Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, September 4, 2012

Memang untung jadi guru Cik Lyana oii!!

    Dalam geram, aku sedih kerana profesion perguruan dipandang rendah oleh seseorang bergelar engineer!Seolah-olah, si engineer tu lahir-lahir je dah jadi engineer,Rendah-rendah kerja cikgu, aku rasa confirm kalau tak de cikgu Cik Lyana tu tak boleh jadi engineer.(Betul ke engineer?Cakap macam budak tak abis sekolah). Manalah dia dapat idea tulis entry paling buruk sepanjang aku jumpa.Yang di bawah ni, aku ambil dari Facebook.Memang sebijikkkkkkkk apa yang aku nak cakap.Orang tak tau, cikgu-cikgu macam kami ni selalu menangis dalam hati.

Hahaha.. Dalam ranking penjawat awam ni kerja cikgu paling best.. Bila bawa budak keluar sekolah kena bertanggungjawab sepenuhnya dengan pelajar tuh.. dia dah jadi parent budak tu la katakan.. kita nak minum pun kena juga budak tu minum sekali.. sama gak makan.. takkan nak makan depan budak sendiri.. pendek kata banyak perbelanjaan luar tu guru kena tanggung bukan setakat untuk diri sendiri tapi untuk budak juga.. bila di rumah buat persediaan paling kurang kena la ada power point atau nota edaran.. buat siang anak-anak sendiri akan terabai.. buat malam bini sendiri terabai.. klu laki bini guru? anak akan diberikan pada amah.. (untung jadi guru) bila menjelang ujian, kena pulak sediakan soalan.. sediakan tu senang.. tapi bila sampai masa cek sekali lagi buat siang abaikan anak-anak.. buat malam abaikan bini.. kerja guru senang..
 kerja separuh hari je.. ya separuh hari.. kerja pagi bagi pelajar nota dan latihan. sebelah petang menanda buku latihan.. senang kerja guru banyak cuti.. hujung minggu cuti.. tapi biasanya hujung minggu tu digunakan untuk kelas tambahan.. tak semua ada kelas tambahan.. ya memang tak semua.. tapi sekolah juga ada program lain pertandingan antara sekolah.. nak jadi sekolah paling cantik.. website paling update.. sekolah Lestari, UBK Terbaik.. Pengurusan Sekolah Terbaik.. mula-mula peringkat daerah.. kemudian peringkat bahagian.. lepas tu peringkat kebangsaan lagi.. ada juga pertandingan ko-kurikulum.. bagus kalau ada budak latihan 1 bulan dah jadi juara.. nak jadi juara kena sepanjang tahun dan tak ada sekolah yang luluskan latihan ketika waktu pembelajaran.. seronok jadi guru.. tiap-tiap hari kena berlatih bersama pelajar.. bila jadi guru ni.. seronok.. ada macam-macam meeting.. meeting pentadbiran sekolah... meeting guru paling kurang 3 kali setahun.. sekolah saya dah 5 kali dah.. meeting kokum, meeting ko-kurikulum, meeting panatia, meeting kewangan, meeting disiplin, PIBG ni belum lagi meeting sambutan pelbagai acara di sekolah.. hari koperasi, hari bumi, lawatan luar, anugerah kecemerlangan, penilaian pelbagai pertandingan, sukan sekolah, larian kpm, kalaulah setiap benda ni paling kurang 2 kali meeting... wow! paling seronok jadi guru.. meeting berlambak! semua meeting ini tidak diadakan ketika waktu P&P.. campur lagi pulak pelbagai kempen baru diperkenalkan.. 1m1s, guru penyayang.. WOW! paling meriah la jadi guru ni..





 Sesiapa yang nak baca apa Cik Lyana ni tulis, bacalah.Nak ke blog dia, macam dah takde.Dia dah remove kot.Atau aku yang buta IT sebab maklumlah, aku ni cikgu.Manalah tau hal-hal orang bijak macam engineer!

Kisah Liyana

Monday, November 28, 2011

Untung laa sape jadi cikgu

assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. 

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,"
 kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..


Cik Lyana, kerana spesis Cik Lyanalah kami guru mengalirkan air mata kerana penat-penat kami didik, tapi akhirnya jadi kurang ajar juga!


Cik Lyana ada mintak maaf di SINI. Tapi???

p/s : Entry Cik Lyana terpotong-potong!Maaflah saya ni cikgu je.Tak reti nak betulkan.

6 comments:

pipoq said...

ape yang cik lyana enjin tu nak kecoh2 sangat..sape suruh dia jadi enjineer, pehtu nak tak pueh ati pulak..murid derhaka sungguh

aisya said...

mak ayah sy dua2 cikgu dan sy tau kerja cikgu tu tak mudah pun mcm org fikir. mcm mak, pg dh kena dtg awal ke sekolah utk meeting segala mcm, ptg pulak mengajar. malam nk prepare utk esoknya pulak.. tu belum lg nk uruskan family.. huhu.. ayah pulak mengajar pagi, petang pulak ada kelas tambahan, training budak dan segala macam. tp masih ada masa jugak utk kami adik beradik.. mudah mcm tu je dia ckp kerja cikgu ni senang.. sy yg bukan cikgu ni pun terasa hati bila ada org ckp mcm tu..

Crew Fathi said...

Syok oh jadi cikgu.. Sbb bila dok ajar murid2.. Mesti teringat time kita dulu2 sekolah.. macam tu lah kita dulu2.. haha.. ^_^

Everything's Everythings said...

Banyak2 bersabar cikgu,
tu cuma pandangan dia sahaja mungkin sebab ada seorang cikgu yg menyakitkan hati dia or so..

Betul tu, sekarang ni parents ramai yg jenis berserah 90% tugas mendidik dkt guru2.. apa2 yg tak elok berlaku semuanya salah guru.. walhal, guru tu sendiri ada life juga nak dihandle, ada byk kerja juga utk disiapkan dan byk2 tugasan lagi kan? ^^

Mak Lagenda said...

Blogger Liyana nih dah fofular kerana 1 n3 je..

:)

whitecappuccino said...

engineer ke tulis mcm ni? mcm org tak sekolah ajer..alahai cik lyana yg bijak pandai!

Let's have a break!