Wednesday, September 26, 2012

Nah kau pocong!Nak sangat!

   Bukan senang nak mengajar anak murid kelas yang hujung.Cikgu BM pun kata susah apa tah lagi teacher English macam aku.Betul-betul mencabar.Otak kena ligat cari idea supaya budak-budak yang tak reti nak duduk diam tu boleh duduk molek-molek.

   Hari ni aku mengajar kelas paling hujung.Adalah dalam 30 orang yang hadir.Jumlah sebenar 35 orang kalau tak silap aku.Sebelum masuk, aku dah plan nak guide budak-budak tu English Paper 1.Bukan target nak dia orang jawab full set 40 soalan.Aku letak target 15 soalan je untuk kelas 2 waktu iaitu lebih kurang 1 jam.Aku tulis dalam lesson plan fully guided sebab tau jelah budak-budak bertuah tu jenis macam mana.

   Tapi, lepas soalan no.8 je, budak-budak lelaki yang memang terkenal dengan perangai yang ' aduhai', dah mula resah tak boleh duduk diam.Ya Allah!Sabar jelah aku.Kalau tak sabar, boleh sakit jantung aku dibuatnya.Yang aku geram tu, 4,5 orang budak je yang buat perangai tapi bising mengalahkan monyet bergaduh dalam zoo!Ya Allah!Terbantut budak-budak baik yang nak belajar.

   Oleh kerana tak de pilihan lain, daripada kelas jadi macam zoo tunggang langgang, aku pun mulalah taktik aku nak buat budak-budak tu diam.Aku guna white board.Aku lukis sikit-sikit.Mintak dia orang teka.Mula-mula dia orang buat donno je.Tapi lepas 5,6 minit, dia orang mula diam.Yeah!!Kata hati aku!Akhirnya bila dah nampak bentuk gambar tu, adalah budak yang betul meneka.Aku lukis gambar pocong!Sambil lukis tu, aku gunalah English yang mudah.Nampaknya dia orang boleh faham.

   Kemudian, aku pun mula taktik aku yang kedua iaitu bercerita.Aku ceritalah pasal hantu, pasal toyol, pasal jin dan yang sewaktu dengannya.15 minit pertama, aku guna English yang mudah berserta gestures.Tapi bila dah seronok bercerita, tambah pulak seronok tengok anak-anak murid aku yang bertuah tu mula bagi respons yang positif, aku tercerita guna BM sepenuhnya.MasyaAllah!Tak de niat langsung untuk aku melanggar 'akta' yang tak boleh mengajar English menggunakan BM.Tapi serius, aku terseronok, teruja dan happy tengok anak-anak murid aku tu terlopong dengar cerita!Rupanya boleh pun dia orang duduk diam!

   Lepas bercerita,sebelum keluar kelas, aku buatlah kesimpulan iaitu aku beri tahu budak-budak tu, kalau dia orang nak belajar atau at least dengar cikgu mengajar, bukan tak boleh.Yang penting, diri dia orang sendiri.Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.Aku beritahulah yang aku tak suka marah-marah, hentak-hentak meja, maki-maki dia orang sebab perangai dia orang yang boleh buat orang mengandung terberanak.Aku tak suka dengar kes cikgu bergaduh dengan anak murid.Selagi boleh sabar, aku akan sabar walau pun dalam hati keciiiikkk je aku tengok budak-budak tu.

   Lepas kelas, bila dah balik semula ke bilik aku, time nak tulis reflection, aku termenung sekejap.HALAMAK!!!!Tak tercapai learning objective aku.Target 15 soalan, tapi dapat buat sampai soalan no 8 je.Lepas tu, 30 minit yang kedua, aku habiskan dengan bercerita.Dah lah cerita hantu.Tapi aku tak de pilihan sebab cerita hantu yang budak-budak tu berkenan.Tapi, at least, aku sempat bagi motivasi sikit tentang betapa pentingnya disiplin dan pelajaran.Kira ok le tu kan?Bolehlah aku buat reflection,Kan?Kan?



Nak sangat cerita pocong, aku bagi cerita pocong.
Nah kau!


Yang paling penting, mesti wujud hubungan baik antara aku dan anak-anak murid aku.

p/s: Ada tak jampi nak jinakkan anak murid yang agak liar tu?

3 comments:

Telor Power said...

aku juga nakal dahulu ketika belajar...tapi buat bising takde la.

biasa perangai nakal tapi masa blaja, blajar betul2 senang sikit nak merayap. janji ilmu ada masuk gak

hehehehe

tiada tips atau petua la sis

Cikrosecute said...

budak2 nie...tak boleh kita marah...lagi kita marah lagi kuat melawan...

Xugh Ain said...

Terkejut tengok gambar tu dekat blog teacher, hehe. Sabar jelah teacher :)

Post a Comment