Monday, December 30, 2013

Minah rempit paling comel.

Anak-anak angkat menyusu.


Alahai!Rindu pulak kat anak-anak angkat aku ni.
Ni dah masa menyusu ni.
Nak makan vitamin lagi.
Cepatlah habis meeting!

Terbaik dari Facebook.

Terbaik dari Facebook.

Terbaik dari Facebook.

Otak tak de oksigen.

   Tiba-tiba rasa mengantuk pulak.Mesyuarat sedang berjalan.Aku fokus.Tapi menguap tak habis-habis!Malunya!Oksigen tak naik ke otak.Ni mesti kes aku gila felting balik malam-malam. Peluh pulak dah mula keluar.Panas!Kesan ubat yang aku makan kot.Ok.... Aku try fokus balik.Jumpa lagi.

Solat Dhuha bersama bonda Pengetua.

   Alhamdulillah, selepas sarapan pagi yang ditaja, guru-guru sempat menunaikan solat Dhuha bersama-sama bonda pengetua.Kemudian, baru boleh mula dengan meeting dan gotong-royong.Ini yang seronoknya bila ke sekolah, kerana KEJELEKITAN antara kami warga sekolah.Kurang sikit tension.    Ok, aku nak meeting dulu ni.Jumpa lagi kemudian.

Sunday, December 29, 2013

Aku terlepas!

   Meeting pengurusan, kurikulum dan panitia telah pun berjalan dengan lancar.Begitu juga LDP berkaitan.Esok, kalau tak silap akan diadakan meeting HEM dan kokurikulum pulak.Walau bagaimana pun, berdasarkan Buku Panduan Pengurusan yang aku terima, beban kerja aku tahun 2014 lebih kepada atas nama Ketua Panitia.Satu jawatan setiausaha atas namaku sendiri dan yang lain-lain jawatan-jawatan kuasa kecil yang tak memerlukan aku membuat Plan Strategik dan Tindakan.Dan yang paling membuat aku lega adalah AKU TERLEPAS pegang kelas atau dengan kata lain aku tak jadi guru tingkatan.Alhamdulillah....

   Bukan aku berkira bab kerja tapi kalau dah berlambak-lambak tugasan yang diberi, aku takut tak mampu mencapai tahap maksimum.Aku tak nak kerja tangkap muat.Azam aku tahun 2014 ni kalau boleh aku nak jadi pekerja cemerlang semula dan aku nak jadi aku yang dulu.Insha Allah.... Tentang menjadi guru kelas tu bukan aku tak suka, aku suka sangat, terutama bab kelas bertema tapi dengan 6 kelas BI yang aku kena ajar dan tugas sebagai Ketua Panitia, aku takut tak mampu je.Apa pun, aku teruja nak memulakan persekolahan di tahun baru.



Kelas bertema aku tahun 2013.



Friday, December 27, 2013

Pengetua buat suspens!

   2 minggu lepas, aku ke sekolah.Walau pun cuti sekolah, tapi ada kerja yang perlu aku selesaikan.Seperti biasa, bila dah ke sekolah, aku jenguk ke pejabat pentadbiran.Check kot-kot ada surat ke apa.Tiba-tiba, Puan Pengetua Cemerlang panggil aku.Alamak!Seram sejuk dah ni.Biasalah, pengetua aku tu terkenal dengan sikap tegasnya.Hantar paper work pun boleh sampai 10 kali submit pun masih boleh kena reject.Beliau sangat-sangat teliti orangnya.

   Dengan segera aku ketuk pintu pejabat Puan Pengetua.Pengetua ni kata orang garang tapi rasanya tak de pulak pengalaman aku kena marah ke kena bebel dengan dia.Walau pun berdebar, aku relex je sambil try to get rid of the butterflies in my stomach.Bila dah masuk dan duduk, Puan Pengetua mengeluarkan satu beg dan mengambil beberapa wallet cantik.Makin suspence aku!Tiba-tiba katanya," Ni saya belikan wallet dari Vietnam.Harap sudi terima." Ooo.... nak beri souvenir rupanya!Buat berdebar je.Aku pun terima pemberian Puan Pengetua tu, wallet cantik warna purple.(Macam tau je warna kesukaan aku.Terima kasihlag puan!)



Lebih kurang macam nilah wallet tu.
(Ingat juga puan pada saya....Hehehehe)

Lupa bahan meeting.Aduhai....

   27 Disember 2013:hari kedua meeting.Hari pertama, 26 Disember, meeting Pengurusan Am dan Pendaftaran.Hari ni meeting Kurikulum dan Panitia.Sebagai Ketua Panitia, aku mesti handle meeting panitia.Tapi masalahnya, sikit pun aku tak ingat nak standby apa-apa.Maksud aku, aku ingat yang aku ni KP dan mesti handle mesyuarat panitia tapi aku tak ingat langsung nak standby bahan untuk meeting!!Aduhai!Makin teruk penyakit lupa aku!Macam manalah aku tak terfikir!

