Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, January 8, 2013

Sonamu di Pasir Gudang

   Sewaktu kami, aku dan teman-teman seronok bermesyuarat, tiba-tiba langit gelap diikuti dengan angin kencang beserta hujan lebat.Dengan serta-merta berkumandanglah pengumuman supaya semua pelajar berada dalam bangunan sekolah.Tak lama kemudian, terdengar suara guru-guru meminta pelajar segera bergerak memasuki bangunan sekolah.Preet!!!Preet!!!!Bunyi wisel pula bersahut-sahutan dengan garang berbaur cemas.Risau sungguh kami akan keselamatan pelajar.Kemudian, aku fokus kembali pada butir-butir mesyuarat walau pun perutku berkeroncong minta diisi kerana jam telah pun lewat 2 setengah.

   Tamat saja mesyuarat, aku segera ke pejabat untuk punch out.Oh ya!Aku wajib lalu tol dulu.Semakan buku kedatangan @ register pelajar perlu dibuat segera sebelum guru-guru kelas boleh pulang.Juru tol adalah Penolong Kanan HEM kami, En.Muhamad Ali yang sangat inovatif.Alhamdulillah.... aku 'tak kena tangkap' dan boleh pulang.Hehehehe!!!Maka berlengganglah aku bak itik pulang petang sambil sesekali mengangguk membalas ucapan salam anak-anak murid yang rajin sungguh beri salam.

   Kesan hujan lebat, memang amat jelas kelihatan.Namun,semuanya ok, kata hatiku.Namun, dalam perjalanan pulang,barulah aku terlihat banyak pokok yang tumbang atau sekadar dahannya patah.Rupa-rupanya teruk juga ribut (Sonamu?) melanda.Berada dalam bilik mesyuarat bercermin gelap, langit nak runtuh pun aku tak sedar!Tiba di rumah, ruang dapur penuh dengan habuk dan sampah!Tingkap bertutup rapat jadi satu-satunya jalan untuk sampah-sampah itu masuk adalah lubang angin.Bermakna angin ribut yang kuat telah melanda.Bila aku lihat ke belakang, barulah aku nampak habis pakaian di sidaian bertaburan.Terpaksalah aku cuci kembali.Ribut biasakah atau itulah sedikit tempias ribut Sonamu.Wallahualam.

-
-
-
-
-
-
-

Kesian Merah.
Basah kuyup dia hari ni.

7 comments:

Makbed said...

Wah.... takutnye... Kat Kedah tak de hujan pun. PAgi tadi je sekejap.

cikeyrah said...

ramai ckp kat pg kene sonamu . .

Sop said...

mesti demam kucing cikgu tu nanti
bg penadol siap. hehehe

Niena Sofea said...

Niena dekat Larkin Sentral masa ribut tu .. Makan kat tmpat terbuka .. abis pinggan suma terbang .. masa 2 mmg da tkut gila lah .. cepat2 rush balik maktab .. nasib tak ada apa-apa .. alhamdulillah .. fuh .. =='

adza irdawati said...

nasib baik tak ada yg cedera ya.. alhamdullilah

Nyamuk Terbang said...

mmg mnat kucing eh??

Mas Zull said...

assalamualaiakum scarlett...kesian nyer die...;)

Let's have a break!