Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, September 9, 2012

Cara mandikan kucing

  Oleh kerana aku sukaaaaa sangat pada kucing, mahkluk berbulu lembut yang aduhai tu, aku berbesar hati nak berkongsi maklumat tentang kucing yang aku kutip dari Facebook.Harap-harap ia boleh membantu mereka yang memerlukan.

TIPS : Mandikan kucing

Alatan : Tuala (2 helai), Syampoo (khas kucing), Conditioner (khas kucing), Kapas (utk telinga), Hair dryer (jika perlu)

Cara-caranya : 
1. PERIKSA KUCING - Tanggalkan kolar. (Jika ada) Perhatikan sama ada terdapat ruam, kutu atau luka. Kucing tentu bersikap agresif jika ketika mandi anda menggosok di bahagian yang sakit. Gunakan kapas untuk membersihkan telinganya. Perhatikan jika ada kutu telinga.

2. SIKAT BULU KUCING - Perhatikan bulunya samada kusut atau bergumpal (jika bulu panjang). Sikat dengan baik, jika bulunya tidak dapat dileraikan anda boleh gunakan air dan syampu untuk cuba meluruskannya. Jika gagal, anda harus la memotong bahagian tersebut. Menyikat bulu kucing membantu air mandian menyerap ke badan kucing dengan mudah. 

3. BERSIHKAN TEMPAT MANDI KUCING. Ini bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila kucing bertindak agresif. Jauhkan sebarang botol atau alat mandian terutama yang diperbuat dari bahan kaca. 

4. SETKAN ALAT PEMANAS - Uji kepanasan air sehingga anda dapat menghasilkan air yang suam. Anda mungkin menghadapi masalah jika kucing anda takut pada bunyian - semburan. Jika ini berlaku guna air biasa yang telah dipanaskan untuk mendapatkan air suam. Air yang panas akan membuatkan kucing berasa tidak selesa dan mengeringkan kulitnya. 

5. HASILKAN BUIH SABUN. Hasilkan sehingga 4 inci tinggi. Jangan sekali-kali anda mandikan anak kucing di basin kerana ketinggian dan ruang yang tidak luas menimbulkan kesukaran. (Anak kucing mungkin jatuh dengan tidak sengaja kerana air sabun yang licin!) 

6. MANDI. Masukkan kucing ke dalam bilik air dan kunci pintu juga tingkap bilik air. Ketika ini kucing akan menunjukkan reaksi cemas. Tenangkan kucing anda. Bercakap dengannya dan belai supaya ketakutannya berkurangan. Jika kucing anda selesa, letakkan kapas (cotton ball) ke dalam telinga kucing untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam telinga. Letak kucing ke dalam air buih perlahan-lahan. Sembur air dari nozel shower ke badan kucing membasahi bulu. Elakkan dari menyembur muka kucing! Memadai anda menggunakan tapak tangan dan menggosok mukanya beberapa kali. Curahkan syampu di tapak tangan dan mulai menggosok seluruh badan kucing hingga menghasilkan buih di badannya. Elakkan dari menggosok di tempat luka. Bersihkan sabun di badan kucing dengan semburan air suam. Ulang sekali lagi. Lumurkan dengan air sabun sehingga anda pasti semua kotoran telah hilang. Bersihkan dengan semburan air suam sehingga anda pasti tiada sisa2 sabun ketinggalan. Lurutkan badan kucing dengan tangan anda sehingga tiada lagi sisa air atau lebihan sabun. Ini penting kerana sisa syampu (residue) yang masih melekat di badan kucing akan menyebabkan kucing anda dijangkiti ruam dan kurap. 

7. KERINGKAN. Guna tuala untuk mengeringkan bulu kucing di tempat mandian sehingga tiada lagi air yang menitik dari badan kucing. Keluarkan kucing dari tempat mandian dan mulakan proses pengeringan menggunakan pengering rambut, hanya jika kucing anda ok dgn pengering rambut. Jika tidak, anda keringkan dia menggunakan tuala sahaja.



Bujang aku si Panji yang gagah perkasa tapi takut pada air.

Panji!Turun!Meh mak mandikan pakai shampoo Rejoice!

5 comments:

Syazwan Che Deraman said...

hehhehe.

bersih sangat la kcing macam tu kan.

wan tak berani mana nak pegang kucing..

bagus tips ni.

kadang tu terfikir.
kucing kat rumah ni, selama dia hidup, dia pernah mandi ke tak.

caliph shuriken said...

nice tips ^^

bdk johor said...

patut lar si Panji tu tak nak mandi.. dia kata asyik2 syampu rejoice. Dia nak Sunsilk lar pulak!
Hahaha..

ZWAN SABRI said...

Tadi baru je zwan mandikan kucing.. HAHA

Anonymous said...

Memang mandikan kucing adakalanya mencabar...tapi tetap diteruskan.

Let's have a break!