Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, September 30, 2012

Musliha dan Pak Pung

   Kadang-kadang, aku teringat kenangan lama zaman sekolah dulu.Kenangan tinggal di kampung  masa aku sekolah rendah.Zaman lagu Musliha tengah popular.Masa tu tak ingatlah pulak darjah berapa.Darjah 1 atau 2 kot..Macam biasa, bila ada Hari Penyampaian Hadiah, mesti ada budak-budak yang buat persembahan.Masa tu ada seorang budak darjah 6 kalau tak silap nyanyi lagu Musliha.Suara boleh tahan, tapi tegak je macam tiang.Hahahaha!Kelakar kalau ingat.Jauh beza dengan pujaan hatiku,Othman Hamzah, penyanyi asal lagu tu.(Darjah 1 pun aku dah ada pujaan hati tau!)

   Lepas tu giliran aku pulak menyanyi.Cikgu siapa entah yang pilihkan lagu.Aku pun dah lupa.Aku pakai gaun pendek paras peha warna maroon  dengan kocek bentuk love.Zaman dulu pakai gaun pendek tu biasa je.Mana ada yang bertudung macam sekarang.Mula-mula, aku gelakkan budak lelaki yang nyanyi lagu Musliha tu.Tapi aku sendiri pun menyanyi tegak macam tiang!Siap gentel hujung gaun lagi sebab takut bukan main.Maklumlah budak dulu-dulu.Hahaha!Nak tau lagu apa aku nyanyi?Jap nak cari kat Youtube ada tak.
-
-
-
-
-
-
-




Budak lelaki tu menyanyi lagu nilah.
Ini lagu versi asal nyanyian Othman Hamzah.

Tak kenal Othman Hamzah zaman muda?
 Ni dia, aku pinjam gambar dari Othman Hamzah sendiri.


Handsome bukan main.
Kalah KPop ke apa pop.
Tu yang aku jadi peminat setia sampai sekarang.

Oh ya.
Lupa nak share lagu yang aku nyanyikan sambil gentel gaun tu.
Jap ye.
-
-
-
-
-
-
-
-




Inilah lagunya Pak Pung Pak Mustafe.
(Kenapalah sampai hati cikgu aku tu pilihkan lagu ni)
-
-
-
-
-
-


Gambar terkini Othman Hamzah ( yang belah kiri tu ) dan
Halil Chik, yang juga penyanyi popular yang aku minat sampailah sekarang.
Dua-dua awet muda, kan?
-
-
-
-
-
-


Ada pun gambar masa pakai gaun ni.
Hahahahaha!

Terima kasih banyak sebab pinjamkan gambar ye Man!

3 comments:

Syazwan Che Deraman said...

cikgu mengigatkan wan pasal lagu tuh!!

thanks.
wan ni boleh dikatakan generai baru, tapi wan suka layan lagu macam tu.

yang pakpung pakmustafe tu.
dah lama wan tak dengar!.
nak download lah.
best!

Scarlett O'Hara said...

Wah!Wan generasi baru tapi tetap suka lagu2 lama.Lagu lama best kan?

Everything's Everythings said...

Wahh lagu klasik la ;P
lagu yg Othman Hamzah tu tak dpt dgr plak..
Tapi best pula lagu Pak Mustape ni xD
tak pernah dgr lagi haha

Let's have a break!