Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, November 17, 2012

Penyakit makin tenat....

   Cerita pasal penyakit ni, bukan penyakit kronik saja yang patut kita perkatakan tetapi juga penyakit sosial.Selain kes buang bayi yang dah tak jadi 'kes luar biasa',kes rogol, kes samun dan macam-macam lagi kes yang kita baca di akhbar.Tetapi, kes yang aku baca hari ini amat membimbangkan...

   Hari ni aku baca Harian Metro.Mula-mula tu, aku terpikat nak baca sebab tengok gambar Lana Nordin yang tak berapa cantik orangnya tapi ada X factor yang buat aku suka.(Aku cerita di entry lain pasal Lana ni) Kemudian aku terpandang kes khalwat orang atasan, kes khalwat janda anak 8 dengan Bangla, khalwat suami orang dengan isteri orang ( eh!banyak beno citer khalwat!) dan macam-macam lagilah.

   Kemudian aku terbaca kes seorang perempuan yang curiga sebab lampu bilik tidur anak saudaranya( kalau tak silap) yang terpadam.Perempuan tu pun pergi check dan didapati anak saudara perempuannya tu memakai baju terbalik.Jeng!jeng!Jeng!Terbalik ada makna tu.Kemudian, dia ternampaklah pulak sotong kering budak lelaki atas katil tu.Makinlah kuat jeng!jeng!jeng!nya.Dia pun tanya, siapa empunya sotong kering tu.Anak saudara dia kata, dialah yang punya. ( Budak perempuan ni pun nak kelentong tapi tak reti.Mak saudara dia tentulah tahu.Apa ke henya nak pakai sotong kering lelaki?  )

   Dek kerana tahap kecurigaan perempuan tu makin kuat, dia pun buat thorough checking.Ha... engkau!Ada budak lelaki menyorok bawah katil tel*****g bulat!Sahlah budak berdua tu buat benda tak senonoh!Budak berdua tu pun dibawa ke balai polis dan keduanya mengaku dah buat kerja suami isteri!Mahu terduduk emak bapak budak berdua tu kalau dengar agaknya.Dan yang aku rasa penyakit sosial masyarakat kita ni makin tenat adalah... kerana umur kedua-dua budak yang dah mengaku 'jadi suami isteri' tu baru 12 tahun!Masyaallah!!!Apa dah jadi dengan masyarakat kita.

   Kalau zaman aku umur 12 tahun dulu, nak tengok gambar bentuk 'love' pun taboo tau.Malu kalau orang nampak.Tapi zaman sekarang, rupa-rupanya teramatlah dahsyat hinggakan dah praktik 'jadi suami-isteri' walau pun UPSR pun belum dapat keputusan lagi. ( KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2012 AKAN DIUMUMKAN PADA 19 NOVEMBER 2012)Tu belum kira yang umur peringkat sekolah menengah 13 - 17 tahun tu.Aku rasa kalau dibuat kajian, nak cari kelapa ditebuk tupai lebih susah daripada nak cari anak dara ditebuk tupai yang pakai sotong kering!

   Kesimpulannya, suka aku ingatkan, emak bapak yang ada anak dara tu, janganlah terlalu mudah membiarkan anak dara terlepas bebas ikut suka.Kalau lembu terlepas, paling kuat pun, mati kena langgar tapi kalau anak dara terlepas, silap-silap hari bulan dapat cucu cik oi!!!Minta dijauhkan malaikat 44.Kalau di rumah pun, kena juga selalu memantau anak-anak tak kiralah anak dara ke anak teruna.Mudah-mudahan, dijauhkan dari segala macam godaan iblis dan syaitan.Yang paling penting, pegangan agama.


Kalau dah ada lesen besar macam ni, 
barulah boleh jadi 'suami isteri'


Lana Nordin
Masuk blog teacher kena pakai sopan sikit tau!

3 comments:

Makbed said...

Betui le ko kate..

cari kelapa ditebuk tupai pun payah. skang org ditebuk tupai manyak. ahahahha... *tupai comel lah!

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

oh mak aiiii br 12 tahunnn adusss takut benor saya dengan penyakit sosial yg semakin menular ni.. anak anak pon dalam peringkat umur macam tu jugak.. kena tingkatkan lebih pengawasan lah macam ni..

Scarlett O'Hara said...

Bukan setakat emak ayah je, cikgu2 di sekolah pun tak putus2 nasihat anak2 supaya tak terjebak dalam gejala tak sepatutnya.

Let's have a break!