Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, September 29, 2012

Blogging bukan macam t**i ayam!

   Tiba-tiba ramai pula yang teringin jadi blogger.Yang tak sedapnya tu,niat asal tak betul sebab nak jadi blogger kerana nak kaya.Memang betul jadi blogger tu boleh jadi kaya tapi ingat senang?Macam mana nak jadi blogger kaya, kalau entry pun ala-ala asam pedas tak cukup pedas?Bila dah tak de idea nak tulis, ciplak entry orang bulat-bulat tanpa credit.Kalau tak pun pos gambar tak senonoh untuk tarik traffik.Boleh berkat ke macam tu?Hampeh le dunia blogging yang suci ni kalau fikiran blogger-blogger baru ramai yang macam tu.


   Blogging ni bagi aku juga merupakan satu seni.Apa taknya, seni dalam layout blog yang cantik, yang menarik dengan warna dan font yang sesuai.Ditambah dengan kualiti entry yang mampu memacu minda untuk menjadi lebih kritis dan berwarna.Jadi, buat blog juga mestilah bersungguh-sungguh.Dengan kata lain, bukan semata-mata bersungguh-sungguh untuk dapatkan RM dengan blog tetapi bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang mampu menyumbang kepada pembaca yang cemerlang.Kalau boleh, selepas pembaca membaca isi blog kita tu, adalah sesuatu yang dipelajari agar mereka menjadi seorang yang lebih baik di masa depan.

   Kesimpulannya, janganlah sesekali berfikir yang menulis blog akan dengan tersangat mudah menyumbang RM ke poket ibarat mendapat bonus bertahun-tahun.Tetapi berusahalah agar blog yang dibina itu mantap, punya tarikan tersendiri dan ada sesuatu yang boleh membuatkan pembaca datang lagi dan lagi.Dan yang paling utama, jadilah diri sendiri dan tak perlu menjadi orang lain.Insya allah, kalau niatnya ikhlas, kita akan rasa kepuasan meskipun ia bukan dalam bentuk RM semata-mata tetapi jalinan persahabatan yang tulus sesama blogger.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Blogging juga kena serius bukan setakat
hangat-hangat t**i ayam.

9 comments:

Sue PeLik said...

setuju ler teramat sangat. berblogging neh bukan duit sajaaa. huhuhuhu

cikeyrah said...

setuju2 . .

Syaza Syahira said...

setuju.blogging utk berkongsi,dgn brkongsi,insyaAllah ada rezeki di situ.tp kalau entri stakat nk kta'bosanlah,xtau nk buat apa.kbye!'....no komen...

Hi! sy ada necklace for sale. affordable n free postage.

http://www.wourmen.blogspot.com/2012/09/wourmen-style-o-my-necklace.html

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

bergantung pada niat.. xnak kaya tp nk ramai readers ke blog... tu lg best dn makin bersemnagat untuk berblogg

Niza Romli said...

yang penting minat menulis jgk kan..

Everything's Everythings said...

alahai pedasnya nasihat ni xD
InshaAllah akan cuba perbaiki penulisan di masa akan datang ;D

Scarlett O'Hara said...

Betullah.Kalau tak minat menulis, dok mengadap laptop berejam pun tak siap satu entry.

beckhrooy said...

betul tu

.::: Princess MOMOY :::. said...

paling tak suka bila blogger ompuan tulis entri ada unsur2 lucah. amboi. umur muda lg. malu la

dan ada juga girls yg komen entri mcm tu
tolong la
klu kamu terbaca diam2 sudah, x perlu nk koman tambah

Let's have a break!