Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, September 14, 2014

Hari 14 : Cerita kasutku

   Bila cerita tentang kasut, automatik aku teringat Cik Ungu Baldu aku.Aku sayang sangat Cik Ungu Baldu  aku tu.Walau pun dia bukan yang pertama, tapi dia yang paling aku sayang.Setiap kali aku ke sekolah dengan berbaju ungu, Cik Ungu Baldu lah yang setia menemankan aku.Dengan adanya dia di sisiku, aku rasa sangat selesa.Aku tak suka Cik Stiletto.Tak sesuai untuk aku yang perlu menapak ke tingkat 3 kemudian 4 kemudian 1 kemudian 3 balik.

   Tapi malangnya, jodoh aku dan Cik Ungu Baldu aku tak panjang.Suatu hari, aku ke sekolah berteman Cik Ungu Baldu aku.Tanpa diduga, semasa nak balik, hujan turun dengan lebat.Aku takut Cik Ungu Baldu aku kesejukan.Jadi aku ambil keputusan untuk tinggalkan dia di sekolah.Aku tinggalkan dia di rak kasut di depan bilik aku.Aku rela balik dengan berselipar asalkan Cik Ungu Baldu aku tak menggigil kesejukan.

   Keesokan harinya, bila aku tengok, bayang Cik Ungu Baldu aku pun tak nampak.Mrs Somebody telah menculik Cik Ungu Baldu aku!Aku rasa nak menangis.Aku rasa marah!Tak guna punya orang!Selama ni, tak pernah pulak aku hilang apa-apa barang bila tinggalkan di sekolah.Kalau aku tahu Cik Ungu Baldu aku akan diculik, aku rela letak dia dalam beg aku.Tak pun, aku sorok je Cik Ungu Baldu aku dalam baju macam nenek-nenek sorok barang zaman dulu-dulu.Hampeh betul!

Tak sempat nak posing dengan Cik Ungu Baldu aku.
Pinjam kasut Cik Google je lah.
Sama sebijik!

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAhaari

3 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

cantik kasut tue...

Cik Balqis said...

comel je kasutnye..hehe

meh tgk entry qis plak:
http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-14-cerita-kasut.html

Norhana Marsom said...

soft flat macam ni memang best pakai...kaki seronok je melangkah kan...

Let's have a break!