   Nasib baik zaman sekolah dulu aku dah biasa speaking in public on the spot je.Jadi aku guna je lah pengalaman tu.Walau pun aku bukan orang yang gemar bercakap, tapi aku gemar present depan audience.So, alhamdulillah... Aku berjaya melaksanakan tugas dengan sokongan teman-teman sepanitia.Meeting panitia mula jam 11.30 tgh dan berakhir lebih kurang jam 1 suku tengah hari.

   Sebelum meeting, aku dah tau yang aku mesti serahkan hasil perbincangan berkaitan jadual.Maklumlah, guru BI tak cukup.Dengan setiap seorang mesti mengajar 6 kelas, dan seorang terpaksa bertugas 2 alam, aku mesti pastikan agihan tugas adalah adil.Bila semua guru bawah aku setuju dengan jadual yang dia orang dapat, barulah tugas dapat dijalankan dengan berkesan.Aku tak nak jadi ketua yang syok sendiri seperti kata Puan Pengetua Cemerlang aku.

   Musah-mudahan, dengan kerja sama erat semua pihak, kami dapat menjalankan tugas dengan lebih dedikasi, berkesan dan ikhlas.Mudah-mudahan juga, khidmat kami diberi ganjaran olehNya.Amin......

Aku langgar mati anakku sendiri!

   Hari kedua meeting : 27 Disember 2013.Jika dilihat pada tarikh, bermakna semalam genap setahun aku sakit.Alhamdulillah....Walau pun masih tetap makan ubat hingga Mac 2014, kesihatan aku boleh dikatakan makin ok.Oh ya!Aku update awal-awal pagi sambil menunggu meeting di Bilik Cakna Minda ni bukan nak cerita pasal meeting atau kesihatan aku tapi yang penting nak menghilangkan rasa sedih kerana anak kesayangan aku meninggal dunia.Sedihnya!

    Ceritanya begini.... pagi ni aku terlewat bangun.Hari ni ada meeting di sekolah.Seperti biasa, aku tak suka lambat sampai ke sekolah jadi aku pun terkocoh-kacah nak cepat.Seperti biasa, bila aku nak naik kereta, anak-anak kesayangan aku pun sibuk mengikut.Maklumlah, semuanya manja-manja.Selalunya sebelum aku bergerak, aku pastikan tak de satu pun anak aku selamat.(Opps!Sorry!Aku fikir lain, yang aku tulis lain.Inilah salah satu efek ubat yang aku makan.Aku nak tulis.... tak de satu pun anak aku yang tak selamat.Sorry ye!) Dengan kata lain, aku takut sangat terlanggar anak-anak aku yang manja tu.

   Tapi, pagi ni, aku betul-betul terlupa!Bila kereta bergerak je, aku terdengar suara jeritan.Ya Allah!Bila aku check, rupa-rupanya aku telah melanggar anakku sendiri!Darah membasahi garaj.Anakku telah nyawa-nyawa ikan.Mulut berdarah, kepala berdarah dan terkejang-kejang nazak.Sedihnya!Nak menyesal pun tak berguna kerana salahku sendiri.Aku tau anakku nazak tapi oleh kerana aku dah terlewat, aku terpaksa tinggalkan saja.

Mak tak sempat pun ambik gambar Oneng!



'Kembar Oneng' mak pinjam dari Google.

Monday, December 23, 2013

Jadual gaji penjawat awam 2014.

   Seperti biasa, tarik pembayaran gaji bagi penjawat awam adalah sangat penting.Maklumlah, nak plan bayar macam-macam benda.Aku share maklumat jadual pembayaran gaji untuk tahun 2014 yang aku petik dari SINI.


Jadual_Gaji_2014


Bonus Penjawat Awam dibayar pada 2 Januari.

   Kepada mereka yang bertanya pada aku di FB atau SMS atau lain-lain, dengan sukacitanya aku maklumkan bahwa bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 yang dijanjikan oleh kerajaan akan dibayar pada 2 Januari 2014.Alhamdulillah.... Untuk keterangan lanjut, silarujuk maklumat di SINI ye.

Legoland Siri 1:Theme Park awesome!

   Entah berapa hari dah aku perap idea ni.Maklumlah, dah dekat buka sekolah ni macam-macam kerja nak kena buat.Jadi, hari ni aku paksa diri aku untuk mencatat percutian hebat ke LEGOLAND.Cewah!!!! Setelah 'dipaksa' oleh ayah @ ayah sponsor le tu, aku dan kakak sekeluarga pun berangkat ke LEGOLAND pada hari Rabu, 18 Disember yang lalu.

   Punyalah excited, malam tu, dekat pukul 1 kakak aku telefon bincang pasal baju apa nak pakai.Seronok bukan main-main.Anak-anak jangan katalah.Tapi lebih seronok kalau family kakak aku yang seorang lagi dan adik aku yang bertiga dapat ikut.Tapi, susah nak berkumpul .Konon esoknya paling lewat nak gerak pukul 7 pagi tapi 7.30 baru nak gerak.

   Seminggu sebelum tu aku dah ke KOTA ISKANDAR jadi confident je tak lupa jalan.Tau-tau tersilap jugak.Nasib baik sesat kejap je.Kalau dari rumah tak sampai sejam dah sampai ke LEGOLAND.Dari jauh nampak biasa je tapi bila dah sampai di hotel yang indah warna-warni tu, wow!Speechless!So majestic!Siapa yang pernah sampai tu taulah maksud aku.


