Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, September 9, 2012

Orang Melaka kena tau ni!

   Hari Sabtu lepas, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)sekolah aku, telah membawa anak-anak murid ke Melaka.Macam biasa,bila ke Melaka, seronoklah budak-budak tu nak berjalan-jalan sambil cuci mata terutama bagi yang tak pernah sampai.Budak-budak tu kebanyakannya student tingkatan 4 @ 16 tahun. Jadi, tak lah risau nak biar budak-budak tu bergerak sendiri asalkan dalam kumpulan.

  Tapi, yang tak seronoknya, menurut kata salah seorang GBK sekolah aku tu, berlaku satu insiden yang tak sepatutnya berlaku dan cukup menakutkan.Konon kisahnya, semasa di Dataran Pahlawan, sekumpulan 8 orang budak-budak tu ( pelajar perempuan) telah dikepung oleh sekumpulan pemuda Cina.Konon ceritanya lagi, budak-budak tu telah diasingkan antara satu sama lain oleh ahli kumpulan tersebut dan setiap budak tu diminta memberi antara RM20 hingga RM50!Ini dah kira kes peras ugut!

  Bagi aku, walau pun jumlah yang diminta tu tak besar, tapi pasti anak-anak murid aku tu trauma!Ada ke patut!Ini dah kira jenayah!Kalau betul perkara ni pernah berlaku atau sebenarnya kerap berlaku, aku rasa makin kuranglah pelancong nak ke Melaka.Jangankan budak sekolah, orang dewasa macam aku pun takut!Lepas ni, fikir 1000x lah agaknya kami nak bawak budak rombongan ke Melaka lagi.Pihak yang berkenaan patut mengambil tindakan segera jika perkara tersebut benar-benar berlaku.Tapi, apa pun, syukur kerana anak-anak murid aku tu tak apa-apa.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dari zaman aku tadika lagi,
Melaka adalah adalah tempat paling popular untuk dilawati.


   

3 comments:

babycomel said...

jgn katakan budak, saya yg dh besar ni pun akan rasa trauma kalau tiba2 org datang pau duit camtu

encik cool said...

kes bahaya nie..guru pemantau kena pantau demi keselamtan pelajar,,

caliph shuriken said...

ada kes cmni ka? baru tau area tu port panas...

Let's have a break!