Thursday, February 27, 2014
Friday, February 21, 2014
Kecoh!Harimau dalam kelas!
Bunyi macam tak logik, kan?Tapi, itulah kenyataannya.Seekor harimau telah terlepas dalam sebuah kelas di sekolah aku.Budak-budak habis kecoh.Cikgu, jangan katalah.Apa taknya?Saiz harimau tu punyalah besar!Ya Allah!Aku sendiri terkejut bukan main!Nasib baik jantung aku kuat!Kalau tak..... Mentang-mentanglah sekarang ni kita orang tak de pengetua, berani harimau tu masuk dalam kelas.Siapa nak tolong tangkap harimau ni?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Harimau ni lah yang masuk dalam kelas bertema di sekolah aku.
Sunday, February 16, 2014
Siapa panggil aku?
Mata dah lelap.Aku baru nak terlena.Tiba-tiba, terdengar bisikan di telinga, suara memanggil aku...Gee....Gee...Kali pertama, aku anggap hanya mainan perasaan.Kali kedua? Mmmm....Siapalah yang memanggilku agaknya ye?Janganlah kacau aku...
Rebecca nak berhijab.
Alhamdulillah kalau sungguh bagai dikata...Rebecca Nur Al Islam nak berhijab sekembalinya dari umrah.Nama pun Al Islam.Memang sesuai sangatlah.Yang menariknya, Rebecca berhasrat menjual semua pakaian seksinya.Pakaian yang berharga kurang RM700 akan diberi percuma tetapi yang berharga lebih dari itu akan dijual dengan potongan harga 70%.(Mahalnya pakaian dia ye?) 28 Februari ni pulak, Lana Nordin nak buat umrah.Mudah-mudahan, Lana Nordin pun mnegikut jejak langkah Rebecca untuk berhijab.Artis-artis lain yang masih belum berhijrah, bolehlah fikir-fikirkan, ye.Bukan apa, mati tu bukan boleh ditangguh-tangguh.Kepada yang dah berhijab, mudah-mudahan, sempurnalah hijab tu tanpa pakaian ketat atau kata-kata yang bertentangan dengan orang berhijab.Peringatan untuk diri aku sendiri juga.
Labels:
artis berhijab,
lana nordin,
rebecca nur al islam
Asyik ketuk pintu, je!
Pantang nampak aku ada di rumah, mesti dia ketuk pintu.Penat ketuk pintu depan, ketuk pulak pintu belakang.Begitulah berulang-ulang sampai aku buka pintu dan benarkan dia naik atas katil.Bila dah ada atas katil bukan tau diam.Asyik menyondol je.Suka sangat gigit kaki aku.Nak buat kerja pun tak senang.Suka sangat cium muka aku.Hissh!Penat aku letak di luar, masih lagi dia ketuk pintu.Adik-beradik yang lain tak pulak.Mmmm.....Manja sungguh!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah dia budak yang rajin sangat ketuk pintu, si Nunez.
Pangkin burung atas pokok.
Aku suka tengok burung.Kebetulan di belakang rumah aku banyak sungguh burung.Macam-macam jenis ada.Suka sangat dengar kicauan burung-burung tu yang macam lagu yang cukup merdu.Kebetulan, ada sepohon pokok mengkudu yang mesti ditebang.Mula tu ingatkan nak tebang terus tapi teringat pulak di situlah burung-burung selalu datang.Jadi, aku mintak ditinggalkan sedikit batang pohon mengkudu tu dan buatkan pangkin supaya boleh aku taburkan makanan untuk burung-burung yang selalu datang.Makin seronok aku tengok dan dengar suara burung.
Gambar Google.
Kalau ada merak lagi best.Kan?
Tak payah conglah!