Hotel yang WOW! 
Sila abaikan gambar family tu ye.Hahaha!


   Lepas parking di Medini, terus menuju ke LEGOLAND.Jam dah pukul 9.40 pagi.Beli tiket kena tunjuk my card baru boleh dapat harga citizen.Untuk pakej Combo ( Theme Park + Water Park) harga seorang dewasa kurang 65 tahun adalah RM150.Kalau bukan warganegara RM175.Untuk kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas lebih 65 tahun harga seorang adalah RM120.Setiap tiket disertakan baucer makanan RM10.

   Tiba-tiba, panik masa nak bayar tiket sebab abang ipar aku tak bawak my card!Alamak!Macam mana boleh terlupa ni?Suspens sekejap.Nasib baik anak dara comel di kaunter tiket tu terima juga sebab yang lain bawak my card.Dapatlah kita orang masuk.Yang seronoknya, bagi setiap tiket yang dibeli, kami diberi satu tiket percuma pakej combo untuk digunakan dalam bulan Januari 2014 kecuali cuti umum.Yeah!Bolehlah pergi lagi.

   Selepas dapat tiket, kami pun segera ke Water Park kerana pukul 6 dah tutup dan kalau hujan, tak kira pukul berapa, pun ditutup dan TAK ADA REFUND!Jam dah pukul 9.55 pagi tapi tak boleh juga masuk.Kena juga tunggu 10.00 pagi.Fuyooo!Very punctual.Orang dah mula ramai.Sambil tunggu tu, kami ambik gambar buat kenang-kenangan.Sempat jugak aku interview petugas dari Germany.Ingatkan dari Sweden.Dah 2 tahun di Malaysia.Tapi, oleh kerana cuaca cerah, kami confident tak hujan dan pergi ke Theme Park dulu.



Ni lokasinya di surau perempuan.Tengok orang Lego tu.Bukan main cantik dengan baju kurung bunga-bunga.
    

   Tepat jam10.00 pagi, kami pun masuk.Yahooo!Seronok kalahkan budak-budak!RM150 seorang macam mahal, kan tapi dengan segala macam benda boleh dicuba aku rasa harga tu sangat berbaloi.Mula-mula sekali kami naik 'Technic Twister'.Ala.... Tak mencabar pun.Tapi kakak aku dah takut peluk tiang.Hahaha!Lepas tu tobat dia tak nak naik apa-apa game.


Ini family kakak aku. Anak buah yang bongsu takde sebab budak tu berani sungguh.Segala macam game dia cuba.



Ini dia anak dara berani yang tengah tergantung masa gambar family dia aku ambik.

   Lepas try games tak berapa nak mencabar tu, kami try pulak game-game lain.Ada project x, dan macam-macam lagilah.Tak sempat aku nak catat nama-namanya.Peta ada tapi mana entah.Semasa naik Project X, aku bertiga dengan abang ipar dan anak buah aku si Zarif.Satu coach untuk 4 orang je.Kakak aku langsung tak nak cuba.Bila dah start laju, mak aihhh macam tercabut jantung.Nasib baik cermin mata kena bukak jadi aku tak nampak apa-apa.Tapi sepanjang cabaran tu aku pejam mata je sambil gelak walau pun dalam hati tuhan je yang tahu.Nasib baik selamat sampai di bawah.



Ni gambar siapa entah aku snap time naik Project X.

   Selepas mencabar diri di Project X, kami try pulak 2 lagi roller coaster apa entah namanya.Dua-dua mencabar tapi naik ramai-ramai.Salah satunya di Kota Naga.Sempatlah tengok naga Lego warna merah.Nak jugak ronda-ronda dalam kota naga tu tapi takut masa tak sempat.Budak-budak dah sibuk nak mandi-mandi.Kalau hujan, sia-sia je kena balik.



Bergambar kenang-kenangan selepas melawat naga merah.

Opps!Dah azan Isyak dah.Aku sambung siri ke 2 nanti ye.

*BERSAMBUNG*






Saturday, December 21, 2013

Guru buat cerita l*c*h!

   Aduh!Rasa macam kena sebijik penumbuk di dahi!Itulah yang aku rasa bila baca HM hari ni.Malu tau!Sebagai penjawat awam atau lebih tepat lagi seorang guru, aku rasa malu dengan berita tentang seorang guru perempuan, Melayu pulak tu, terlibat dalam pembikinan video lucah dengan mamat karpet!Kenapalah sampai jadi seteruk itu?Aku sedar, kita semua ni manusia biasa, tapi janganlah sampai terlalu ikutkan nafsu!Kalau kita pandai nasihatkan anak-anak didik, kenalah kita sendiri jadi contoh terbaik.Jangan jadi ketam.

