Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, September 17, 2012

Asal-usul ketupat.

   Syawal baru je berlalu.Tapi aku nak kongsi jugak penemuan hasil blogwalking aku pagi ni iaitu tentang asal-usul ketupat.Cuba baca apa blogger ni tulis.

Jemput baca...

Zaman ini sudah jarang kita lihat ketupat dihidangkan di rumah-rumah ketika lebaran idulfitri atau iduladha. Banyak yang menghidangkan ketupat segera yang kulit luarnya adalah plastik dan bau pandannya artifisial. Tetapi percayalah, setelah membaca dapatan di bawah ini, kalian akan mempertimbangkan ketupat asli pada lebaran yang akan menjelang beberapa hari lagi, InsyaAllah, walaupun terpaksa merebusnya berjam-jam lamanya.
Aku punya darah jawa. Meskipun tidak asli sepenuhnya kerana nenek berbangsa Cina, sekurang-kurangnya masih basah bibir ini bahasa Jawa kasar meskipun bukan Jawa halus Keraton (Istana). Tradisi menghidangkan ketupat pada setiap lebaran saban tahun bukan sekadar menutup ritual puasa sebulan penuh, tetapi ia punya makna tersirat yang tersendiri.

Bahasa
Pada zaman dahulu, tradisi KUPATAN (bahasa Jawa bermaksud ketupat) adalah yang ditunggu-tunggu. Sebahagian masyarakat Jawa percaya bahawa KUPAT berasal dari perkataan dalam bahasa Jawa; KULO LEPAT, yang bererti “Aku Lupa”. Yakni, kita mengakui kitalah hamba  Allah yang sering lupa dan tidak luput dari khilaf dan salah. Oleh itu, jadilah ia satu tradisi pada 1 Syawal kita saling bermaafa-maafan sesama keluarga dan kenalan.

Ada juga yang meyakini KUPAT diserap dari kata KUFFAT, bentuk jamak dari KAFI dalam bahasa Arab, yang bererti “sepenuh harapan”. Sebahagian yang lain berpendapat KETUPAT berasal dari perkataan Jawa TLUPAT – Singkatan dari perkataan TELU (tiga), PAPAT (empat) – yang melambangkan puasa sebagai Rukun Islam ketiga (TELU) dan zakat sebagai Rukun Islam yang keempat (PAPAT). Masyarakat Jawa meyakini KUPATAN adalah tradisi peninggalan Walisongo (Wali Sembilan) yang diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga. Ia kerap mengajarkan nilai-nilai Islam dengan menyerap simbol-simbol kejawaan.

Makna Anyaman Ketupat
Ketupat terdiri dari nasi yang dibungkus dalam anyaman unik daun kelapa muda atau JANUR dalam bahasa Jawa. Nasi adalah makanan ruji orang Asia yang menjadi simbol kepada “nafsu dunia”. Manakala JANUR dalam budaya Jawa berasal dari perkataan “Jatining Nur” bermaksud “sejatinya nur”), iaitu hati nurani. Jadi ketupat secara simbolik dari nafsu dunia yang dapat ditutupi oleh anyaman rapat hati nurani supaya ia tidak terlepas merosak manusia.
Kerna itu, pada zaman dahulu, tradisi KUPATAN adalah peristiwa tahunan yang mesti diadakan meski semiskin manapun seseorang, hanya kerana untuk memelihara tradisi yang punya makna tersendiri dalam mencari pencerahan dan redho hidup sebagai hamba ciptaan Tuhan.
Nah kalian, marilah kita menghidangkan ketupat pada 1 Syawal nanti.


     Ooooo..... Logik jugak kan?Aku setuju dengan Bluehikari ni.Zaman sekarang, ramai yang main bedal je guna ketupat plastik.Belajar menganyam ketupat pun tak nak.Merebus ketupat tu sebenarnya melatih kita menjadi insan yang sabar. Aku pun ada darah Jawa jugak jadi, penjelasan blogger ni bunyi logik.Tak taulah orang lain.Sebab tulah agaknya orang Jawa dulu-dulu, terkenal dengan sifat sabarnya.Tapi orang Jawa yang dah tak berapa Jawa macam aku, tahap kesabaran tu rendah sangat.Apa-apa pun, tak kiralah Jawa ke bukan, jom kita buat ketupat original tahun depan.





Ketupat aku







2 comments:

: husna : said...

ketupat kat terengganu bentuk segi tiga... :)

Telor Power said...

nais entri


baru tahu dgn sedikit info ni. kalau tak tahu makan jer hehehehe

Let's have a break!