Malam semalam aku keluar beli barang sekejap.Sambil tunggu siap tu aku duduk dalam kereta.Berdekatan dengan aku adalah beberapa orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang sedang berborak sambil menonton tayangan di skrin besar restoran.Waktu itu perlawanan antara Pahang dan Terengganu sedang dijalankan.Minit ke 70, Terengganu dapat satu gol lagi hasil jaringan ISMAIL FARUQI.
Tiba-tiba aku dengar budak-budak poli tu mula bukak cerita pasal ISMAIL FARUQI Macam-macam cerita aku dengar anak-anak dara tu cakap pasal ISMAIL FARUQI.Tapi yang aku rasa macam nak masuk campur adalah bila salah seorang anak dara poli tu cakap, ISMAIL FARUQI tu asal dari Kelantan dan masih lagi bujang trang-tang-tang.Siap kata lagi yang ISMAIL FARUQI tu bakal bernikah dengan saudara dia hujung tahun 2014 ni.
Aikk!Aku fikir kejap.Ooo....Dah sah-sah anak dara tu kelentong sebab ISMAIL FARUQI tu asal dari Kuala Terengganu dan dah pun menikah.Macam mana pulak kata dia nak menikah hujung tahun ni?Anak dara poli tu pandai buat cerita.Macam mana aku tau?mestilah aku tau sebab si Mail tu anak sedara suami aku.Jadi, tak payah nak conglah ye!
Ini ha gambar kahwin Mail yang aku pinjam dari emak sedara dia Cik Eina Young.
Saturday, February 15, 2014
Tolong cadangkan ye!
4 ekor anak kucing aku yang dilahirkan pada 22 Januari 2014 dah makin besar dan comel.Dah mula pandai bergomol terutama 2 ekor yang jantan.Walau pun 2 ekor yang betina nampak macam kacuk 'awang hitam' tapi aku tetap sayang.Ibu budak-budak tu cantik macam Emma Maembong tapi kenapa entah ada 2 ekor anak dia yang macam 'Whoppi Goldberg'.Tapi, macam aku katakan tadi, aku tetap sayang.Itu yang aku tengah fikir nak beri nama ni.Kalau ada sesiapa yang boleh cadangkan nama, silalah beritahu ye.
Yang ni buat sementara aku panggil Panda sebab muka macam panda.
Jantina : jantan.
Yang ini aku panggil Panji Junior sebab mukanya macam Panji kucing aku yang ada.
Jantina : Jantan.
Yang ni betina. Hitam 99% sebab ada line kuning kat muka.
Jantina : Betina
Yang ni 100% jantan.Eh!jantan pulak.maksud aku 'hitam'.
Jantina : Betina
Tolong cadangkan ye.
Nanti aku beri hadiah.
Pertama ...... Kedua uhhhhh
Sabtu : 15 Februari 2014, jam 5 petang.Alhamdulillah.... Kesan lebam-lebam di badan dah makin berkurang.Rasa sakit pun tak sesakit 2,3 hari yang lepas.Fikiran lebih tenang dan semangat makin membara.Aku ingin menjadi aku yang dulu.Insya Allah, aku akan sediakan smeula label nama untuk buku-buku latihan anak-anak murid aku tersayang.Aku juga ingin menyediakan semula buku khas untuk aku catatkan segala keperluan untuk p & p di kelas.Yang pasti, aku rindu kelas OPS dengan anak-anak murid tingkatan 1 aku.Bulan Mac, aku akan bertemu anak-anak tingkatan 4 dan 5 aku pula.Aku rindu mereka.Langkah seterusnya, aku ingin menyelesaikan segala kerja yang tertangguh. Pertama.... mmmm....Kedua..uhhhhh... Ya Allah!Aku lupa.Aku akan cuba dapatkan bantuan teman-teman sekerja aku.Aku umpama budak baru belajar jadi tolong maafkan aku....
Kenapa ye?
Tak dapat aku bayangkan...... Seorang bayi dibunuh... Lehernya dipancung kemudian mayatnya digantung pada sepohon pokok.Tak cukup dengan itu, darah yang menitis dihirup dengan rakus...Semuanya semata-mata kerana kepercayaan mengarut setengah-setengah manusia.Kejadian dilaporkan berlaku di India.
