Saturday, September 6, 2014

Ramai sangat peminat...

   Tajuk tak boleh blah!Kata budak sekarang.Yang ramai sangat peminat tu bukan aku tapi sekolah aku.Asyik ada je pelawat nak datang.Kata orang, pelawat atau tetamu datang bawak rezeki.Tapi nak menyambut pelawat datang yu yang buatkan kami tak cukup tangan dan kaki.Sebab apa?Meh aku ceritakan....

   Ada dua jenis pelawat ke sekolah aku.Pertama, pelawat dari sekolah-sekolah lain.Ini pun ada dua kategori juga iaitu pertama pelawat dari dalam negara sama ada dari Johor atau negeri-negeri lain dan pelawat dari luar negara.Setakat hari ni dah 8 kali pelajar-pelajar Jepun datang melawat.Bila mereka datang melawat, sekolah kenalah sambut secara tradisional.Menarilah, main congkaklah dan macam-macam lagi.Semua tu perlu komitmen guru dan pelajar.

   Pelawat jenis kedua adalah, pelawat dari Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajarn Johor atau Kementerian Pendidikan Putrajaya termasuklah pihak nazir.Haaa... Kalau pelawat jenis kedua ni yang datang, makin laju macam ketam berjalan kami kena buat kerja.Semua kena up dated walau pun aku tahu sekolah aku ni memang jenis updated.Macam-macam fail kena semak.Fuh!Berpeluh beb!Tu tak kira pelawat yang memantau guru dalam kelas.Entah apalah dia orang nak tengok.

   Baru-baru ni pun ada nazir yang datang ke sekolah.Alhamdulillah.... Semua superb.Termasuklah guru baru posting yang dipantau.8 dan 9 ni pun ada nazir dari Putrajaya khas datang untuk memantau PBS.Kita orang ok je.Datanglah nak datang.Bak kata Bonda Pengetua, buat apa nak stress-stress.Kita tunjukkan jelah apa yang kita buat.Kalau salah dia oranglah yang silap sebab tak ajar betul-betul PBS tu macam mana.Asyik tukar program je.Jangankan budak yang jadi tikus makmal,kami para guru pun jadi tikus makmal jugak.Tikus makmal botak!Ngeh!Ngeh!Ngeh!

0 comments:

Post a Comment