Wednesday, November 14, 2012

Isu kahwin muda di SINAR

   Isu hari ni di SINAR adalah kahwin muda.Isu ni sebenarnya ada pro dan kon.Kalau fikir positif, dah sampai jodoh, kahwin jelah.Tapi, kalau fikir negatif, kahwin muda ni tak bagus sebab banyak risikonya.Tambah malang, kalau kahwin muda, si isteri kena pulak tanggung biawak hidup!Kan cari masalah namanya tu?

   Cakap pasal kahwin muda ni, kalau setakat umur 20 tu, bagi aku taklah dikira muda sangat.Ok je.Tapi lainlah kalau umur 16, 17, 18, 19.Ha.... ini bari kira muda.Tambah-tambah pulak yang lelaki.Belum cukup matang nak jadi suami.Silap-silap, isteri tu cuma jadi bibik je.Tak ke kesian kat isteri?

   Kalau ada yang kahwin muda sangat, mulalah orang sok sek sok sek kata dah termengandunglah, itulah, inilah... Padahal, bapak suruh kahwin cepat-cepat sebab daripada dok mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir, baiklah menikah.Tapi, mak bapak muoden sekarang, lebih rela share dosa anak-anak dok berkepit ke sana ke sini tanpa nikah, daripada menyuruh anak-anak tu kahwin cepat-cepat.Betul tak?Tu belum kira yang dok bertunggu tangga di rumah.

   Tetamu SINAR hari ni, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah kata, tahap maksimum miang lelaki adalah pada usia 20, 40, dan 60 tahun.Jadi, bila lelaki dah masuk umur 20, bagus juga kalau cepat-cepat kahwin.Sekurang-kurangnya, dah menikah, nak miang tahap gaban pun lantaklah sebab dah ada isteri.Tapi, kalau tak kahwin, nak pulak ada girlfriend sikit punya seksi tambah manja kalah kucing parsi,macam-macam boleh jadi.Silap-silap, jadi salah seorang penyumbang kes bayi kena canpak dari flat!

   Kesimpulannya, kalau rasa dah cukup bersedia untuk menjadi isteri atau suami, tak salah kalau kahwin muda.Yang penting, tanggung jawab dapat dilaksanakan semaksimum mungkin.Jangan lupa pulak untuk sentiasa mendekatkan diri dengan agama kerana dengan adanya agama, insyaallah, apa juga masalah yang datang, akan dapat diatasi dengan sempurna.Barulah aman rumah tangga.Akhir sekali, kepada bakal-bakal pengantin atau pengantin-pengantin baru, SELAMAT PENGANTIN BARU, moga berbahagia ke anak cucu.


Tangkap gambar cameraman le.


   

1 comments:

Ratu Hatiku said...

Saya pun khwn muda 20thn alhamdulillah bahagia dan dah 12thn pun usia perkhwnan..ank pun da bsr :)

Post a Comment