Kes kedua, seorang paderi menjamu selera di sebuah restoran.Sewaktu ingin membayar harga hidangan lazat yang dihabiskan, paderi tersebut terkejut yang amat sangat kerana harga yang terlampau mahal.Bila disiasat, rupa-rupanya hidangan yang dijamah adalah daging manusia!Paderi tersebut terus membuat laporan dan pengusaha restoran dikenakan tindakan.
Persoalannya: Kenapa manusia yang konon dikatakan maju, bertamadun dan tinggal di dunia yang serba modan, tapi seolah-olah masih hidup di zaman batu?Kenapa ye?
Friday, February 14, 2014
Warkah terbuka buat teman.teman.
Aku frust.Bukan sebab putus cinta, tapi, aku frust sebab rekod aku jadi buruk sejak aku sakit.Kerja banyak tak siap.MC banyak.Nak jumpa orang pun aku tak de mood. Huhuhu!Nasib baiklah fikiran aku masih stabil kerana sedikit ilmu psikiatri yang aku miliki.Tak sia-sia pembacaan aku tentang ilmu psikiatri.Dulu, aku bercita-cita nak jadi pakar psikiatri tapi tak de rezeki.
Oh ya!Di kesempatan ini, aku nak minta maaf pada teman-teman sekerja yang mungkin tak suka cara aku.Aku bukan tak suka berborak kosong,cerita hal keluarga, shopping atau bercuti.Tapi, aku jenis yang memang suka kerja.Mungkin silap aku kerana nampak seperti perfectionist.Apa pun yang aku buat, semuanya untuk kepuasan kerja ku sendiri.Aku tak pernah berniat menyusahkan orang lain supaya turut mengikut secara terpaksa apa juga yang aku mulakan.
Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih atas sokongan teman-teman sekerja dan pihak majikan aku yang faham betapa selama aku 'bukan aku', dan aku sendiri tak mampu mengawal tindakan dan juga fikiranku.Maaf, andai keadaan aku yang demikian membuatkan banyak kerja yang terganggu.Sesungguhnya,tak pernah terlintas di hati untuk aku menyusahkan kalian.
Apa pun, terima kasih Tuhan kerana membuka mataku antara teman intan dan kaca.Benarlah kata orang, teman bergembira sangat mudah dicari tapi teman berduka........ Akhir kata, bantu aku untuk jadi seperti aku yang dulu.
Mimpi aneh.Adakah kebetulan?
Setelah aku menjalani rawatan bersama seorang ustaz, 2 kali aku bermimpi yang agak aneh.Mimpi pertama aku alami di malam rawatan.Seekor harimau belang yang sangat besar dengan rupa yang teramat garang beserta mata yang merah, cuba menerkam ke arahku.Namun, cubaan berkali-kali itu gagal kerana ia terhalang oleh pagar yang sangat kuat.Maka selamatlah aku.Walau pun bunyi mengaumnya masih lagi terngiang-ngiang di telinga.
Malam kedua, aku bermimpi aku berjalan di dalam sebuah hutan yang sangat tebal.Tiba-tiba aku terpandang ke arah sepohon pokok besar.Di atas pohon tersebut, aku lihat sarung ular selepas bersalin kulit dengan saiz yang amat besar dan panjang.Aku cuba mencari kalau-kalau ada ular besar ynag sedang bersembunyi namun jejaknya tidak kelihatan.Tiba-tiba, angin bertiu dengan amat kencang dan sarung atau kulit ular bersalin kulit yang ku lihat musnah ditiup angin.Aku anggap mimpi hanya mainan tidur.Mudah-mudahan aku terhindar dari kejahatan manusia, jin atau syaitan.Amiin...
ps:Bagi yang bertanya, hari Ahad, 16 Februari ini baru aku dapat ke sekolah.......
