Friday, September 28, 2012

Ringkasan Bajet 2013

   Berikut adalah ringkasan bajet 2013 yang aku faham.Nak baca penuh, tak sempat kan?Sebab nak blogging dan lain-lain urusan tapi hal bajet kena tau juga kan.Sumber untuk ringkasan ni ada d SINI.



1. Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

2. Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.

3. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah 
berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan dengan bantuan sebanyak RM250

4. Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

5. Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

6. Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

7. Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

8. Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

9. Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

10. 100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

11. Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan. 

12. RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

13. Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

14. Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

15. Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

16. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

17. Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

18. 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

19. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara.




Alhamdulillah.... mak dapat bonus.
Bolehlah belanja Panji KFC.


p/s :Kenapa tak guna perkataan belanjawan?
Maknanya tak sama ke?
Ada tak cikgu BM sudi beri penerangan?

7 comments:

caliph shuriken said...

sy fokus kt BR1M tu, last year x bole amik, hikk...

Chekgu Azrine said...

tq sharing..

ZWAN SABRI said...

perkataan belanjawan panjang sangat.. bebelit lidah nk sebut.. pekataan bajet mudah sikit nk sebut.. hehe

Koding said...

Alhamdulillah...
Sebuah Janji Ditepati..

Norhaizan said...

Bajet lebih senang disebut..agaknya.

1st time singgah sini...selamat berkenalan.

ewanthology said...

tq for this sharing.... Sy tak sempat nak tgk semua lam. Hehe

Uji Hussein said...

Saya pun malas nak baca yang panjang berjela tu.Tu yang share ringkasannya ni.

Post a Comment