Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, November 24, 2012

Resipi bubur asyura

   Hari ini 10 Muharram.Hari yang sangat aku tunggu-tunggu masa kecik-kecik dulu kerana pada 10 Muharramlah, kami adik-beradik dapat merasa masakan mak yang sangat istimewa iaitu bubur asyura.Kalau tak silap, dulu aku tak tau pun ia juga dipanggil bubur lambuk hinggalah aku berhijrah ke Terengganu.

   Setelah berhijrah ke Terengganu, aku masih lagi ternanti-nanti ketibaan 10 Muharram.Aku suka bubur asyura.Tapi, lain pulak rupanya bubur asyura @ bubur lambuk yang aku jumpa di Terengganu.Tu belum di Kelantan lagi tu.Aku jenis tak memilih tapi bila bab bubur asyura, aku tetap akan cari bubur asyura versi Johor kerana aku bangsa Johor.Johor, tanah tumpah darahku.......


Oklah sedap juga.
Ditambah pucuk paku merah atau pucuk miding kata orang Terengganu.


Sangat istimewa bagi warga Kelantan tapi tekak aku tekak orang Johor,
tentulah aku lebih suka bubur asyura orang Johor.


Yang ni adalah versi Johor, lazat, seimbang, sihat dan berkhasiat.


Aku dah minta Encik Mat Gebu Tiffin Biru share resipi bubur asyura versi Johor.
Encik Mat Gebu nak buat entry tu esok.
Jadi, esoklah aku try buat bubur asyura versi Johor.
Mudah-mudahan sedap macam bubur mak.
Pukul berapa aku nak ke rumah mak hari ni?

4 comments:

Norhaizan hakim said...

Kak zan pun suka bubur Asyura tapi versi campuran kekacang dan ubi yg manis. Memang lain tempat lain resepi bubur Asyura...best kan,kita boleh pilih versi mana kita suka.

Cik Pensil said...

nak try buat >_<

Mia Liana said...

lama tak makan... aduhaiiiii sedapnya...

Scarlett O'Hara said...

nak tunggu resipi En.Mat baru nak buat.

Let's have a break!