Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, June 15, 2013

Tolong!Singa nak makan aku!

   Aduh!Rasa rindu dendam 12 hari tak online.Biasalah.... Pengorbanan seorang guru yang terpaksa memberi keutamaan kepada tugas hakiki iaitu mengajar, buat persediaan mengajar, jadi kerani untuk uruskan segala macam mak nenek dokumen yang sekolah nak, PPD nak, JPN nak, KPM nak, sampaikan aku jadi macam Nangnak separuh mati dengan tangan memanjang!Aduh!!!
   
   Cuti sekolah 2 minggu baru-baru ni aku habiskan dengan keluarga semasa minggu pertama.Layan anak-anak sedara, layan kakak-kakak, layan adik-adik, layan ipar-ipar dan layan kucing aku seekor Si Panji dan hamster aku Si Didi.Selain itu sibuk juga layan selera mencuba resipi kek itu, kek ini, sampaikan kononnya aku sanggup tangguh online!Walau dalam hati meronta-ronta nak mengadap blog walau pun ada orang kata aku goblog sebab asyik mahsyuk dengan blog!Minum Coolblog lagi baik, konon katanya.Ceh!Kasar gurau, nampak?

   Minggu kedua konon cadang nak pulun habis menanda kertas exam 10 bungkal ( 1 kelas 2 bungkal) tapi tiba-tiba terpaksalah pulak bungkus kain baju balik Terengganu!Bukan aku tak suka cuma masanya tak kena.Tak de mood beb nak cuti dengan kerja berbaldi-baldi!Tapi, terpaksalah juga aku pergi dengan berat hati.Maka aku angkut kertas exam berbungkal-bungkal buat bekal.

   Tempat bermalam di Cherating, Pahang tapi dok ulang-alik ke Casa Limbong sampai aku confuse aku di Terengganu atau di Pahang.Sempat lepak-lepak di pantai Cherating tengok Mat Salleh berdating!Hehehe!Censored!Ramai anak murid baca blog aku ni.Tak lupa juga dapat tengok Minah salleh berbikini.Tapi, nasib baik naik ke pantai pandai nampak baik berkain batik!

   Selain ke pantai, aku sempat singgah ke Zoo Terengganu, di Kemaman.Harga tiket dewasa RM10 dapat naik entah apa aku nak panggil janji tak perlu jalan kaki berpeluh dahi!Jumpa burung murai batu, amboi, pandai sungguh berkata-kata sampai aku terleka!Kata orang ada burung cenderawasih jai teringin sangat aku nak tengok.Tapi bila dah tengok arawana bapok beso aku ralit terus lepas satu, satu macam-macam binatang aku tengok.

  Lepas tengok arawana buat gimnastik time makan melompat-lompat, aku tengok landak, binturung dan kucing batu.Alah mak!Busuknya bau!Dah sah dia orang belum mandi sebab aku datang terlampau pagi.Gigi pun belum sempat gosok lagi!Tapi, biasalah.Dia orang tu binatang.Apa nak diheran bau tu.Kemudian, aku teruskan pengembaraan ke kandang tapir, rusa dan gajah.Amboi, comel sungguh!Rasa nak peluk-peluk buat bantal peluk!

   Hajat seterusnya nak tengok buaya tapi buaya semua tengah cuti sakit gigi jadi aku terus je lah ke kandang satu lagi.Oh!Ada jambatan gantung!Mesti try naik ni.Nampak best je bergoyang-goyang!Di zoo tu banyak pokok manggis yang kebetulan sedang mula berbuah jadi teringin nak tengok buah manggis putik.Aku pun dengan beraninya naik jambatan gantung tu.Alah mak!bergoyang-goyang buat jantung dan semangat aku melayang!sedang aku terhegeh-hegeh menapak atas jambatan gantung ( kalau kura-kura tengok pun digelakkannya aku), tiba-tiba.. AUMMMM!!!!Ya Allah!upa-rupanya ada seekor Sang Raja Rimba sedang baik punya santai sambil piknik makan bangkai!Betul-betul di bawah aku dengan jarak lebih kurang 20 kaki kot.Sang Raja Rimba ditemani oleh 2 ekor gundik bermadu ynag juga sedang piknik golek-golek sambil bergurau senda.Nasib baiklah ada jaring besi memisahkan antara aku dan Sang Raja Rimba dan family.Kalau tidak.....

   Destinasi seterusnya adalah ke Kg Bukit Guntung, Kuala Terengganu tempat di mana seorang pelumba basikal pelapis yang sangat muda, umur baru 15 tahun, menemui ajal gara-gara lubang atas jambatan di jalanraya dan kemudian meninggal akibat digilis sebuah lori.Masa aku balik itulah baru mereka yang berkenaan sibuk membetulkan jalan yang telah meragut nyawa tersebut.Kalau tak, jangan harap!


   Seperti biasa bila balik ke Terengganu aku mesti nak cari rojak kateh dan telur penyu.Dapatlah juga merasa rojak tu.Aku beli di Pasar Batu Enam.Singgah makan sup perut jap.Entah kenapa, time nak order tu aku tak perasan tapi time tengah makan tu baru aku nampak.Ya Allah!Kotornya!Dahlah sediakan bahan-bahan tu guna tangan je.Dapur berkerak!Menyesal aku order.(Betul ke usus lembu yang dicampur dalam sup tu memang snegaja dibasuh cincai supaya ada 'jus' yang boleh melazatkan sup?) Rasa semacam je dan ada yang pahit.Lepas tu aku terus hilang selera.

   Balik ke Kemaman, singgah beli telur penyu 4 biji.Sorry ye penyu.Aku teringin nak makan telur tu.Kemudian singgah ke Pusat Santuari penyu di Cherating tengok penyu macam-macam jenis termasuklah jenis OKU sebab kaki kurang satu.Kesian!Lepas tengok penyu, balik semua di penginapan di Cherating dan malam tu aku pulun lagi melayan berbungkal-bungkal kertas exam yang aku perlu layan....Hari sterusnya.... (TO BE CONTINUED)   :)



  

2 comments:

keli menari said...

aktiviti yang panjang dan menggembirakan.hehe

the malay male said...

boleh buat cerpen....ehhh

Let's have a break!