Wednesday, March 9, 2011

Buah catur dan Mr Tang Wai Hong

   Minggu lepas, aku menghadiri satu mesyuarat @ taklimat tentang pertandingan catur peringkat daerah Pasir Gudang.Mula-mula dapat tugas sebagai pengurus pasukan catur sekolah, aku garu-garu kepala yang tak gatal.Kenapalah beri pada aku?Pegang buah catur pun aku tak tau.Tapi.... nanti dulu!Aku guru yang komited.Apa juga tugas yang diberi, akan aku laksanakan sebaik mungkin.Jadi aku terima cabaran itu!

   Oleh kerana aku terima cabaran itulah maka aku ada dalam mesyuarat @ taklimat minggu lepas.Wah!Seronok juga tahu tentang catur ni rupanya.Sekurang-kurangnya aku tau apa itu arbiter.Tapi aku belum layak lagi jadi arbiter ni.Kang habis anak murid aku yang manja-manja tu gelak!Tapi takpe.Aku akan cuba cari ilmu sebaik mungkin tentang catur ni.Mana tau satu hari nanti, dapatlah aku jadi arbiter.Takdelah sesiapa konon-kononkan aku atau aku sendiri gelakkan diri aku!

  Tamat mesyuarat, lebih kurang jam 3.30 petang.Perut dah lama berkeroncong jadi dengan segera aku beredar dari bilik konferens tu ( Cewah!Kelas nama bilik mesyuarat ).Tiba-tiba baru aku teringat ( selepas dok terfikir-fikir tentang hal itu semasa taklimat) bahawa pengerusi majlis / taklimat hari itu adalah guru kesayanganku dulu Mr.Tang Wai Hong.Jadi aku pun mengambil kesempatan untuk bertanyakan khabar Mr Tang.Tak nampak tua langsung!Selepas bertanya khabar baru aku beredar pulang.


Nasib baik aku berkenalan dengan benda ni kalau tak, tak jumpalaj guru kesayangan aku yang dah berkurun tak jumpa.
( Fuh!Lamanya... )

0 comments:

Post a Comment