Sunday, June 30, 2013

Bila nak buat segmen baru, Ben?

   Ha?Terbeliak biji matanya bila melihat ranking Alexanya jatuh merudum.Ini tak boleh jadi, bisik hatinya.Kalau 2 bulan lepas ranking Alexanya adalah di bawah 1000, takkan selepas agak kurang aktif blogwalking, ranking tu terus jatuh menjunam ke 14,000!Dia sedar akan risiko meninggalkan amalan blogwalking.Tapi apa kan daya.Kerjanya yang menimbun menghalangnya untuk blogwalking.Jangankan blogwalking, up date blog pun kadang-kadang terpaksa dibuat 'penjadualan semula' untuk seminggu.

   Hmmm... Dia mengeluh lagi.Sambil itu, jari jemarinya yang tak berapa nak runcing, kian ligat menari-nari di papan keyboard yang penuh dengan huruf.Ibarat orang lari marathon, sekejap pantas sekejap perlahan.Namun berhenti, tidak sekali.Sambil itu, dia terkenang kali pertama dia mula berblogging..... Waktu itu, dia merasakan dunianya amat sepi tanpa teman-teman.Lalu, dia menghabiskan masanya dengan meneroka dari satu blog ke satu blog.

   Antara blog terawal dikunjunginya adalah blog milik seorang blogger popular yang kini mungkin hampir setaraf dengan selebriti.Blogger kacak dengan badan ketak-ketak( tapi kini asyik jaga anak) itu benar-benar telah memberinya sinar agar terus menelusuri dunia blog.Waktu itu juga dia berkenalan dengan blogger ramah tak terkira watak emak-emak.Mulut riuh dengan wajah persis Rubiah Suparman, bintang filem awal 90an.Sekurang-kurangnya, merekalah yang telah memberi sinar kepadanya agar terus tabah menghadapi terjah terajang dunia.

   Lantas mulai dari situlah dia mula terfikir untuk sama-sama menghuni dunia blogger.Apatah lagi, 1001 perasaan dan cerita bagaikan air yang membuak-buak di dadanya minta dicerita.Lalu dia pun mengorak langkah menulis entrynya yang pertama.Bulan demi bulan, tahun demi tahun, dia makin berjaya dalam dunia blogger.Pengikut dah mula ribu-ribu.Entry yang dipos juga begitu.Ranking Alexa bawah seribu tambah menyeronokkan hatinya.BE juga boleh tahan.

   Namun dek tuntutan kerja, blogging jadi nombor 2.Akibatnya, rangking Alexa tinggal nyawa-nyawa ikan.INI TAK BOLEH JADI!!!Getus hatiNYA ....... SEORANG AKU!


   BEN ASHAARI

Bila nak buat segmen baru, Ben?



   

0 comments:

Post a Comment