   Bagi sesiapa yang tak baca HM, alkisahnya begini : Seorang guru perempuan sekolah kebangsaan berumur 49 tahun, yang bersuami dan anak, dituduh menghasilkan video lucah ( berlakon video lucah sendiri) bersama seorang lelaki Pakistan, islam, berumur 27 tahun.Video tu jatuh ke tangan seorang lagi lelaki Pakistan dan lelaki tu blackmail si guru.Oleh kerana takut video tu tersebar guru tu bayar RM10,000.Tapi, akhirnya kantol juga dan ketiga-tiganya didakwa.

   Aku tahu, tak bolehlah nak salahkan guru tu 100% kerana konon katanya semasa membela diri, si suami sakit dan dialah seorang pencari nafkah.Tapi, bila dah pecah tembelang macam ni, siapa yang malu?Suami, anak-anak, keluarga dan AKU PUN IKUT MALU tau!


Tuesday, December 17, 2013

Pakai time berkabung je.Cis!

   Aku rasa geram, menyampah, meluat dan macam-macam.Terutama bila menonton Buletin Utama TV3 atau berita-berita lain di TV3.Bukan aku anti dengar berita yang disampaikan tapi aku menyampah tengok 'seluo' pembaca berita perempuan TV3!Ketat bukan main!Sampaikan aku tengok macam tak pakai 'seluo'!Itu baru pembaca berita, belum lagi aktres-aktres, penyanyi, pelakon dan yang semasa dengannya!Tolonglah!!!Siapa boleh HENTIKAN 'gejala ni?Tak boleh ke Malaysia ikut sikit cara Acheh.Ada yang pakai tak senonohnya, tangkap.Boleh tak?


 
Pakai macam ni time berkabung je.

Salah ke minat Lana Nordin?

   Aku cikgu.Kerja 'gomen'.Pakai tudung.Umur tak berapa nak muda.Pakaian tak pernah seksi.Tapi, salah ke kalau aku minat Lana Nordin?Bukan baru-baru ni je aku minat Lana Nordin.Tapi sejak dia berlakon jadi pelacur cerita apa entah di TV dengan Lisdawati.Aku kagum sangat sebab dia berjaya hidupkan watak tu.Dia seksi ke, Pamela Anderson Malaysia ke, aku tak kisah.Aku pandang bakat dia tu.Aku rasa kalau dia dapat watak ustazah berpurdah pun, tentu dia mampu jayakan.

   Sekarang ni, bila Lana Nordin dah cuba bertudung, lagilah aku suka.Manisnya!Gambar di bawah tu aku pinjam tau!Manis kan?Tapi..........................................



   Tapi, jangan marah ye!Walau pun aku suka LANA NORDIN,dan aku suka LANA NORDIN bercinta dengan JOHAN AS'ARI,aku tak pernah minat JOHAN AS'ARI.

Terima kasih!

  Debaran 16 Disember dah berlalu.Debaran sama ada kena operate ke tak.Alhamdulillah... Tak payah operate.Masih boleh survive lagi walau pun masih tetap kena makan ubat tiap-tiap hari sampai Mac.Lepas 10 Mac, kalau ok baru boleh berhenti makan ubat.Cuma kena sentiasa ingat untuk jaga makan.Terima kasihlah doktor!

   Selain nak ucap terima kasih pada doktor di HSI, aku juga nak ambik kesempatan untuk ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua kawan-lawan sekerja yang banyak membantu aku semasa aku sakit.Walau pun bulan September baru aku kerap sangat cuti, tapi masa tulah masa paling kritikal untuk anak-anak PMR dan SPM aku.PMR langsung aku tak dapat tolong tapi SPM, alhamdulillah dapat juga tolong sikit-sikit.Ni yang buat aku berdebar menanti keputusan PMR 19 Disember ni.Kalau result English turun, aku rasa gagal sebagai ketua. Huhuhu!

   Terima kasih juga buat barisan pentadbir sekolah yang banyak support aku.Tak sangka, ramai sungguh yang sudi beri sokongan.Puan Pengetua Cemerlang yang penyayang, Puan Penolong Kanan 1 yang tunjuk ajarnya takkan ku lupa, PK HEM, PK Koko, barisan Ketua Bidang terutama Ketua Bidang Bahasa, Kak Ju yang tersayang ( Maaf kerana ada kerja yang tergendala sebab aku), Penolong Ketua Panitia aku Adik Zafi ( maaf kerana tak dapat hadir majlis perkahwinan hari tu), mentee aku tersayang yang banyak sangat membantu, Cik Raja Aqilah dan semua barisan guru BI yang ada.

   Tak lupa juga buat guru-guru lain yang sudi relief kelas aku semasa aku tak de.Dan yang paling aku hargai staff office terutama yang jaga bahagian cuti.Terima kasih banyak-banyak.Buat anak-anak murid aku tersayang, juga terima kasih kerana sudi bertanya khabar.Mudah-mudahan, semua berjaya dengan cemerlang.Akhir kata , TERIMA KASIH buat semua.Insya Allah, 2014, aku cuba buat yang lebih baik.



Terima kasih, Puan!



Terima kasih Wiwiey, Qila.....

