Friday, April 4, 2014

RELA dan nyamuk

   Cerita malam ni tentang nyamuk.Sebenarnya aku dah lama menyampah dengan nyamuk.Apatah lagi nyamuk aedes.Kalau nampak nyamuk melintas, aku rasa macam helikopter yang lalu.Nak je aku tembak.Tapi nyamuk makhluk Allah juga kan?Cerita pasal nyamuk, aku teringat ada seorang classmate aku dari zaman tadika sampai sekolah menengah.Bukan setakat classmate tapi juga pangkat sepupu emak aku.

   Tabiat budak seorang ni, pantang jumpa nyamuk.Alamat satu-satu kaki nyamuk tu dicabutnya sampailah cuma tinggal kepala dan badan.Lepas tu dengan kepala-kepala sekali kena cabut.Tapi sekarang, tak sangka pulak dia jadi motivator.Aku juga yang cuma jadi orang biasa je.Manalah ada orang pandang.

   Cerita lagi tentang nyamuk, zaman aku tinggal di kampung dulu, masuk maghrib je punyalah banyak nyamuk.Sampaikan boleh dengar dengungnya terbang atas kepala.Tapi kata ayah nyamuk jenis tu tak bahaya.Bukan macam nyamuk aedes.Kecik tapi boleh membunuh.Nyamuk zaman aku kecik-kecik dulu, namanya nyamuk gajah sebab besar bukan main.Bila masuk maghrib je emak selalu sembur racun serangga.Tak lama kemudian, aku dan adik beradik aku jadi tukang kutip nyamuk letak dalam penutup tin minyak tanah.Fuh!!!Seronok pulak tengok nyamuk tak de nyawa.Budak-budaklah katakan.

   Bila dah tak berapa nak budak ni, boleh dikatakan aku cukup jaga bab nyamuk.Semua bekas bertakung aku bersihkan.Jangankan segenggam, seekor pun aku tak nak.Tapi nak dijadikan cerita, semasa pihak Jabatan Kesihatan datang bulan lepas,aku nyaris kena saman.Rupa-rupanya aku jadi penternak nyamuk aedes demam denggi berdarah tanpa aku sedar.Gara-gara air bertakung lebih kurang 1, 2 inci dalam baldi mop lantai di bilik air kedua aku.Patutlah nyamuk tetap banyak walau pun hari-hari aku ajak perang.

   Sekarang ni aku dah insaf dah.Jiran sebelah kanan dan kiri aku pun dah lebih berjaga-jaga.Tapi yang tak seronoknya, aku tengok, jiran sebelah belakang aku ada simpan satu tong biru punyalah penuh dengan air hujan.Harap-harap tak penuh dengan jentik-jentiklah hendaknya.Kalau tidak, penat je kami, aku dan jiran-jiran aku curah semua air bertakung.Nak tegur, tak berani sebab jiran aku tu RELA.Garang pulak tu!Ada cadangan?



   Kesian anak-anak aku kena gigit nyamuk.Kalau kena denggi, siapa nak jawab? Oh ya!Perkenalkan anak-anak aku.Dari kiri, Cici ( baby tua masih nak menyusu), Kasmir, jackie, Mika dan Eli.Si ibu namanya Ibu Kuning.


1 comments:

Unknown said...

mula2 sembang2 dulu..pastu cakap pasal air takung tu..tanya2 la..kalau dia mengamuk.simbah dengan air. haha :D

Post a Comment