Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, January 10, 2013

Ubat penghilang penat

   Balik sekolah hari ni penatnya bukan main.Dahlah aku tersalah punch out awal.Aku keluar kelas pukul 1.40.Lepas tu aku menonong je terus gi ofis.Punch out pukul 1.48.Sedangkan waktu paling awal boleh balik pukul 2 petang.Lepas punch pun bukan aku terus balik.Dekat pukul 3 baru aku bergerak.Adusss!!!Habis rekod aku.Harap-harap pengetua tak panggil esok.

   Sampai di rumah, mood aku masih belum ok.Rasa nak mengamuk je.Nampak semut sekor pun aku rasa macam nak lenyek-lenyek!Nasib baik aku sabar.Tiba-tiba, aku dapat satu mesej.....Cikgu, sekejap lagi saya nak datang rumah, boleh? Aku terkejut jap.Aikk?Apa aku nak jawab ni?Rasanya ni nombor parents ni.Alamak!!!Nak marah aku ke?Manalah tau ada apa-apa yang anak dia tak puas hati kat sekolah.Aku ni jenis tak garang sangat tapi cukup cerewetlah kata orang.Everything must perfect! Lepas fikir kejap, aku pun jawab; Boleh.Datanglah. Cewah!Bukan main confident. Pada hal dalam hati dag dig dug!

   Lepas setengah jam, pintu rumah aku diketuk.Aikkk?Tak bagi salam pun.Dah cuak dah ni.Aku pun segeralah buka pintu.Bila aku buka je pintu, seorang ibu tersenyum sambil memegang sesuatu dan kemudian mencapai dan menggenggam tangan aku.Suspen juga tapi tengok dia senyum, aku pun lega.Rupa-rupanya si ibu datang khas untuk berikan sesuatu sebagai tanda penghargaan atas suatu pertolongan yang telah diberikan pada anaknya.Aku pun dah tak ingat dah.Ibu ni bisu jadi kami guna bahasa isyarat jelah.... Ibu yang prihatin ni telah datang khas untuk beri aku ......................................................




kek coklat

dan 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



RM20

... dan dengan serta-merta, hilang segala lenguh dan penat badan aku.Biar pun nilainya tak seberapa tapi makna di sebaliknya itu yang utama.

TERIMA KASIH

5 comments:

pena rozie said...

Suka nyer kek coklat

Syazwan Che Deraman said...

hhehehe..

salah satu keistimewaan jadi cikgu, dapat hadiah..


hari ni abah wan dapat perabot kayu ( kerusi kecik dan meja kecik ), water heater,pastu bunga 3..penghargaan dari sekolah lama dia jadi guru besar.

mairamanja said...

follow sini dari segment mak dara

deno said...

bestnya! deno suka sgt kek coklat nih :)

Raudzah Zahari said...

Wah bestnya..terasa di hargai!!!

Let's have a break!