Saturday, December 14, 2013

Konvo Siri 6 : Graduan Berbulu

   Untuk entry Konvo siri 6 @ akhir ni, aku nak cerita pasal Malaysia pulak.Aku rasa beruntung lahir di Malaysia yang aman damai ni.Biar di ceruk mana kita tinggal, sentiasa ada peluang bagi sesiapa je untuk menuntut ilmu di menara gading.Tak kiralah sama ada swasta atau awam.Bila tamat belajar pulak, biar siapa pun kita, sama ada bertaraf datuk, datin atau sekadar orang kampung biasa, pihak ibu bapa atau waris tetap berpeluang meraikan anak-anak yang tercinta.

   Semasa zaman aku dulu, untuk meraikan anak-anak yang tamat belajar, tidaklah semeriah sekarang.Setakat bergambar tu biasalah.Tapi zaman sekarang, bukan main hebat.Jambangan bunga berlambak-lambak.Bukan setakat jambangan biasa, tapi ditambah jugak dengan soft toys pelbagai bentuk dan coklat.Harga setiap jambangan tu pulak bukan murah.Tu belum masuk bawak anak-anak yang konvo pergi makan ke tempat-tempat 'ada kelas'.Kalau ibu bapa mampu, alhamdulillah tapi kalau tak mampu, aku harap anak-anak boleh faham.

   Cerita pasal soft toys atau orang kita suka  panggil 'Teddy bear' walau pun ia bukanlah seekor 'bear'( contohnya giraffe ), aku teringat ada satu teddy bear besar bapok yang didukung oleh seseorang.Kalau yang kecik pun dah RM30, bayangkan yang saiz besar gedabak tu.Berapa ratuslah agaknya.Banyak betul duit orang kita kan?



Inilah contoh teddy bear besar gedabak @ graduan berbulu yang aku nampak.Yang ini ok lagi sebab orang muda yang bawak, tapi ada sorang tu aku tengok dah pakcik tua dah.Kesian orang tua tu terketar-ketar naik tangga bawak graduan berbulu.Ituah tanda kasih sayang untuk anak-anak.Kan?


  Ini pun tanda kasih sayang emak ayah pada anak.Bukan dekat kena jalan keluar dewan tau!Jadi aku harap, anak-anak yang diraikan, takkan lupakan jasa ibu, ayah dan juga guru.Jangan lupa tu!


* TAMAT*


Thursday, December 12, 2013

Konvo Siri 5 : Afghanistan vs Najwa Latif Afrika Selatan +++

   Terlambat sikit nak update entry Konvo siri 5.Hari ni aku ke sekolah.Check cuti-cuti aku takut-takut ada yang tersilap atau tak lulus.Maklumlah, tahun ni banyak sungguh aku ambik cuti.Cerita pasal cuti ni, ada perkara aku nak cerita pasal office staff tempat aku mengajar.Tapi cerita di entry lain ye.Entry kali ni aku nak sambung pasal international visit aku ke pelbagai negara dunia.Sambil-sambil tu, aku tunjuk gambar supaya lebih menarik.Pictures speak louder than words.Cewah!!!!

   
   Semasa aku tiba di booth ni, aku ingatkan model berdua tu orang Mongolia.Ada iras-iras.Tapi rupa-rupanya orang Malaysia serupa macam aku.Cuma posing pakai pakaian orang Afghanistan.First time aku tengok lelaki pakai pakaian ni semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari dewan selepas konvo.Handsome.Nampak segak.Sebijik macam Azlee Khairi Mr Arrogant.Rupa-rupanya itulah pakaian tradisi orang Afghanistan.yang biasa kita tengok pakai serban dengan baju comot + lusuh.Cuba tengok perisai tu.Macam perisai dalam Gladiator pulak.



Cuba tengok pedang tu.Ingatkan orang Syria je suka guna pedang.Rupanya orang Afghanistan pun suka juga.Patutlah dia orang asyik berperang je.



Eeh!Semua entry siri konvo aku ada Cik abang baju merah ni.Orang Afghanistan juga ke?
Krik!Krik!

   Apa yang aku perhatikan, petugas di booth Afghanistan ni English dia orang tunggang-langgang.Tapi tetap ada effort nak bercakap.Ada sorang tu, baru sebulan di Malaysia.Semasa di Afghanistan, tak pernah belajar English.Sampai Malaysia baru mula belajar.Tapi dah boleh speaking walau pun agak tebal bunyi Afghanistan.Plus kamus ada di tangan untuk membantu.Tapi, setengah-setengah anak murid aku, belajar tadika dari dalam perut tapi dah form 5 pun tak yakin guna English.Suruh bawak kamus?Hampeh!Baik dia orang bawak novel Playboy itu Suami Aku!Bila exam, hancuss!


Suka beno enterframe, bang!

   Semasa international visit aku ni, di setiap booth, aku sempat tanyakan tentang sistem pendidikan mereka.Rata-rata aku boleh buat kesimpulan yang budak Malaysialah yang paling beruntung.Nak tak nak je cari ilmu sejak dari hisap puting lagi.Contohnya di Indonesia, baru-baru ni je dia orang dilanda demam speaking London.Kalau orang kampung jangan harap dapat peluang belajar di tadika dll.Di Afghanistan apatah lagi.Lebih-lebih lagi kalau kita perempuan.