Contoh sarung ular bersalin kulit pinjam dari Google.
Syukur, alhamdulillah...
Kepada anak-anak murid dan teman-teman yang bertanya, alhamdulillah, aku dah makin sihat.Walau pun kesan lebam masih banyak di badan, tetapi aku dah boleh tidur waktu malam.Dan yang paling penting, aku dapat 'menikmati suria' di siang hari selepas berapa lama entah aku asyik jadi nocturnal mengalahkan arwah Didi hamster aku yang tersayang.
Aku tak salahkan takdir atas ujianNya.Aku pasrah.Sekurang-kurangnya aku adalah antara yang terpilih untuk merasa sedikit 'neraka dunia'.Doakan aku untuk jadi lebih tabah dan menjadi seseorang yang lebih baik dunia akhirat.Tentang siapa atau bagaimana aku boleh jatuh sakit, aku tak nak fikir.Aku maafkan dunia akhirat. Ok.Aku nak rehat jap.Sapu ubat untuk hilangkan lebam-lebam yang tinggal.
Wednesday, February 12, 2014
Tuesday, February 11, 2014
Aku nak delete nyamuk tu!
Ada orang tak pernah bersyukur.Beri betis minta peha.Beri ayam minta nasi.Beri air minta pepsi.Beri itu minta ini.Beri Br1m minta teksi dan macam-macam lagi.Asyik tanya apa orang beri pada dia tapi tak pernah nak tanya apa dia beri pada orang.Geram betul!Menyampah betul!Kalaulah boleh aku delete, aku delete terus masuk dalam recycle bin.Tak payah restore sampai bila-bila.Cis!Bilalah kau nak pergi 'nyamuk'!
Nyamuk ni aku tak delete.Aku sembur Baygon je.
Blogging dengan Nunez.Tidur pun dengan Nunez.
hbeghmise9'pmmisudy7ssdafghkiakll;annnnnnnnnnnnnn;UO9OOP;;;;;;jdddddddd================iw77777777774444444444444444nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnneeejjjjjjjjjjjjjjjjjn aiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbwrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwccccccccccccccccchhhhhhhhhhhrnnnnn
Maknanya:
Mak!Nunez lapar!Nunez nak makan.Tadi dapat makan sikit je sebab panik ayah langgar Oyen.Nasib baik Oyen tak mati.Kenapa mak gi rumah nyai lama sangat?Kalau Oyen mati, tinggallah Nunez berdua dengan adik Cici.Lain kali mak gi umah yai bawak Nunez tau!Malam ni mak tidur dengan Nunez boleh?
Nunez mengantuklah mak.Nunez tidur dulu.Nanti mak kejut tau!
Ikan belokot?
First time dengar nama ikan belokot.Pelik sangat bunyinya.Ingatkan ikan spesis baru yang tak pernah aku jumpa.Rupa-rupanya ikan belokot juga disebut ikan tekok.Orang kampung macam aku mesti tau apa itu ikan tekok.Ikan ni pun salah satu kenangan aku dari zaman silam.Zaman menjala dan berkarang.Zaman aku bermain selut lumpur di kampung sebelah.
Cara nak sediakan ikan ni senang je.Guntingkan bahagian tepi ikan tu. Kemudian siatkan kulitnya.Maka jadilah ikan tu putih melepak tinggal 2 biji mata yang terjojol tu.Langkah seterusnya belahlah perut ikan tu dan buangkan isi perutnya.Jangan lupa buang insang dan kalau nak, guntingkan sikit bibirnya.Kalau tak nak pun tak pe.Cuci bersih-bersih.
