Sambung balik kisah konvo.Selain negara-negara Afrika, aku juga sempat menjenguk ke booth Malaysia.Tapi, bila aku nak masuk tengok apa maklumat yang ada, aku tak boleh nak masuk!Kenapa?Tengok le gambar tu.Selain ada 'pemain congkak profesional', ada pulak 'hantu selubung'!Nasib baik tak gugur jantung den!Tanjak dah cantik atas kepala tapi, jadi 'hantu' lah pulak.Alahai!
Sekadar berkongsi pengalaman... Aku rasa sepatutnya bila ada pelawat yang datang, 'petugas' di booth kenalah beri penerangan serba sedikit.Bukan syok sendiri main and take for granted yang semua pengunjung terutama orang Malaysia tahu apa itu Malaysia.Patutnya masa inilah 'petugas' ambik peluang perkenalkan lagi Malaysia pada orang luar.Orang Malaysia dan Indonesia, mungkin tahu masa bila kita jadi 'hantu bungkus' tu, tapi kalau yang datang orang Cremaria, agak-agak, dia orang tau tak? Silap-silap dia orang ingat itulah pakaian orang Malaysia.Oh ya!Suka aku ingatkan '/ hantu selubung' yang aku maksudkan adalah 'yang di belakang guna kain pelikat tu.Yang depan berpurdah tu, aku sokong.Kesimpulan aku buat, booth Malaysia ni kira buang masa je buat cantik-cantik tapi pengisian kurang.Baik aku baca info di Google lagi best sebab Google sentiasa sudi menjawab soalan aku.
On the contrary, ( sorry le.Biasalah orang Malaysia kan suka cakap campur-campur), aku seronok ke booth Indonesia dan Comoros.Kenapa aku suka ke booth Indonesia?Pertama kerana disambut dengan senyuman.Itu first impression.Kedua, booth tu penuh dengan maklumat.Petugas di booth tu pun penuh dengan maklumat sampaikan aku saja mintak resipi pisang ijo dan semur jengkol pun dia tahu.Macam tulah nama petugas.Siap dengan segala macam contoh pakaian tradisional, peta dan lain-lain.
Peta besar seluas dinding belakang booth lengkap dengan segala macam maklumat.
Nampak tak?Indonesia kan banyak pulau.Selagi boleh diisi dalam peta, pulau tu ada atas peta.Ada juga maklumat tentang susur galur PM kita DS Najib yang berketurunan bugis Indonesia.Bukan main bangga lagi dia orang cerita pasal keturunan DS Najib.Orang Malaysia sendiri, entah-entah tak tau pun pasal tu.
Tengok tu!Siap sediakan patung comel untuk tunjuk pakaian tradisional Indonesia.Yang nampak macam daun tu sebenarnya 'skirt' yang dipakai oleh penduduk di kepulauan Irian Jaya.
Akhir sekali, berpeluang posing dengan petugas yang konon katanya ada kaitan dengan DS Najib.Mahkota atas kepala tu lupa pulak nak tanya pakaian suku apa.Bukan mahkota betul tapi inisiatif budak-budak Indonesia tu nak menunjukkan betapa cantiknya budaya Indonesia.Kesimpulannya: Nampak tak beza antara 'hantu Malaysia dan si bijak Indonesia'? Yang mana satu kita nak generasi kita akan jadi?
* BERSAMBUNG dengan kisah tentang COMOROS*
1 comments:
aah tertancap pic org berbungkus kain pelikat, nampak pelik je..hehe
ooo comoros..first time dgr, beznye mkn angin, cuci mata, menambah pengetahuan
Contest SEO Eridy menangi hadiah wang tunai RM500!
Post a Comment