   Siapa pulak anak dara hitam manis yang tersenyum manis tu?Sebelum aku sampai di tempat tak de booth ni, anak dara baju biru tu sempat main gitar ala-ala Najwa Latif, menyanyi untuk budak-budak kecik.Pandai dia layan budak-budak.Lepas tu, dia cerita pasal seni mewarna botol dengan design negara mereka.Tak salah tekaan aku yang dia orang ni dari Afrika Selatan.Teringat cerita Kehinde karya Buche Emecheta ( Lupa lak ejaan sebenar.Betul ke tak tu)



   Oh ya!Lupa pulak aku.Sebelum terpesona dengar suara Najwa Latif versi Afrika Selatan, aku sempat singgah ke booth Algeria.Gambar di atas tu adalah gambar kus kus dalam pengukus ( ikut rentak pulak) Selalu tengok dalam ASTRO channel TLC.Pernah makan kus kus?


   Inilah booth Algeria.Tapi anak dara comey dua orang tu orang Malaysia.Saja posing dengan baju tradisional orang Algeria.Petugas yang beri penerangan tu, tak berapa nak senyum tapi maklumat diberi cukup lengkap.Agak memang budaya dia orang susah nak sneyum kot!Maklumlah, masalah banyak.Orang kita, jangankan senyum, gelak tak ingat dunia lagi-lagi kalau tengok Sepahtu.(Aku senyum je. Krik.Krik)


   Lain-lain negara yang aku lawati adalah Singapura,Brunei, Nigeria, Sri Lanka, India, Bangladesh, Somalia (kalau tak silap) dan Mesir.Tapi tak sempat spend time lebih-lebih kerana dah tak larat nak jalan.Booth Singapura 100% identiti Cina.Merah je!Booth Brunei lebih kurang kita je.Nigeria dah selalu aku tengok di TV.Begitu juga dengan Bangladesh dan India.(Aku peminat no.2 Shah Rukh Khan.Peminat no.1 namanya Stiwee. Hehehe) Semasa lawatan ni aku dengar bukan main sedih lagu yang dimainkan tapi merdu bukan main.Oh ya.Gambo di atas tu orang Malaysia juga.Saja posing pakai pakaian firaun ( kot) dan pakaian lelaki Mesir.Yang jadi firaun tu patutnya bukak baju.Baru jadi.Hehehehe.

    Oklah.Cukuplah konvo siri 5 aku kali ini.Aku akan sambung lagi dengan Konvo siri 6 esok.Kemudian, aku nak buat entry tribute untuk beberapa insan terpilih yang banyak membantu aku semasa aku sakit.Jumpa lagi.


* BERSAMBUNG*

p/s: Hari ni aku dapat hadiah special dari Vietnam.


    

Wednesday, December 11, 2013

Konvo Siri 4 :Robot Mauritania vs gergasi Sudan.

   Untuk siri ke 4 ni, aku nak cerita tentang Mauritania dan Sudan. M A U R I T A N I A tau bukan Mauritius. Sambil cerita tu, aku tunjuk gambar-gambar menarik supaya lebih jelas.Tapi, maaflah.Aku guna khidmat LG Cookie tok kadok aku tu je.


   Budak nampak skema tu lah yang bertugas beri keterangan tentang negara Mauritania.Nak kata tak ramah, ramah tapi ramah yang macam robot tu.Bercakap tak berhenti sampai aku rasa macam aku ter'on' butang bagi robot bercakap.Punyalah dia menghafal sampai mengantuk mata aku.Tapi, aku angkat topi pada usahanya.English dia pun boleh tahan.Sebelum ni aku tak tahu pun di mana MAURITANIA.Mauritania ni rupa-rupanya ada industri pertanian dan perikanan.Fuyooo!



Yang ini pulak pakaian tradisional lelaki Mauritania.Bayangkan ye.Kalau dia orang ke laut pakai macam ni?Agak-agak dapat ikan tak?



Cuba teka yang ini apa?

Dah teka?

Tak dapat?

Ok!

Aku jawab.

Inilah bantal Mauritania.

   Kulit bantal yang cantik ni diperbuat daripada kulit.Kalau tak silap, kulit lembu.Kemudian, dilukis dan diwarnakan menggunakan warna asli dari pokok.Pokok apa?Tak sempat nak tanya sebab budak tu bercakap tak de stop!Isinya bukan kekabu tetapi bulu itik.Best kan?



Yang ini pulak permainan tradisional Muritania.Cara main lebih kurang congkak.Cuma yang ini guna kayu.



   Sekarang kita cerita pasal Sudan pulak.Kali pertama aku nampak 'budak tinggi 'ala-ala gergasi 'ni, terkejut aku.Bila tanya, 'budak tinggi' tu kata, ramai orang Sudan yang tinggi-tinggi. Iye ke?Di booth Sudan ni, aku tak sempat interview lama-lama sebab masa tak mengizinkan.Cewah.... Hehehehe....Jadi, ini jelah yang aku dapat kongsi.Ops!Cuba tengok kulit buaya tu?Cantik juga kan?



