Cikgu suka main bola.
Hari-hari cikgu main bola.
( Dialog dalam cerita P.Ramlee,Masam-masam Manis)
Yang ini versi aku pulak.
Teacher suka blogging.
Hari-hari cikgu blogging.
(Ini anak murid aku yang tersayanglah yang punya kerja)
Selepas mengusik aku dengan dialog ala-ala Cikgu Shaari tu, anak murid aku pun bertanya.Budak ni baru tingkatan 2.Tahun lepas aku ajar dia tapi tahun ni aku ajar dia blogging je.(ops!!Gurau!Kang marah emak ayah dia) Soalan anak murid aku berbunyi begini : Teacher!Teacher perasan tak.Tiap-tiap hari teacher blogging tentu teacher perasankan?Aku pun tanya, perasan apa?Aku ingat perasan popular ke apa.Lepas tu, dengan kening berkerut anak murid aku kata; budak-budak U pun ramai yang b***h.Hiss!Aku kata tak baik kata kakak abang tu b***h.Kalau b***h takkan masuk U!
Kemudian anak murid aku yang umurnya 14 tahun tu kata; B****hlah teacher sebab B.Inggeris dia orang teruk!Yang basic pun hancur.Fuhh!!!Tersentap urat otak aku dengar.Betul juga kata anak murid aku tu sebab ramai sangat blogger yang masih di U buat kesilapan yang sangat basic yang tak sepatutnya silap.Kemudian aku pun pancinglah anak murid aku tu.Aku tanya apa contohnya.Dengan jelas beserta contoh, anak murid aku tu berikan penjelasan.Berikut adalah contoh-contohnya:
1.I hopes you like my blogging.
2.Read is my interesting.
3.Come again and you will enjoying my blog.
4.You must be a blogger that have a blog
5.This giveaway will be close ...
6.Its my best friends.
7.I and my boyfriend...
.... yang lain-lain aku lupa nak salin.
Kemudian anak murid aku tu kata; Takkan nak biarkan je teacher.Kena beritau kalau tidak nanti budak-budak kecik macam saya ikut contoh ayat yang salah.Siapa yang marah nanti?Teacher jugak!!!!Itulah lebih kurang kata anak murid aku.Aku pun garu-garu kepala yang tak gatal.Aku dalam dilema kerana kalau aku tegur aku takut orang kata aku tunjuk pandai.(Memang pandai pun sebab aku ada degree in TESL.Gurau je!) Kalau aku tak tegur, hari-hari anak murid aku yang terlebih prihatin ni tanya; Bila nak tegur teacher?Pening kepala aku jadi tolong jawabkan ye!!!Satu lagi si murai bijak tu tanya; kenapa aku berhenti menulis entry dalam B.Inggeris.Tolong aku fikirkan jawapannya juga ye.
Banyak mulut sungguh anak murid teacher tu ye?
Teacher dia banyak mulut juga ke?
( Cik tucin Google tanya)
6 comments:
hihih.... so sweet... budak2 skang nih memg bnyak mlut arr...
hehe....kirim salam kat anak murid tuh yea....hehe....
jawab jer lagu ni: not everybody wants to read in english...hahaaa..betul tak teacher???
pandai la anak murid tu..hehe..sbb bunga sendiri sampai sekarang kurang cedik english..n kadang2 belajar pom xfaham apa pom..pk sekali nak gak berhenti belajar..tapi sampai bila kan..
tapi entahlah lau bi dah bermacam2 cara bunga buat masih lagi lemah..mybe cr bunga salah..sentahla..
memang betoi pun budak tu kata. kekadang vocab anak saya lebih drp saya. sebab tu galakkan dia menulis dlm BI di blognya. walaupun dia tak bagus sangat BI tapi dia tak suka tulis BM. rasanya scarlet dah jenguk blog dia di http://aishahfaisal.blogspot.com/
ini blog kawan dia yg memang BI nya bagus.
http://daniarizuan.blogspot.com/
Hahaha...kelakar anak murid dah pandai tengok selok-belok perangai cikgu kan..ekekek..^^'
Post a Comment