Ikan ni sedap sangat kalau digoreng kunyit atau dibuat sup.Masak stim dan singgang pun sedap tapi tak boleh masak lama-lama sangat.Kalau terlampau masak, hilanglah pulak rasa manisnya.Ikan dalam gambar di bawah tu, ditangkap semasa aku adik beradik pergi berkarang semasa cuti tahun baru cina hari tu.Dapatlah kenalkan pada anak-anak.Takut-takut nanti ikan belacak disangka ikan belokot.Ikan belacak atau ikan tembakul rasanya 2 alam.Tak pastilah halal ke tak.Ikan belokot hidup di laut.Cuma terperangkap di air selut semasa air surut.
Rupa macam alien tapi rasa ummph heaven!
Rupa ikan belacak atau ikan tembakul Cik Google punya.
Labels:
ikan belokot,
ikan pelik,
ikan tekok,
ikan tembakul.,
pelik tapi sedap
Terapi minda dengan bunga
Dulu-dulu, zaman aku tingkatan 4 atau 5, aku suka tanam bunga.Terutama bunga mawar.Hinggakan dalam bilik pun aku tanam sepasu mawar merah.Tapi, hobi menanam bunga ni dah lama aku tinggalkan.Tiba-tiba, bila 2014 menjelma, teringin pulak aku menanam bunga semula.
Mula-mula tu, aku beli benih bunga.Ada lavender, petunia, daisy dan macam-macam lagi.Kemudian, terfikirlah pulak nak beli tanah hitam.Maka aku pun berkunjung ke nursery.Mak aih!!!Banyaknya bunga!Cantik-cantik belaka!Sampai lupa tujuan asal aku nak beli tanah hitam.Aku tengok harganya pun murah.Cuma RM10 sepasu sama ada besar atau kecil dengan bunga yang rimbun.Jadi, aku pun belilah beberapa pasu.
Balik ke rumah, aku terus letak tepi rumah.Tada!!!Terus jadi taman bunga.Hari-hari aku dok tenung bunga-bunga yang cantik tu.Kira terapi minda bagi aku.Tapi, bertuah betul anak aku si Panji.Dipancutnya salah satu bunga aku.Tak sampai sehari habis layu.Nasib baik tak mati terus.Punyalah power air kencing dia.OKlah.Aku share gambar je lah.
Inilah si bertuah anak aku, Si Panji tukang pancut.
Perkenalkan.... Dari kiri, lavender, kekwa, daisy,ros jepun dan balung ayam.Bunga mawar malu nak masuk gambar.
Yang kuning tu kekwa dan yang lain-lain tu petunia.Sarang burung tempua tu aku bawa dari Kuala Terengganu.Nampak tak, bukan main botingkek-tingkek.
Pengalaman aneh dan menakutkan.
Pengalaman tak dijangka berlaku malam tadi.Aku tak cari.Aku tak minta.Tapi, aku ikutkan saja nasihat ayah dan kakak yang beria-ia ingin membantu.Sebab utama kerana badan aku makin tak sihat.Perasaan pun tak menentu.Daripada aku jadi lebih teruk, lebih baik aku turutkan saja nasihat ayah dan kakak untuk cuba berubat dengan seorang ustaz.Aku pasrah sajalah.Dengan harapan semoga aku sembuh.
Sebelum tu, elok kalau aku ceritakan serba sedikit pengalaman aneh aku.Sejak 26 Disember 2012, aku mula rasa tak sihat.Biasanya aku rasa sakit perut yang terlampau hinggakan aku tak mampu berjalan.Sakit akan mula aku rasa mulai pukul 7 malam hinggalah ke subuh.Perut akan jadi buncit dan keras seperti batu.Bila dah tak tahan, aku ke doktor.Doktor kata, ada luka dalam usus.Aku kena makan ubat dan berpantang.Kalau tak pantang pun, memang aku tak de selera nak makan apa-apa.Yang boleh cuma bubur nasi dan air barli yang aku masak sendiri.