   Yang ni aku lupalah. Di booth Sudan juga kot.Kulit ular sawa tu cantik sangat.Kulit ular digunakan secara meluas untuk kegunaan harian.Uaaahhhh(Menguap sambil tutup mulut.Tanda mata dah mengantuk) Untuk siri ke 5, aku nak cerita pasal Afghanistan, Algeria dan Afrika Selatan pulak.Boleh?Bolehlah...

* BERSAMBUNG*






Konvo Siri 3 : Comoros vs Syria

   Untuk siri 3 ni aku cerita tentang Comoros dan Syria pulak.Seronok sungguh aku ke booth Comoros.Petugasnya bukan main ramah.Macam-macam soalan aku tanya dan dijawab dengan 'gigi putih'. ( Senyum daa) Tanya punya tanya rupa-rupanya petugas tu dah 3 tahun kawin dengan orang Bandar Baru Uda, JB.Cakap Melayu pun boleh.Banyak sungguh maklumat aku dapat tentang Comoros.Di mana Comoros?Ha... Kenalah cari sendiri.Sebelum tu, tengok gambar dulu sambil jenguk-jenguk Facebook.Jom!



   Sekali posing jadi model Comoros!Hahaha!Selepas macam-macam soalan tentang Comoros aku tanya, petugas tu mintak aku posing pakai pakaian tradisional Comoros pulak.Adalah ala-ala pakai sari.Belit punya belit jadi macam selendang.Kemudian dimintanya aku pakai beg tangan.Ingat beg tangan apa rupanya beg tangan buat dari daun apa entah dibawa khas dari Comoros.Siap dengan bunga malai lagi tu.Kain selempang lelaki sebijik macam kain broked yang emak aku pakai masa jadi pengantin dulu-dulu.Cantik!




   Inilah antara petugas Comoros yang sangat ramah dan kaya dengan pengetahuan.Dengan kata lain, dia adalah seperti SI BIJAK INDONESIA. Sekarang, cuba perhatikan 'songkok' tu.Kata petugas ni, songkok tu harganya tak kurang RM3000 Malaysia kerana dibuat dengan tangan dan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan.Tenunan yang sangat cantik.Tak hairanlah kata petugas tu, songkok tenunan tu adalah barang hantaran wajib kepada pengantin lelaki.Konon katanya di zaman dulu, ia wajib ditenun sendiri oleh pengantin perempuan.Zaman sekarang ni main beli jelah.Tapi, kalau harga ribu-ribu, sengkek jugalah kocek.Lainlah CHE TA DAN ZAIN!



   Kemudian aku merayap ke booth Syria.Sorang je yang senyum yang lain hampeh.Mungkin masalah bahasa kot!Tapi at least dia layan juga pengunjung dan terangkan serba sedikit tentang Syria.Contohnya ajar pengunjung pakai serban gaya Syria.


   Lepas pakai serban, dikeluarkannya pedang 2 bilah!Mak aih!Tokojut den!Ingat nak ajak bukak langkah !Rupanya nak ajak posing!Punyalah kilat pedang tu!Aku teringin nak tanya lebih tapi bercakap macam ayam dengan itik, susah pulak aku nak faham.DI SINILAH PENTINGNYA TAHU B.INGGERIS!(Mak aih!Besarnya mat Syria ni!Tapi Mat Sudan lagi besau.Nanti aku cerita di siri 4)


   Kemudian, petugas berbadan besar lagi gagah ( ke boroi?) tu tunjukkan fountain dikelilingi tembok bentuk bintang yang konon katanya mesti ada di setiap rumah orang Syria.Tapi malangnya, hp LG zaman dulu aku ambik gambo blur sangat jadi aku crop tinggal gambar pinggan tu je.Gambar fountain cari sendiri kat Google.Hehehehe!Pinggan cantik macam ni lah yang digunakan hari-hari di rumah orang Syria.Saiznya cukup besar cukup untuk 4 orang makan.(Patutlah mat Syria tu besau!)


   Ini pun pinggan makan jugak.Nampak sikit bekas fountain yang ada air tu.Dia orang tabur bunga untuk bagi naik bau wangi.Kira macam air freshener le kot.Tak payah le beli Ambi Pur.Akhir sekali aku teringat, semasa guna bahasa ayam dan itik tu, mat Syria tu kata, orang Syria semua kaya-kaya.Betul ke? MACAM TIPU JE!MACAM BAGUS JE! Ok.Jumpa lagi di siri 4 tentang Mauritania dan Sudan.

*BERSAMBUNG*



Konvo Siri 2 :Hantu Malaysia vs si bijak Indonesia

   Sambung balik kisah konvo.Selain negara-negara Afrika, aku juga sempat menjenguk ke booth Malaysia.Tapi, bila aku nak masuk tengok apa maklumat yang ada, aku tak boleh nak masuk!Kenapa?Tengok le gambar tu.Selain ada 'pemain congkak profesional', ada pulak 'hantu selubung'!Nasib baik tak gugur jantung den!Tanjak dah cantik atas kepala tapi, jadi 'hantu' lah pulak.Alahai!


