Wednesday, September 17, 2014

Hari 17 : 5 perkara yang aku rindukan.

   Cakap tentang 5 perkara yang aku rindukan, terus aku teringat zaman kanak-kanak.Ye, perkara pertama yang aku rindukan adalah zaman kanak-kanak.Dalam umur tadika sampailah 12 tahun.Waktu tu memang seronok.Di sekolah rendah, pagi-pagi hari lagi aku dah sampai di kelas.Menyapu, lap cermin tingkap, buang sampah dan yang paling seronok adalah menghias meja cikgu.Dalam kelas cuma ada 9 orang je.Maklumlah, sekolah kampung.Jadi, kami tak buat giliran bertugas.Ikut siapa sempat jelah.Tapi waktu tu, kelas sentiasa bersih walau pun tak de jadual khas.Yang seronok, kami pungut bunga kemboja putih dan merah di belakang kelas dan letak dalam bekas untuk hias meja cikgu.Wangi je bau kelas.Zaman inilah antara yang aku rindu sangat-sangat.

   Yang kedua, masih juga zaman aku kecik.Ayah suka cerita pasal Pak Pandir, Pak Kaduk dan lain-lain cerita rakyat.Kami adik beradik duduk keliling ayah dan ayah akan bercerita bila ayah ada masa.Walau pun zaman tu cuma guna lampu pam, atau lampu gasolin kata orang sekarang, aku rasa seronok sangat bila tiba waktu malam.Biar pun tak de tv, kami seronok mendengar cerita rakyat dari ayah,Ayah macam penglipur lara.Masa umur kecil tu, kami suka juga panjat atas belakang ayah selesai ayah bercerita.Budak sekarang, suruh tulis cerita rakyat melayu, ditulisnya cerita Boboboi!Hampeh!

   Yang ketiga, aku rindu sangat saat-saat makan pagi-pagi bawah RMT atau Rancangan Makanan Tambahan.Zaman tu susah.Nak makan ayam bukan senang.Jadi bila menu sup ayam dan roti putih, aku rasa seronok sangat sebab dapat makan sup ayam.Walau pun sup tu cuma sup kaki dan leher ayam.Budak sekarang, jangankan makan sup ayam, sup kepala gajah kalau ada pun dia orang senang-senang je nak makan.Maklum, emak ayah senang.Duit tak habis makan.

   Yang keempat, aku juga rindu saat waktu rehat sekolah rendah.Walau pun classmate aku dalam 9 orang, bila tiba waktu rehat, selain makan di kantin ( warung kecik je) kami sama-sama bawa bekal.Tapi, macam pot luck tau.Ada yang bawak nasi je, ada yang bawak sayur je dan macam-macam lagi.Ada kawan-kawan aku yang anak nelayan jadi mereka selalu bawak ikan segar masak asam pedas.Tak pun ketam atau udang.Peh!Aku biasanya bawak telur masak kicap je.Time rehat tu kita orang tukar-tukar lauk.Seronok giler!!!!Budak sekarang time rehat, makan nugget je.Tak seronok!Oh ya!Time ni ramai yang berebut nak beri aku buah.Biasanya jambu batu, manggis atau buah sentul.Tak taulah kenapa.Salah seorang yang aku ingat sangat, namanya Jerfandi.Tak tau di mana entah dia sekarang.

   Yang kelima, aku rindu sangat dengan cikgu Bahasa Inggeris aku di tingkatan 1 hingga 3.Masa tu aku jenis introvert.Tak pernah nak bukak mulut tanya apa-apa soalan.Kalaulah aku jumpa cikgu aku tu, macam-macam aku nak tanya.Dan yang paling penting, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana dengan jasa dialah aku berjaya menguasai Bahasa Inggeris dengan baik hingga menjadi cikgu omputih.Aku nak ucapkan terima kasih kerana dialah yang banyak beri motivasi pada aku yang budak kampung pun boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.Thank you so much and miss you a lot Mr Michael Williamson.

   Selain 5 perkara yang aku rindu tu, aku rindu sangat dengan kucing aku yang telah pergi buat selama-lamanya: Oyen,Winda, Cika, Cici, Caca, Kitty,Milo, Jackie danKitty Junior.Zaman dulu tak de gambar, jadi aku rakam gambar dia orang dalam otak jelah.

Inilah Mr.Michael Williamson yang aku katakan.
Untuk baca lebih lanjut,KLIK DI SINI YE.

Kalau sudi nak baca cabaran-cabaran hari pertama hingga ke 16, KLIK DI SINI YE.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari


1 comments:

Unknown said...

hehe..rindu zaman2 sekoalh..zaman belajar..lepasni dah tak merasa tu semua huuu..


btw..saya tag anda utk liebster award. jemput singgah ke kasuttakbertali.blogspot.com

Post a Comment