Sunday, September 16, 2012

Izzah Ombak Rindu yang solehah...


   Ini pun salah seorang anak buah aku.Gambar ni dirakam semasa anak buah aku tertidur.Penat sangat kot!Anak buah aku ni namanya Izzah tapi bukan Izzah Ombak Rindu tu.Perangai dia ni memang pelik sikit.Kalau tidur, tak kiralah dalam keadaan macam mana, mesti lena.Satu lagi, Izzah ni sangat berbakat jadi jimnas.Badan dia mudah lentur @ fleksibel yang amat sangat!Macam tak de tulang!Tapi, cucu Pak Imam takkan nak jadi jimnas?Tu yang jadi jimnas time tidur je tu.Oh ya!Satu lagi, si Izzah ni walau pun baru je 10 tahun, dah pandai gunakan mesin jahit.Bukan mesin jahit cap Rama-rama macam aku punya tu tapi mesin jahit ala-ala kilang punya yang aku nak guna pun takut!

   Hobi masa lapang Izzah selain menjahit adalah bersolek.Serius dia pandai menyolekkan orang!Set make up dia pun lebih canggih dari aku punya.Warna favourite dia pulak pink.Confirm jadi anak dara jelita dia ni.Keistimewaan lain adalah, Izzah boleh menulis dan buat lain-lain perkara menggunakan kedua-dua belah tangan!Cuma satu je yang susah pasal Izzah ni iaitu... cukup memilih bila bab makan.Tu yang slim tu.

   Apa-apa pun, mudah-mudahan Izzah jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat .......


1 comments:

Post a Comment