Sepanjang 2013, keadaan masih sama dan aku lebih kerap berulang-alik ke hospital.Penyakit tu memang mengganggu tugas aku di sekolah.Aku mula kerap mc.Punca utama kerana aku akan tertidur dan tidur dan tidur tanpa aku sedar.Puas dikejut, digerak dan macam-macam lagi usaha, aku tetap tidur.Aku jadi seperti mayat.Sepanjang 2013, itulah yang aku alami.Ubat tetap aku ambil jadi aku anggapkan itu adalah kerana ubat.Memang menurut doktor, ubat tersebut boleh menyebabkan aku mengantuk.
Sepanjang cuti akhir tahun 2013, aku rasa sihat.Aku sempat ke Legoland dengan adik-beradik dan anak-anak buah.Sesekali je aku alami sakit perut disertakan dengan darah bila aku tersalah makan.Tapi selera makan dah bertambah baik.Berat badan pun bertambah.Aku mulakan semula hobi menanam pokok bunga dan lain-lain hobi yang tertinggal sepanjang aku sakit.Oleh kerana aku makin sihat, tarikh temu janji dengan doktor ditentukan pada bulan Mac, bukan bulan Januari seperti yang sepatutnya.
Januari 2014, sekolah dibuka semula.Segala simptom yang aku alami berulang semula.Aku makin hilang selera makan dan mood bekerja.Tapi anehnya, badan makin naik dan perut makin buncit.Aku makan ubat seperti biasa tapi aku kerap tak boleh tidur langsung.Kalau aku boleh tidur, aku akan tidur mati seolah-olah aku betul-betul mati.Secara tak langsung, ia mengganggu tugas aku jadi aku minta izin untuk mengajar di sebelah petang.
Seminggu pertama di sesi petang aku ok tapi masuk minggu kedua aku jadi makin teruk.Sakit perut berulang semula walau pun ubat tetap aku makan.Ahad yang lalu, sepatutnya aku dimasukkan ke wad kecemasan tapi entah kenapa aku keberatan dan aku balik.Sesuatu yang di luar kebiasaan aku.Di rumah, aku terus tidur dan tidur dan tidur.Tekanan darah sekejap terlampau tinggi, sekejap terlampau rendah.Sakit kepala seolah-olah ada seribu jarum yang mencucuk.Sakit perut, sakit dada dan 1001 sakit lagi yang susah aku ceritakan.Hampir tiap malam aku bermimpi yang pelik dan menakutkan.
Fikiran tambah buntu kerana kerja sekolahku terganggu.Aku risau terkena serangan jantung kerana semasa check up tahun lepas, doktor beritahu degupan jantung aku tak normal.Bila fikiran terganggu, aku rasa malas nak jumpa sesiapa.Aku segan dengan kawan-kawan sekerja kerana banyak tugasku yang tak beres.Kata kakak, aku dah macam orang tak betul dah.Mungkin betul kata kakak aku kerana aku selalu tak dapat mengawal fikiran dan tindakanku sendiri.Suatu pengalaman yang cukup menakutkan.Syukur aku panjang umur.
Isnin, 11 Februari 2014, kakak dan ayah secara tak sengaja bertemu seseorang yang memberitahu aku 'terkena'.Aku skeptikal.Biasalah, orang Melayu, sikit-sikit terkena.Sikit-sikit sihir.Sikit kena buat orang.Tapi, oleh kerana ayah yang minta, aku ikutkan saja.Sesi seakan-akan ruqyah yang biasa ditunjukkan di TV.Aku dalam keadaan berbaring.Ustaz yang mengubat aku di Perak tetapi pembantunya ada bersama aku.Aku diminta bercakap dengan ustaz tersebut di telefon.
8 orang di keliling aku bersedia untuk membantu kerana kononnya aku akan meronta-ronta.Entahlah.Aku masih tak percaya.Biar betul.Merepek je.Semasa aku mula mendengar bacaan ustaz di telefon, aku biasa je.Tak de apa-apa pun aku rasa.Tapi semakin lama, aku rasa semakin panas dan panas hingga akhirnya aku tak sedar langsung!Semasa aku tak sedar, 8 orang di sekeliling aku memegang kaki, tangan, bahu dan kepala.
