Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, January 6, 2013

Baru je keluar wad.Alhamdulillah....

   Betul-betul terasa seolah-olah terputus hubungan dengan dunia luar bila tak dapat nak blogging.Semuanya gara-gara kelam kabut nak menyiapkan kerja.Maklumlah awal tahun persekolahan aku macam cikgu lain juga yang lebih kurang lipas kudung!Banyak beno benda nak dibuat!Sampaikan terjatuh Cik Lenovo kesayangan aku!!!Maka terpaksalah masuk wad 3,4 hari.Ni pun masih belum sihat betul sebab aku terpaksa guna mesin penyokong hayat aka charger sebab bateri kena tukar!Order bateri baru kena tunggu seminggu.Mudah-mudahan, keadaan akan lebih baik dua.tiga hari ni.

   Sungguhpun demikian ( bunyi skema je ayat aku), bila aku check Nuffnang, bertambah lagi satu BE iaitu BE ke 44.Alhamdulillah.... Ada lagi rezeki aku.Jumlah traffic pun nampaknya tak susut.Dengan kata lain, walau pun entry aku berubah hampir seminggu, masih ada pengunjung setia yang sentiasa sudi menjenguk.Syukur dan terima kasih banyak-banyak.Sementara aku menunggu Cik Lenovo aku sihat, sempatlah aku menonton Stand For Love siri 1 hingga 10 yang aku rakam.Juga rancangan Dr Fadzillah Kamsah, Project Runaway, Globe Trekker , Cake Boss, dan lain-lain.

   Dalam masa seminggu tu juga, berderet entry aku nak tulis termasuklah tentang hadiah teristimewa sempena hari jadi aku.Tapi, untuk sementara, aku share yang ini dulu.Maklumlah, aku kena semak minit mesyuarat pertama panitia B.Inggeris untuk diventangkan esok dalam mesyuarat kedua / Audit akademik panitia.kemudian, kena semak pulak homework online yang anak murid aku kirim.Ada masa je, yang aku tulis entry-entry yang berderet tu.Insyaallah....



BE ke 44 bertarikh 3 Januari 2013


   

5 comments:

Mrs Velentine said...

Tahniah

Razil Tahir said...

huyyoh! dah 44 kot! cool gila... :)

Belalang hijau Perisik said...

omak aih... sampai 44 BE? sayang benor nuff kat dia ;)

igt ke scarlett x sihat tadi... huhuhu

fairus said...

TAHNIAH.. GOOD FOR U..

Nadya Bubble said...

Wahhhh bestnya dapat BE :D


Hadiah wang tunai RM100 ! Jom jom :D

http://nadyabubble.blogspot.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html

Let's have a break!