Tiba di Johor dari Geliga,Kemaman lebih kurang jam 8 pagi.Alhamdulillah... Tapi tiada tempat sebahagia rumah sendiri.Lepas rehat golek-golek sambil baca surat khabar, aku pun mula mengemas rumah.Kemudian, capai bungkal kertas exam pulun menanda.Daripada 5 kelas, siap 4 kelas.Siap menanda, aku on SAPS sistem key in markah exam.Ek Eleh!Ada gambar orang buat kerja lah pulak.Under construction ke apa.Penat je aku pulun siapkan menanda.Tapi, aku ambik positif jelah.Bolehlah aku terus tidur maklumlah jam dah pukul 1 pagi.
Hinggalah ke hari ini bersamaan 16 Jun 2013, orang tu masih bekerja.Kesian dia, kerja overtime pun tak siap-siap rumah SAPS tu.Key in markah tu kejap je tapi yang leceh nak masuk lepas password.Ibarat beribu-ribu lemon cik kura terhangguk-hangguk nak masuk!Alahai.... Macam mana nak buat analisis dan Hari Bertemu Pelanggan ni?
Hah!Apa?Kami kena key in dalam sistem zaman dulu?Alahai, alamat berteritiplah punggung kami dok tunggu 2 biji komputer tua di sekolah kerana terpaksa bergilir-gilir ambik giliran.Kalau ada lebih komputer, kami ok je.Buat meeting tanya pendapat patut atau tidak Hari Bertemu Pelanggan ditunda.Ahli meeting majoriti mintak ditunda tapi tup tup, nak juga 29 hb tu.Alah mak!Kalau macam tu tak payahlah buat undian tanya pendapat dalam meeting tu.Nampak gayanya, terpaksalah bertemu juga dengan pelanggan @ibu bapa pelajar pada 29 hb tu.Putuslah harapan mana-mana cikgu kaki bola yang berangan nak ke Staium Bukit Jalil untuk sokong JDT.Kita tengok di stadium jelah...
0 comments:
Post a Comment