kalilah aku explain.Aku tak tahan menanggung sakit ni.Bila aku dah sihat nanti, aku terangkan dengan lebih lanjut.

Macam nilah aku terlepek 2 hari ni lepas makan ubat.
jadi, macam manalah aku nak blogging....

Tuesday, March 22, 2011

Kemboja Putih...

   Tentu anda tahu nama bunga di bawah tu kan?Baunya harum dan rupanya cantik walau pun kadang-kadang dikaitkan dengan tanah perkuburan.



Inilah bunga kemboja

Tetapi yang aku nak ceritakan bukan tentang bunga ni tapi tentang kemboja yang di bawah tu...

Haaa.... kemboja yang inilah..

Aku belum berkesempatan untuk mengikuti slot Legenda yang ini selepas Sakti Delima tamat.Mudah-mudahan cerita ini secantik tajuknya ya...




Monday, March 21, 2011

Teacher Scarlett vs Jung So Min.

   Dua minggu lepas anak murid aku buat PLBS @ Ujian Lisan.Dia cerita tentang penyanyi Korea dan sebagai sebagai intro, dia menyanyi lagu Korea.Fuyooo!!Bukan main fasih lagi.Tu yang buat aku pelik tu kerana kalau nak suruh berbahasa Inggeris bukan main susah lagi.Tapi Korea senang pulak.Itulah bukti di mana ada kesungguhan di situ ada jalan.Dek minat yang terlampau, bahasa yang asing pun jadi mainan di bibir.Semuanya gara-gara artis-artis Korea yang cantik dan jelita.Kesimpulannya: Adalah aku perlu jadi seperti artis Korea yang jelita?Aku ni jelita takdelah, manis tu ada... =)

Wow!Memang cantiklah...

Cerita ni je yang aku tengok dari mula sampai habis...

p.s: Ada anak murid aku nak makan sotong hidup-hidup macam orang Korea.Nasib baik tak tercekik!

Sunday, March 20, 2011

Aku suka wanita cantik ...

   Aku seorang wanita.Tulen.100%.Tapi aku juga mengkagumi kecantikan wanita-wanita lain.Bagiku itu adalah tanda kebesaran Ilahi.Antara wanita yang bagiku cukup jelita adalah...

Seniwati Sarimah

Seniwati latifah Omar


Seniwati Saadiah


Seniwati Rose Yatimah



Seniwati Hashimah Yon



Seniwati Mariani



Seniwati Saloma



Seniwati Mariam



Seniwati Normadiah


Mereka semua cantik rupa dan cantik bahasa...
Generasi baru bukan ada yang tak cantik cuma ...








Let's have a break!