Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, September 2, 2014

Kyrol Antivirus depan mata dan Ir Aniq Akhmal.

   Syukur alhamdulillah.Dengan limpah dan kurnianya dapatlah aku memiliki KYROL ANTIVIRUS PERTAMA BUATAN ANAK MELAYU.Bukan setakat niat untuk menyokong, tetapi kerana aku betul-betul percaya kemampuan anak kampung aku, Pasir Gudang,Ir ANIQ AKHMAL BIN ABU NAIP.

   Aku tak terkejut dengan kejayaan Aniq kerana ibu Aniq seorang yang sangat superb.Sebagai seorang Guru Cemerlang Matematik dan Guru Disiplin, ibu Aniq selalu menjadi rujukan anak-anak di sekolah aku.Walau pun tegas, tetapi dengan sikap keibuan dan kasih sayang, anak-anak sangat sayang pada ibu Aniq.Hinggakan tiap-tiap tahun beliau dipilih sebagai Guru Paling Prihatin.

   Selain mempunyai ibu yang terbaik, Ir Aniq Akhmal juga sangat bertuah kerana mempunyai ayah yang sangat supportive.Beliau pernah menjadi Yang Dipertua PIBG di sekolah aku dan hingga kini jasa beliau masih jadi sebutan.Aku percaya, Ir Aniq mengikut jejak langkah ibunya yang sangat berdisiplin dan mementingkan akademik dan ayahnya yang juga penyayang.Faktor lain, aku rasa tentu kerana bonding yang kuat di kalangan ahli keluarga dan juga asas agama yang sangat ditekankan.

   Sebagai kesimpulan, kemunculan KYROL ANTIVIRUS pertama dari Aniq, menjadi bukti bahwa institusi keluarga yang penuh dengan kasih sayang, disiplin, agama dan saling menyokong mampu menjadi pemangkin kepada suatu kejayaan yang besar.Aku percaya, itulah rahsianya.Sebagai seorang pemerhati yang melihat Ir Aniq Akhmal membesar dari kata-kata bonda tercinta, aku berharap dan berdoa agar kejayaan demi kejayaan akan terus dicapai.Sebagai seorang pengguna, aku juga teruja untuk segera menggunakan KYROL ANTIVIRUS yang baru saja menjadi milikku.Alhamdulillah.... berbaloi untuk RM89.90 yang aku bayar.


Belum sempat posing, jadi teacher minta izin pinjam gambar Aniq, ye.


Tahniah Kak Idah dan Abang Abu Naip.

Teacher pinjam gambar ni juga ye Aniq.

Jom kita sama-sama sokong ANIQ.

   

1 comments:

Diana Rashid said...

Itu lah pentingnya sokongan ibu bapa terhadap minat anak2..kan??

Let's have a break!