Monday, June 18, 2012

Tok pun tempah beg duit felt.

   Baru je terima surat dari Kota Tinggi.Surat dari kakak aku tersayang yang disertakan dengan 10 tempahan untuk beg duit.Sehari dua ni memang tak sempatlah aku nak buat.Mana nak buat audit akademik, nak menyemak buku anak-anak murid aku, nak buat modul, nak lengkapkan fail panitia untuk SPSK dan macam-macam lagi.Tambah dengan kesihatan aku yang macam yoyo sekarang ni.Tapi, hujung minggu, insyaallah akan aku siapkan.Tempahan diterima daripada :

1.   Syarifah Syaima - warna pink ( umur 3 tahun) 
2.   Syarifah Safia - warna kuning ( umur 2 tahun )
3.   Afifah - warna biru ( umur 5 tahun.Tema : Angry Bird )
4.   Maisarah - Warna pink ( umur 5 tahun.Tema : Angry Bird )
5.   Aysar ( budak lelaki ) - Warna hijau (Umur 7 tahun)
6.   Aisyah - Warna pink ( Umur 8 tahun )
7.   Nur Izzah - Warna kuning ( Umur 9 tahun )

      - Semua nak beg duit felt macam yang biasa aku buat.Ada keychain sekali.Kalau budak    
      perempuan keychain love.Kalau budak lelaki, nak letak keychain apa ye?

8.   Chila - Warna biru ( Umur 38 tahun )
9.   Pinas - Warna kuning ( Umur 40 tahun )
10. Tok   -  Warna merah ( Umur tak dinyatakan tapi tok ni nenek budak-budak kat atas tu)

      - First time nak buat untuk orang dewasa.Agak-agak apa tema yang sesuai ye? Tok nak 
      saiz besar sikit dari yang lain-lain.

Contoh beg duit felt boleh intai di SINI.




Contoh tema Angry Bird.

Contoh keychain felt boleh jenguk di SINI.
Contoh brooch felt selak di SINI.
Contoh kotak serbaguna berbentuk kek sila singgah SINI.

Kalau semua ok, tambah 2 lagi tempahanbeg duit daripada Najhan Azima.
1. Angry Bird (No.4 / tukar ke background merah) untuk ALYA
2.Angry Bird ( No.7 ) untuk Damia Uzma.


2 tempahan brooch kekwa warna purple dan 1 keychain Ladybird sedang dalam proses.

5 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah makin murah rezeki awak..

Dayang Deno said...

wah rezeki tu kak... :)

Isabel Diaz said...

Law utk yg umur 19 tahun ade x kak?

Uji Hussein said...

Umur 19 tahun pun boleh.Btau je nak gamba apa.

EKIN said...

Kalau nk saiz besar boleh x...

Post a Comment