Aku suka baca suratkhabar. Tetapi aku tak suka ditipu oleh suratkhabar.Kaitannya?Aku rasa tak puas hati kerana seolah-olah aku ditipu hidup-hidup oleh wartawan suratkhabar.Dengan kata terhormatnya : ditipu dengan bijak.Kalau aku baca satu suratkhabar saja, mungkin aku tak perasan.Tapi aku baca sekurang-kurangnya 2 suratkhabar setiap hari.Kalau hari minggu, selagi ada suratkhabar semua aku beli kecuali yang berbahasa Tamil atau Mandarin kerana sepatah haram aku tak tau baca. ( Rugi aku jadi rakyat Malaysia)
Bukti aku ditipu hidup-hidup? Sila baca keratan akhbar yang aku kepilkan dan buat perbandingan di tulisan berwarna merah.(Merah tu tanda aku marah kena tipu hidup-hidup)
Anggota Rela bertarung dengan ular sawa
TELUK INTAN 26 Mac - Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tidak menyangka bunyi seperti ketukan di pintu yang disangka tetamu rupanya adalah 'kunjungan' seekor ular sawa yang sedang kelaparan.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam tadi itu, ( 1)Anwar Ashah, 52, hampir maut dibaham reptilia tersebut yang bertindak agresif dengan membelit dan cuba menelan mangsa.
Anak lelakinya, (3)Alfilzal, 21, yang turut berada di rumah menyedari insiden itu dan cuba membantu bapanya, namun malangnya dia juga turut dibelit ular tersebut.
(2)"Saya dan Alfilzal sedang menonton televisyen sebelum mendengar ketukan yang kuat di pintu rumah. Saya kemudian membuka pintu dan tiba-tiba seekor ular sawa meluru masuk dan mematuk sehingga membuatkan saya terjatuh.
"Ular itu lalu membelit dan cuba menelan saya, tetapi gagal kerana saya melawan dan Alfilzal yang cuba membantu, turut dibelit sama.
"Kami menjerit meminta tolong, tetapi tidak didengari kerana rumah kami jauh daripada jiran," katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Tenang, Sungai Tukang Sidin di sini, hari ini.
Suratkhabar B
Nyaris maut dibelit ular
Oleh RAVELE SAVARINATHAN
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
TELUK INTAN: Tindakan berani dua beranak cuba menghalau dan menangkap seekor ular sawa sepanjang enam meter yang memasuki rumahnya membawa padah apabila salah seorang daripada mereka dibelit reptilia berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan pantas si bapa mengetuk kepala ular berkenaan menyebabkan ular itu melepaskan belitan ke atas anak lelakinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Kampung Air Tenang, Sungai Tukang Sidin, Chikus itu, seorang remaja, (2)Alfaizan Anwar, 21, bersama bapanya, (1)Anwar Arshad, 53, berdepan saat mencemaskan apabila seekor ular seberat 70 kilogram (2)memasuki ruang tamu rumahnya ketika sedang menonton televisyen.
Anwar berkata, dia mula panik apabila ular berkenaan bertindak agresif sebelum membelit anaknya ketika cubaannya menghalau dan menangkap ular itu.
(3)Beliau berkata, terperanjat melihat kejadian itu, dia memberanikan diri mengetuk kepala ular itu menyebabkan reptilia melepaskan belitan terhadap Alfaizan.
(2)"Pada mulanya, saya mendengar seperti bunyi pelik sebelum menoleh ke belakang dan melihat seekor ular sedang berada di ruang tamu.
"Saya dan anak sedang menonton televisyen ketika kejadian sebelum menyedari kewujudan ular berkenaan," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.
Katanya, dia dan anak terpaksa berhempas pulas selama dua jam untuk menewaskan ular itu.
Anwar berkata, dia yakin ular berkenaan sedang kelaparan dan mungkin memburu beberapa ekor kucing yang di belanya di dalam rumah.
