Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, September 6, 2012

UTM...Here I am!

  Berdebar je rasa hari ni.Mengalahkan budak darjah 1 baru nak mula masuk kelas.Dup dap dup dap.Kenapa entah.Nak kata aku takut, memanglah tak, jadi mungkin sebab aku ni seronok sangat kot.Maklumlah, nak jadi student balik!Hehehe!

  Tapi, tanggung jawab sebagai guru aku kena galas dulu.Tu yang aku pergi mendaftar dekat-dekat pukul 12.Apa taknya, dari sekolah dah pukul 10.Kemudian terpaksa ke LHDN JB untuk urusan setem hasil.Fuh!Tak sampai 5 minit dah siap.Efisien sungguh!Kemudian, aku segera ke UTM.Dalam surat tulis, blok N24 tapi bila aku pergi, satu manusia pun takde.Nasib baik ada no telefon staff di pintu salah satu bilik kuliah tu.Aku call, dia kata pendaftaran dah pindah ke P16!Pulak dah!

   Sampai di P16, aku tengok ramai juga foreigner.Urusan pendaftaran tak lama tapi banyak bebenor kaunternya.Lepas satu, satu sampailah akhir sekali aku dapat kad matrik.Time ambik gambar, tukang ambik gambar tu kata, semalam aku dah ambik gambar.Biar betul!Aku baru je mendaftar.Bila pulak aku datang ambik gambar?Takkan nak main-main kot?Kacau mood aku betul.Tu yang gambar tak berapa cantik tu.

  Lepas dapat kad matrik, taklimat di fakulti pulak.Pusing 2,3 kali, barulah aku jumpa Fakulti  Pendidikan.Taklimat mula jam 2.30 petang untuk sesi pertama.Semasa sesi pertama ni, I wonder because the English was quite bad!Tak sangka betul! Habis sesi pertama dah pukul 4 lebih.Perut pun oppa gangnam style dah.Aduh!!!Sesi kedua sesi degan koordinator.nampak lembut dan baik sangat Prof tu.Tu yang pukul 4 setengah dah habis!Yahooo!!!Dapat balik!

   Sampai rumah, aku terus on line, excited nak register subjek.Tapi hampeh!Susoh bebeno!Malam ni nak try lagi. Maksimum untuk part time student macam aku 3 subjek je.Kalau minima 1.Cadang nak ambik 1 paper je sem ni sebab aku ada masalah BESAR yang perlu aku selesaikan.Hai.... Harap-harap semua ok.

    ALAMAK!!!Kertas exam anak murid aku yang trial SPM belum aku tanda!Key in bila ek?Lupa pulak!Lambat-lambat karang naik pulak nama aku!Oklah...Aku mohon undur diri dulu.bunyi skema Malam ni, kalau aku hidup lagi, aku onlinelah balik.Until then...Bye!Bye1

-
-
-
-
-
-

TADA!!!!!!!!


5 comments:

Chekgu Azrine said...

selamat kembali belajar ye..

jemarisuri said...

wah dh jadi student balik ekkk..wat master ke?..

Crew Fathi said...

Selamat berstudy.. ^_^

Everything's Everythings said...

Susah juga tu ye sambil study sambil bekerja kan? apa2 pun wish u best of lucl ^^

Mia Liana said...

tahniah ya kak scar... dah sambung belajar balik. good luck!

Let's have a break!