Semasa aku tak sedar itulah berlaku dialog antara 'seseorang yang mengaku jin' dan pembantu ustaz.Konon 'jin' di badan aku tu ( aku yang bercakap tetapi suara berlainan) mengaku ia dihantar oleh seseorang yang dengki dengan aku.Ada nama yang disebut tapi aku tak mau percaya bulat-bulat.Setelah setengah jam, dengan susah-payah,konon'jin' tersebut dapat ditangkap dan disumbat ke dalam botol.Kemudian, aku sedar dan perut aku sakit yang amat sangat.
10 minit kemudian, aku diminta berbaring sekali lagi kerana konon katanya ada lagi 'seekor jin' yang menghuni tubuh aku.Prosedur yang sama dijalankan tetapi sebaik-baik saja aku berbaring, aku dah tak sedar.Kali ini 'aku' meronta lebih kuat.Tenaga lelaki dewasa yang memegangku pun mampu 'aku' kalahkan.Mujur 'aku' tak berlari keluar.Sesi dialog antara 'aku' dan pembantu ustaz berulang lagi.Kali ini, ia tak mahu keluar dan terpaksa dibunuh.Dialog tetap sama iaitu seseorang telah menghantarnya untuk menganiayai aku.Alasannya?Kerana aku terlalu rajin bekerja dan baik dengan pengetua.Alasan yang tak logik dek akal tapi itulah yang dimaklumkan oleh pembantu setelah aku sedar.Patutlah aku rasa lemah dan sakit bila ke sekolah.Wallahualam.
Bila sedar, aku rasakan seluruh tubuh terutama di bahagian kananku sakit yang amat sangat.Mungkin kerana pegangan kuat 8 pembantu semasa sesi berlangsung.Tapi, dengan kuasa Allah, aku rasa lebih ringan dan perutku yang mulanya sakit, langsung hilang rasa sakitnya.Anak buahku sempat membuat rakaman tetapi ia seolah-olah terpadam.Jin yang kononnya disumbat dalam botol, dapat aku lihat berbentuk seolah-olah kepulan asap atau segumpal kekabu dengan 2 biji mata hitam.Tetapi anehnya, kenapa orang lain tak nampak?
Sebenarnya aku masih lagi skeptikal.Aku bukan tak percaya, tapi, entahlah...Mungkin ada penjelasan lain dari segi saintifik.Jika waktu 'dialog' itu aku sedar, mungkin aku lebih faham apa sebenarnya yang berlaku.Cuma yang pasti, pengalaman ini benar-benar aneh dan cukup menakutkan bagi aku dan mereka yang ada pada waktu itu.Andai ada bijak pandai, ustaz atau sesiapa saja yang ingin berkongsi pandangan, sudilah berkongsi dengan ku.Apa yang pasti, aku sendiri tak dapat menjelaskan apa yang berlaku dari segi logik akal.Oh ya.Semasa kedua-dua sesi, 'jin' yang berdialog ada memberitahu yang tujuan keduanya dihantar ialah supaya aku mati.
8 orang di keliling aku bersedia untuk membantu kerana kononnya aku akan meronta-ronta.Entahlah.Aku masih tak percaya.Biar betul.Merepek je.Semasa aku mula mendengar bacaan ustaz di telefon, aku biasa je.Tak de apa-apa pun aku rasa.Tapi semakin lama, aku rasa semakin panas dan panas hingga akhirnya aku tak sedar langsung!Semasa aku tak sedar, 8 orang di sekeliling aku memegang kaki, tangan, bahu dan kepala.