Katanya, kejadian itu adalah kali kedua ular sawa memasuki rumah penduduk di kampung ini. "Sebelum ini, (4)ular sawa sepanjang lebih tujuh meter di tangkap ketika binatang berbisa itu cuba membaham kambing peliharaan di belakang rumah. "Bagaimanapun, saya bersama penduduk kampung berjaya menangkap dan menyerahkan ular itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.
Sumber Harian Metro 28 Mac 2011
Apa yang pelik?
1. Nama tak sama : Anwar Ashah 52 atau Anwar Arshad 53?
Alfilzal atau Alfaizan? Tapi setakat beza nama, aku tak kisah sangat
kerana yang penting ceritanya.
2. Cerita tak sama : Suratkhabar A kata dengar ketukan di pintu, kemudian pintu dibuka dan
ular tiba-tiba meluru masuk.( Fulamak!Meluru tu!Cuba bayangkan!)
Suratkhabar B kata : mendengar bunyi pelik sebelum menoleh ke
belakang dan melihat seekor ular berada di ruang tamu.(tak pulak kata
meluru)
3. Watak hero tak sama : Suratkhabar A kata si anak yang cuba membantu bapa
Suratkhabar B kata si bapa yang cuba membantu si anak
4. Cara selamatkan diri : Kalau tak silap dalam suratkhabar A ( atau mungkin suratkhabar C
sebab banyak sangat suratkhabar aku baca semalam ) yang aku baca,
cara nak selamatkan diri adalah dengan memulas ekor si ular sekuat-
kuat hati. Tapi suratkhabar B kata dengan mengetuk kepala ular
berkenaan.
5.Yang aku tak tau sama ada aku yang takde ilmu atau si wartawan suratkhabar B yang
takde ilmu adalah bila wartawan tu kata ular sawa adalah haiwan berbisa.Betul ke?
Jadi kesimpulan yang dapat aku buat adalah : Mentang-mentang yang baca suratkhabar Melayu ni orang Melayu terutama orang kampung macam aku yang setakat ada degree ni, senang-senang je wartawan-wartawan tu nak tipu ye!Kalau kadang-kadang tu takpelah juga, ini tidak, dah banyak sangat contoh penipuan aka salah lapor atau canggah lapor yang aku baca.Menyampahlah macam ni!
12 comments:
kupasan yg menarik.. memang kelakar cara penipuan tu di buat.
AKHIRNYA DARAH KU BERJAYA DI SEDUT
ini lah jadinya bila suratkhabar terlalu berbicara pasal politik.
oh..
TK bc yg metro punya versi..
fullamak..
power sungguh ayat wartawan utusan tu..
cm citer dongeng pun ada..
hehe..
bukan boleh percaya 100%.. kadang gaya bahasa penulisan tajuk tu biar gempak... hehe...
hahahhahaha,,,mmg la sotkabar ni...nak bg laku sotkabar tulis macam la sotkabar lain tak de tulis jugak..main belasah ikut suka je..klu akak kan pling anti ngan surat koba harian metro..berita panas je kat muka depan tp tah pepe.
eee tak agak2 la dorang ni...menipu betol...huhuhu
hahahah...biasa la...selalu kot macam ni...nak tgk entry mcm ni klik sini
KLIK SINI> BERITA MANA PILIHAN ANDA !!!!
Kosmo cerita yg pulas ekor tu....sebab yg mendengar kejadian tu dari mulut ke mulut...tu yg jadi mcm tu...lagipun unsur2 dramatik tu perlu nak bagi best org baca....
owh..saja nak sedapkan jalan cerita..kenapa wartawan tu tak tulis je'tiba2 ular itu tumbuh kaki dan meluru masuk ke dalam lalu membelit anak lelaki itu sambil menjegilkan matanya supaya mereka takut'..
menyedapkan cerita. itulah biasa yg terjadi di gossip.
memang pun..sbb tu bunga jarang bc surat khabar..cukup sekadar tgk berita di tv..
To all: Agaknya betullah ada wartawan yang main bedal je buat berita.Tak dapat interview org yang mengalami, interview jiran-jiran.Maka jadilah cerita pelbagai versi.Ular baca pun ketawa.
Post a Comment