Sekejap je dah bulan Julai.Makin hampir ke hujung tahun, makin berdebar rasa hati.Tiap-tahun macam tu.Semuanya kerana PMR dan SPM.Tahun lepas dua-dua keputusan Bahasa Inggeris sekolah aku meningkat.Melompat tinggi ke awan.Jadi harap-harap tahun ni pun begitu.Kalau tak, habislah aku nak mejawab.Tu yang makin berdebar hati tu.Tapi anak murid aku rileks je.
Anak-anak 5 SRT yang tersayang.
Moga Allah bukakan hati untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang.
Teman-teman seperjuangan, tulang belakang aku untuk panitia Bahasa Inggeis.
Maaflah kalau kadang-kadang aku tau memerintah je.
Tak larat nak buat seorang.
0 comments:
Post a Comment