Aku teringin sangat-sangat nak ke Eropah.Terutama Switzerland.Tak taulah bila boleh jejak kaki ke sana ye.Dahlah aku trauma dengan kapal terbang.Takkan nak naik tongkang gi Switzerland.Jadi, aku berangan je lah.
Selain dari itu, destinasi percutian yang ada dalam otak aku kalau aku orang kaya adalah Turks & Caicos.Staple food dia conch.Punyalah besar.Kalau di tempat aku conch hampir pupus.Yang ada pun adalah besar jari banding dengan di Turks & Caicos yang besar betis.Fuh!Terliur!Tapi, gi Turks & Caicos lagi dahsyat.Selain naik kapal terbang, kena pulak naik bot laut.Aku ni dahlah penakut dengan laut.Kensel je lah.Tengok di TV je lah dengan Bridgette Sexiest Beach.
Oleh kerana aku jenis hati kecik, aku holidaya dalam negara jelah.Itu pun yang jenis pulau, aku kena tolak tepi.Aku gi Melaka jelah walau pun dah berapa kali entah aku pergi.Kali ni aku nak ke Jonker Walk, nak naik River Cruise, nak ke Kg Morten, nak ke Kg Portugis dan lain-lain.Ada sesiapa yang ada homestay di sana?Bolehlah roger-roger aku.Mana tau, cuti Deepavali seminggu 17 hb Oktober ni aku nak pergi bercuti.Hmmm. Ini jelah cabaran untuk hari ke 22 ni.
Inilah conch aka gonggong.
#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari
1 comments:
Amy pun teringin jugak nak bercuti di luar negara tu tp duitlah pulak. tak kan nak gi sorang... klu satu family rmnya pulak huhuhu. Bila balik melaka kami mesti pergi kg jawa beli biskut.
Post a Comment