   Sekadar berkongsi pengalaman... Aku rasa sepatutnya bila ada pelawat yang datang, 'petugas' di booth kenalah beri penerangan serba sedikit.Bukan syok sendiri main and take for granted yang semua pengunjung terutama orang Malaysia tahu apa itu Malaysia.Patutnya masa inilah 'petugas' ambik peluang perkenalkan lagi Malaysia pada orang luar.Orang Malaysia dan Indonesia, mungkin tahu masa bila kita jadi 'hantu bungkus' tu, tapi kalau yang datang orang Cremaria, agak-agak, dia orang tau tak? Silap-silap dia orang ingat itulah pakaian orang Malaysia.Oh ya!Suka aku ingatkan '/ hantu selubung' yang aku maksudkan adalah 'yang di belakang guna kain pelikat tu.Yang depan berpurdah tu, aku sokong.Kesimpulan aku buat, booth Malaysia ni kira buang masa je buat cantik-cantik tapi pengisian kurang.Baik aku baca info di Google lagi best sebab Google sentiasa sudi menjawab soalan aku.

   On the contrary, ( sorry le.Biasalah orang Malaysia kan suka cakap campur-campur), aku seronok ke booth Indonesia dan Comoros.Kenapa aku suka ke booth Indonesia?Pertama kerana disambut dengan senyuman.Itu first impression.Kedua, booth tu penuh dengan maklumat.Petugas di booth tu pun penuh dengan maklumat sampaikan aku saja mintak resipi pisang ijo dan semur jengkol pun dia tahu.Macam tulah nama petugas.Siap dengan segala macam contoh pakaian tradisional, peta dan lain-lain.


Peta besar seluas dinding belakang booth lengkap dengan segala macam maklumat.



   Nampak tak?Indonesia kan banyak pulau.Selagi boleh diisi dalam peta, pulau tu ada atas peta.Ada juga maklumat tentang susur galur PM kita DS Najib yang berketurunan bugis Indonesia.Bukan main bangga lagi dia orang cerita pasal keturunan DS Najib.Orang Malaysia sendiri, entah-entah tak tau pun pasal tu.


   Tengok tu!Siap sediakan patung comel untuk tunjuk pakaian tradisional Indonesia.Yang nampak macam daun tu sebenarnya 'skirt' yang dipakai oleh penduduk di kepulauan Irian Jaya.


   Akhir sekali, berpeluang posing dengan petugas yang konon katanya ada kaitan dengan DS Najib.Mahkota atas kepala tu lupa pulak nak tanya pakaian suku apa.Bukan mahkota betul tapi inisiatif budak-budak Indonesia tu nak menunjukkan betapa cantiknya budaya Indonesia.Kesimpulannya: Nampak tak beza antara 'hantu Malaysia dan si bijak Indonesia'? Yang mana satu kita nak generasi kita akan jadi?

* BERSAMBUNG dengan kisah tentang COMOROS*



Konvo Siri 1

  Sementara menunggu aku dapat idea bernas untuk update blog, aku kongsikan pengalaman semasa majlis Konvokesyen anak sulung aku si Stiwee di UIA pada 16 - 18 November yangt lepas.Anak aku berjaya mendapat Rector's List.Tahniah my little darling.At least dia telah mencapai hajat aku menjadi antara yang terbaik di universiti.Walau pun tak sama course dengan aku aku puas hati jugalah.Alhamdulillah..... Aku ambikk TESL, anak aku ambik English Language and Literature.

   Bila sebut course English, semua orang ingat anak aku akan jadi teacher.Sebenarnya tak sebab anak aku tak ambik education.Tapi kalau dia nak, bukan setakat teacher tapi try jadi tutor atau lecturer pun boleh.Tapi masalahnya, dia tak minat teaching.Aku lagilah tak galak dia jadi educator kalau tak minat.Jadi guru sekarang ni kalau tak minat, baik tak usah.Itu pada pendapat akulah berdasarkan hampir 20 tahun aku mengajar.

   Oh ya.Semasa konvo hari tu, akumacam biasalah...Kejap ok kejap tak ok.Walau pun dah ada photo shoot khas di luar U, anak aku tu excited pulak nak buat photo shoot dengan kawan-kawan di U.Majlis konvo hari Ahad.Hari isnin tu dari jam 10 pagi, ( lepas sesat dari Shah Alam) anak aku pulun buat photo shoot sendiri dengan kengkawan dia.UIA tu luas.Aku nak ikut memnag tak larat tambah dengan badan tak berapa sihat.Jadi aku ambik kesempatan meronda ke semua gerai terutama information booth kendalian students overseas.Hasilnya, banyak perkara yang aku belajar.Antara booth yang aku lawati adalah booth Comoros, Nigeria, Sri Lanka, Indonesia dan lain-lain.Banyak aku nak kongsikan tapi untuk entry kali ini aku kongsikan sikit je dulu kerana masa mencemburui aku ( Cewah... Macam bersastera zaman sekolah dulu pulak) Ok.Aku kongsi gambar-gambar ni dulu.



Ada benda aku nak cerita pasal booth ni.Tunggu..... 


Kat booth ni pun ada yang menarik.Tunggu jugak....

* BERSAMBUNG*