Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, January 31, 2013

Mudah-mudahan dia selamat...

   Hari ini dari pagi aku rasa tak sedap hati.Tak taulah kenapa.Mungkin keletihan kerana kerja bertimbun-timbun agaknya.Tapi, kerja bertimbun setakat ini bukan beban bagiku.Biasalah...Menjadi seorang guru tanpa kerja bertimbun-timbun, bukan guru namanya.

    Jam 2 petang, aku menerima berita tentang kemalangan yang menimpa bekas anak murid aku.Budak band.Seorang pemain trumpet.Semasa aku menjadi guru penasihat band sekolah, aku rapat dengan anak-anak murid aku budak-budak band.Rasa seolah-olah anak sendiri.Jadi, bila aku terima berita tentang kemalangan yang menimpa, aku betul-betul rasa sedih.Mungkin rasa tak sedap hati aku itu adalah petandanya.Setakat petang tadi, yang aku tahu, anak murid aku tu telah dibawa ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail, JB kerana pendarahan di kepala.Ya Allah!Kau selamatkanlah anak muridku UMI AIZAM dan kau pulihkanlah dia seperti sedia kala.Doakan untuk anak murid aku ye.Terima kasih.






Umi Aizam (Intan Mumia)
Berita terkini :Umi masih belum sedar.
Ya Allah!Kau selamatkanlah anakku UMI
  

5 comments:

Vee Lea said...

Keeping her in my prayers!

hana hadi said...

dia sorang? semoga dia cepat sedar. sama2 kita doakan

Mia Liana said...

mia doakan semoga anak murid kak scar tu cepat2 sedar...

whitecappuccino said...

moga dia selamat..

Unit Penilaian Dan Peperiksaan said...

Ya Allah. Moga Umi akan cepat sembuh dr sakitnya. Terima kasih ckg krn memberitahu perkara ini kpd sy. Sy telahpun menghubungi.Pn Warda.

Let's have a break!