Malam semalam, aku tidur lewat.Macam biasalah aku balas dendam blogwalking sambil join segmen En.Ben.Aku off Cik Lenovo Ungu aku ni lebih kurang pukul 3 pagi.Lepas tu aku golek-golek depan TV.Susah pulak mata aku ni nak lelap.Akhirnya TV tengok aku....zzzz.
Subuh pukul 6.33 baru aku tersedar.Selepas solat, aku dapat tau rumah jiran aku selorong dimasuki pencuri.Tak pastilah pulak apa yang hilang tapi aku betul-betul risau.Ini kali keberapa entah rumah jiran-jiran selorong aku dimasuki pencuri.Mintak-mintak dibutakan matanya bila lalu depan rumah aku.Tak guna punya pencuri guna jalan senang je nak cari rezeki.Mati kena langgar lori baru tau!
Mudah-mudahan jiran aku tu sabar dengan ujian ynag diberi.Kes-kes curi macam nilah yang buat aku fobia.Bunyi gate kena langgar kucing pun aku dah menggeletar.Dan tiap kali nak tidur, beria aku sembunyikan Cik Lenovo Ungu aku.Aku tak sanggup kehilangannnya.Kalau desktop aku pencuri tu larat nak angkut, angkutlah....Sampai tak selera aku nak buat cekodok pagi ni sebab sibuk check tingkap-tingkap rumah aku.
16 comments:
bahaye laaa ngn pencuri ni..nsib baik x mamuk rmah sendiri..
Kalau saya lah, mesti fobia sekejap dgr cerita-cerita camni. Rmh dia yg dimasuki, kita yang tak boleh lena malam, kan.
dapat report polis??
suruh polis berkawal.. kesiannya.. hati2 yup
sungguh jahat pencuri itu..tanpa kalu dapat tangkap ikat kat pokok,pukul ramai2 ;)
emm hati2 yer..pencuri ada dimana2.hehe..
kalau cik lenovo hilang, tak dapatlah nak join segmen ben lagi.. hati2 scarlett..
http://adzriel.blogspot.com/2011/03/setiap-kelebihan-ada-kekurangannya.html
kesiannye..mmg jahat pencuri tu...potong je tgn dy..hehehe
To Azizul : Rupa2nya 3 rumah cuba dipecah masuk pada mlm yg sama dan lorong yang sama.Menakutkan sungguhlah!
To kakchik@ella : Memang dah fobia dah ni.Risau je!!
To akuwanblur90: Alhamdulillah, polis selalu juga buat rondaan lalu depan rumah.Tapi mmg spesis licin cam belutlah!
To Puan Kutu : kat majlis kawin minggu lepas, siang2 hari time pengantin bersanding pun ada kereta kena pecah cermin.Abis duit dan laptop.Tak taulah apa nak jadi.
To Yull : Alamak!Tangkap, ikat dan pukul tu dah macam orang Indonesia pulak.Tangkap, ikat pastu tabur kerengga baru padan muka dia!
To Adzreil AB : Kalau Cik Lenovo hilang boleh nak blogging guna desktop tapi desktop tu kat bilik belakang.Nak blogging malam2 seram!!!!Dulu dah pernah kena tepuk bahu!
To Hanim Azhari : Tarik dulu telinga dia bagi panjang!
citt.. cilakak btol pencurik... kalo tak ada gak orang antar cekodok kat gua.. ngeeeee.. kan teacher kan...
mmg fobia scarlett..tp mkn tetap kene mkn..g wat cekodok tu cpt!! lapo ni..hikhik
Post a Comment