Semasa aku tak sedar itulah berlaku dialog antara 'seseorang yang mengaku jin' dan pembantu ustaz.Konon 'jin' di badan aku tu ( aku yang bercakap tetapi suara berlainan) mengaku ia dihantar oleh seseorang yang dengki dengan aku.Ada nama yang disebut tapi aku tak mau percaya bulat-bulat.Setelah setengah jam, dengan susah-payah,konon'jin' tersebut dapat ditangkap dan disumbat ke dalam botol.Kemudian, aku sedar dan perut aku sakit yang amat sangat.
10 minit kemudian, aku diminta berbaring sekali lagi kerana konon katanya ada lagi 'seekor jin' yang menghuni tubuh aku.Prosedur yang sama dijalankan tetapi sebaik-baik saja aku berbaring, aku dah tak sedar.Kali ini 'aku' meronta lebih kuat.Tenaga lelaki dewasa yang memegangku pun mampu 'aku' kalahkan.Mujur 'aku' tak berlari keluar.Sesi dialog antara 'aku' dan pembantu ustaz berulang lagi.Kali ini, ia tak mahu keluar dan terpaksa dibunuh.Dialog tetap sama iaitu seseorang telah menghantarnya untuk menganiayai aku.Alasannya?Kerana aku terlalu rajin bekerja dan baik dengan pengetua.Alasan yang tak logik dek akal tapi itulah yang dimaklumkan oleh pembantu setelah aku sedar.Patutlah aku rasa lemah dan sakit bila ke sekolah.Wallahualam.
Bila sedar, aku rasakan seluruh tubuh terutama di bahagian kananku sakit yang amat sangat.Mungkin kerana pegangan kuat 8 pembantu semasa sesi berlangsung.Tapi, dengan kuasa Allah, aku rasa lebih ringan dan perutku yang mulanya sakit, langsung hilang rasa sakitnya.Anak buahku sempat membuat rakaman tetapi ia seolah-olah terpadam.Jin yang kononnya disumbat dalam botol, dapat aku lihat berbentuk seolah-olah kepulan asap atau segumpal kekabu dengan 2 biji mata hitam.Tetapi anehnya, kenapa orang lain tak nampak?
Sebenarnya aku masih lagi skeptikal.Aku bukan tak percaya, tapi, entahlah...Mungkin ada penjelasan lain dari segi saintifik.Jika waktu 'dialog' itu aku sedar, mungkin aku lebih faham apa sebenarnya yang berlaku.Cuma yang pasti, pengalaman ini benar-benar aneh dan cukup menakutkan bagi aku dan mereka yang ada pada waktu itu.Andai ada bijak pandai, ustaz atau sesiapa saja yang ingin berkongsi pandangan, sudilah berkongsi dengan ku.Apa yang pasti, aku sendiri tak dapat menjelaskan apa yang berlaku dari segi logik akal.Oh ya.Semasa kedua-dua sesi, 'jin' yang berdialog ada memberitahu yang tujuan keduanya dihantar ialah supaya aku mati.
Monday, February 10, 2014
Tanah Kubur dan Neelofa.
Aku selalu menonton Tanah Kubur sebelum tidur.Tak kiralah musim ke berapa kerana dulu aku tak suka menonton Tanah Kubur.Tapi kenapa entah sekarang ni Tanah Kubur lebih penting bagi aku daripada siri telenovela dari Filipina yang pernah jadi kegilaanku.Kadang-kadang dalam satu malam, marathon 5 siri.Dengan PVR tak jadi masalah kerana aku boleh skip iklan atau babak yang membosankan.Jadi takdelah ambil masa lama sangat.Rupa-rupanya, ada juga manfaat sisi Tanah Kubur ni.Patutlah anak kawan aku yang bukan Islam pun suka menonton Tanah Kubur.Cuma satu je aku nak komplen.Kalau boleh, watak yang 'asalnya' jahat tu janganlah beri pakai seksi.Ada satu siri tu aku tengok 'watak jahat' tu amboi, punyalah seksi.
Neelofa patutnya kena menonton Tanah Kubur.
Subscribe to:
Posts (Atom)