Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, September 11, 2014

Hari 11: Kenangan lucu di zaman kanak-kanak.

   #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaariBila bercerita tentang zaman kanak-kanak, terlampau banyak kenangan lucu berlegar di kepala aku.Tapi yang paling lucu, berlaku semasa aku berusia 9 tahun.Dari kecil, memang aku suka menjahit.Emak aku pulak memang pandai menjahit.Aku selalu mengendap emak aku menjahit.Bukan apa, emak aku tu garang.Bila dia dah start menjahit, jangan harap aku boleh dekat.Alamat kena tarik telingalah jawapnya.

   Tetapi, nak jadi cerita tu, suatu hari, aku teringin sangat mencuba mesin jahit emak.Macam dipanggil-panggil, gitu.Jadi, bila emak tak de je, apa lagi, aku pun segera mencuba mesin jahit emak.Aku cari kain perca tapi tak jumpa.Emak memang selalu simpan kain perca sebab emak suka buat alas kaki guna kain perca.Penat aku selongkar tapi tak jumpa.Tapi, bila aku bukak laci mesin jahit emak, aku jumpa molek je terlipat kain perca bentuk bulat terlipat dua. Aku pun ambil sehelai.

   Maka bermulalah operasi aku yang tengah gian sangat nak menjahit.Aku duduk atas kerusi emak dan letak kain di bawah jarum.Lepas aku turunkan 'apa entah namanya tu', aku pun mula pusingkan 'kepala mesin jahit' tu.Alamak!!!!!Jarum tu bukan bergerak ke depan, tapi ke belakang!Kaki aku pulak bukan main kuat pijak tapak mesin jahit tu.Apa lagi!Punyalah laju mesin tu berjalan ke belakang!Panik punya pasal, aku tak perasan masa bila aku letak jari bawah mesin!Aduh!Dengan jari-jari aku sekali aku jahit!Padan muka!Habis berdarah.Nasib baik boleh tarik keluar dari mesin dan benang tu putus.

   Petang tu, bila emak balik, emak sibuk tanya kenapa jarum mesin jahit emak bengkok.Aku buat muka tikus je.Takut woi!Emak macam ghimau!Tapi kakak aku bukak tembelang dan beritahu emak.Apa lagi.Aku dapat sedas di peha, emak guna pembaris sesiku yang guna buat jahit tu.Pembaris dulu tebal.Buat dari kayu.Aduh!Nak menangis aku tak berani.Tahan jelah.Kemudian, emak terbeliak mata bila tengok 'kain perca bulat berlipat' dua yang aku guna dan ada pulak kesan darah jari aku yang luka.

   Kena lagi aku 2,3 das.Rupa-rupanya kain perca tu 'bulan baju' untuk buat leher baju kurung.Manalah aku tau!Walau pun sakit, bila ada peluang, aku curi-curi lagi guna mesin jahit emak.Lama-kelamaan, aku boleh menjahit baju aku sendiri semasa aku berusia 13 tahun.SElain kenangan tangan terjahit, kenangan belajar menjahit yang kekal sampai sekarang ialah, kenangan guna alat penetas benang.Orang tetas benang, aku tetas jari.Sampailah hari ni ada bekasnya. Hehehehe.... Itulah kenangan lucu zaman kanak-kanak.Cukuplah untuk Cabaran 30 Hari Blogger aku hari ni.


Inilah contoh penetas benang yang aku pinjam dari Cik Google.


Lebih kurang mesin jahit emak ni.

#cabaran30hariblogger
#kelabbloggerbenashaari


1 comments:

Diana Rashid said...

patut dia pandai menjahit..rupanya dah tanda jarum siap2 kat jari..hahahah

Let's have a break!