Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, June 15, 2013

Makan di reban ayam.

   ...Oh ya!Lupa nak cerita.Semasa di Kuala Terengganu, sempat juga aku singgah ke majlis perkahwinan sepasang pengantin muda.Apa tak mudanya kalau mak pengantin perempuan baru 36 tahun!Kan?Salam 'keruk' isi duit dalam tangan yang dah berzaman diamalkan di Johor pun dah ada.Begitu juga dengan adat bersilat depan pengantin dan adat bersanding.Cuma istimewa sikit sebab di Johor silat tu silat pengantin.Maknanya silat hormat untuk pengantin sorang-sorang.Tapi silat yang ini siap bertempur lagi!Fuh!Hebat!Muzik live dengan ada nafiri tu yang istimewa.Lepas tengok silat aku menjamu selera style bufet.Simple sangat.Takde pun bekas bufet berkilat macam di hotel.Bekas plastik biasa je.Makanan pun simple.Perut pulak lapar.Aku pun makan.Makan punya makan... baru aku dapat tahu tempat aku makan tu betul-betul  depan reban ayam!Reban tu cuma ditutup dengan kanvas.Patutlah ada bau.Putus harapan nak makan.....

   Selepas makan yang tak berapa nak makan tu, aku singgah sekejap di Kampung Bukit Palas (kalau tak silap) Amboi mak riuhnya bunyi burung apa entah.Aku pun dongak kepala ke atas.Ya Allah!Banyaknya sarang burung tempua.Penuh satu pokok kelapa.Satu pengalaman cukup menarik bagi aku.Rumah atuk tu rumah kayu je.Macam biasalah rumah kampung di Terengganu.keliling rumah tu ada ayam, itik, anak-anak ayam, anak-anak itik, lembu dan sebagainya.Tapi, rumah atuk tu punyalah bersih.Kemas je.Sedap mata memandang,Tentu penghni rumah tu tak de penyakit 'mim' @ malas.Oleh kerana aku dah berkenan sangat dengan sarang burung tempua tu, cucu atuk tu siap jolok 5 sarang untuk cenderamata.Alahai!Terima kasihlah atuk.macam tau je aku berkenan.Opps!Empat sarang je sebenarnya kerana yang satu lagi tu buaian dia.Canggih!Ada ambik gambar tapi tak sempat nak upload.Masa tak cukup.

    Balik Terengganu kali ni kurang seronok sebab kakak kesayangan aku dah takde.Selalunya arwahlah yang cukup rajin masakkan aku macam-macam.Tambah pulak bila dengar abang ipar aku nak kahwin lagi dengan janda anak dua.Tak seronoklah.tapi, nak buat macam mana kalau abang ipar aku tu dah jatuh cinta?Kan?Doakan yang terbaik sajalah.Mudah-mudahan, kakak baru tu nanti, pun pandai masak macam arwah.Bolehlah aku mintak masakkan nasi dagang versi Terengganu yang ummphh.... tiada tandingan.Ok.Cerita tamat di sini.Jumpa lagi.




1 comments:

keli menari said...

hehe. Jangan marah abg ipar tu,dia pon nak pasangan hidup. Nak pewaris akan datang. Moge2 seronok becuti

Let's have a break!