Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, January 31, 2013

Doa untuk Encik Abil4fauziah...

   Dah lama tak blogwalking.Malam ni, aku pun jogging2 jari sorang-sorang.Makin ramai blogger yang baru naik.Sambil-sambil tu, intai-intailah juga ranking Alexa terutama blog-blog lama.Seronok juga sebab dah lama tak dok sekodeng orang.Asyik bzzz je memanjang buat macam-macam kerja kerani walau pun aku bukan kerani.

   Tiba-tiba, aku tersinggah ke satu blog jiwang.Aku pernah singgah sekali dua tapi maklum jelah dengan jumlah blog yang banyak mengalahkan uban di kepala, mana lah aku nak ingat semua kan?Mula-mula baca, biasa je.Tapi lama-kelamaan aku rasa sedih pulak.Sob!Sob!Sob!Sedih sebab tak semua isteri yang beruntung seperti Puan Fauziah isteri kepada Encik Abil Fikri Ahmad.

   Kebanyakan suami yang aku kenal, jangankan isteri sakit terlantar, isteri penat sikit dan tak larat nak memasak pun nak mengamuk.Beras habis marahkan isteri.(Sedangkan suami yang patut beli beras).Isteri masak kurang garam sikit kata isteri bodoh tak reti masak.Ada tu, isteri gemuk sikit je kata isteri tu 'boboyot' padahal tambah berat sikit je pun.Ada juga suami yang tau minta duit isteri je.Isteri sakit jangankan nak jaga macam Encik Abil tu, tolong masakkan bubur pun tak hingin.Kebulur lah isteri tak makan.

   Jadi, kepada mereka yang telah, sedang dan akan jadi suami tu, cuba-cubalah belajar dari Encik Abil tu.Mudah-mudahan, ramai lagi suami seperti Encik Abil yang wujud dalam dunia ni.Oklah.Jemput ke rumah En Abil dan Puan Fauziah ye.

Petik sikit kata-kata En Abil

Jari ni dah letih dah..Gee dah bangun tu, nak g manja2kan Gee jap...oooo ada persoalan di sini..Sekiranya I yg sakit, u guys rasa rasa siapa yg nak manja2kan I ni..!?...hahaha hehehehe dan.........hohohohoho...Bye Bye...

( Walau pun En Abil gelak, aku rasa sedih juga) 

Mudah-mudahan, Allah permudahkan hidup En Abil suami isteri.

My Photo
Gambar En.Abil punya

4 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Tqqq atas doa dan sharing di sini...

Jemarisuri said...

lama tak singgah sini...hurmmm

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam jumaat =)
maera pun baca kisah dia.rasa mcm ya Allah beruntungnya wife dia.kasih suami yg benar2 suci, kerana Allah.sanggup jaga isteri.sgt touching :')

Hadira Kifly said...

baca kisah mereka tahun lepas... moga diberi kekuatan hingga ke hujung nyawa...

Let's have a break!