Tuesday, November 19, 2019

Di sebalik kejayaan The Haunted House ku.......

   Tahun 2019 telah meninggalkan seribu kenangan buat aku sebagai seorang guru.Selain merana 4,5 bulan kerana mengajar 8 kelas (patutnya maksimum 5 kelas je),banyak juga kenangan manis yang tersimpan.Antaranya adalah, pengalaman menguruskan The Haunted House @ Rumah Hantu semasa Karnival Keusahawanan bulan Julai lalu. Dari awal aku dah plan, by hook or by crook, tahun ni aku nak juga buat Rumah Hantu.Tak kira.Dah Masuk 15 tahun aku di sini, tak pernah sekali pun ada Rumah Hantu.Asyik-asyik jualan makanan.Jadi aku nakkan kelainan.

   Awalnya, kos jadi masalah kerana nak buat hantu tu, perlukan duit.Jadi, aku sajalah tanya pendapat anak-anak murid aku cara nak jimat kos.Kelas pertama aku tanya adalah 2 Gemilang.Cadangan mereka adalah, kami buat sendiri hantu-hantu tu menggunakan bahan terbuang.Maka satu kelas tu bekerjasama membuat pocong dari suratkhabar.Mulanya kami balut dengan mahjong paper.Yes!Jadi!Dalam masa sejam tu, siaplah 10 ekor pocong saiz mahjong paper.Bersemangat sungguh budak-budak tu!


Inilah antara hasilnya.

   Kemudian, untuk promosi, aku adakan pertandingan melukis poster Rumah Hantu di kelas 2 Dinamik. Fuyoooo!!!Hasilnya sangat memuaskan.Tak sangka berbakat sungguh anak-anak murid aku.Tengok poster pun dah seram. Cadangan anak-anak murid aku untuk buat salinan poster-poster tu dan tampal di setiap kelas dan laluan yang strategik sebagai promosi.Kami juga bincangkan tentang harga tiket.Cadangan awal RM5.Kemudian tukar ke RM4. Tuan pengetua mintak lagi murah iaitu RM2.Oklah.Final desicion, RM2 untuk warga sekolah dan RM4 untuk orang luar.Karnival ni peringkat negeri dan melibatkan banyak daerah serta kunjungan guru dan murid luar.Kami makin teruja!Yeah!! Awalnya aku buat untuk 300 tiket dengan nilai RM600.


Team kaunter tiket.Terbaiklah anak-anak murid aku.
Jaga kaunter pun jadi hantu juga.
Ikut tema.

   Sebenarnya English Language Society sesi pagi dan petang yang uruskan The Haunted House ni.Tapi kami libatkan mana-mana murid bukan ahli yang berminat.Maka berpuluh-puluh lah yang terlibat.Seronok! Langkah seterusnya adalah perbincangan antara guru.Kami setuju untuk mewujudkan section Annebelle, tanah kubur, pocong, tengkorak, pontianak  dan lain-lain lagi.Selain dummy, kami juga perlukan murid menjadi hantu.Jadi wujudlah hantu-hantu mengikut section masing-masing.Macam-macam ada.Solekan pun hasil kerja murid sendiri.

   Untuk menjadikan Rumah Hantu tu satu realiti, kami perlu mewujudkan labah-labah gergasi, eyeballs with blood, orang-orang, tengkorak, kubur, pontianak, keranda, mumia, kelawar dan macam-macam lagi.Entah berapa kelas yang bergotong-royong menyiapkan semua props yang perlu dan yang seronoknya kos sangat minimum.Kami cuma gunakan bahan terbuang seperti kotak, surat khabar dan lain-lain.Kos cuma untuk lampu-lampu kecil, bateri, cat dan masking tape.Sehari sebelum karnival pun kami masih lagi bertungkus lumus menyiapkan semua yang perlu.Bila siap, kami susun semua props dan hantu dan kami  masukkan lighting dan sound effect.Dengan cahaya yang sangat minimum, Astana Bahasa @ kelas bahasa kami bertukar menjadi The Haunted House!!! Betul-betul menyeramkan!Tu belum ada hantu-hantu yang berkeliaran!



   Hari yang dinanti-nantikan pun tiba.Pagi-pagi lagi anak-anak murid aku dah bekumpul untuk mekap dan pakai kostume.Kami, guru-guru, langsung tak campur tangan.Semua inisiatif anak-anak murid kami.Mekap pun mereka bawa sendiri.Aku betul-betul terharu dengan komitmen mereka.Pada masa yang sama, guru-guru perlu berada di dewan untuk majlis perasmian rasmi peringkat negeri.Masing-masing memakai kostume yang telah ditetapkan dan bersedia di section ditentukan seperti di tanah pekuburan, dolls corner dan menyorok dalam almari.Selain di section, ada juga yang ditugaskan untuk roaming around dalam Rumah Hantu.Kami juga sediakan bodyguard  di pintu masuk dan pintu keluar untuk mengelakkan kejadian tak diingini.Ada juga yang bertugas merayau seluruh kawasan sekolah menjadi promoter dengan lengkap bermekap in character sebagai hantu.



Mumia dalam keranda.Ni coffin untuk literature class 2 tahun lepas.

   Selesai majlis perasmian di dewan, menderu-deru pengunjung ke Rumah Hantu.Kami ada sediakan photo wall untuk pengunjung bergambar tetapi kerana ramainya pengunjung, photo wall pun dah tak rupa photo wall.Tinggal banner Rumah Hnatu je yang nampak kerana kami gantung tinggi.Tak sampai sejam, tiket semua sold out.Anggaran nilai tiket adalah RM600.Jadi terpaksalah aku buat tiket baru hingga nilai dalam RM1500.Sold out juga dan aku tambah hingga RM2000.Tak sangka!Macam pisang goreng panas!Beratur punyalah ramai sampai hujung.Menunggu hingga 2 jam untuk masuk kerana sekali masuk kami benarkan cuma maksimum 5 orang untu mengelakkan kecederaan. Dalam ramai-ramai yang beratur tu, aku nampak seorang budak kenit umur dalam 3,4 tahun.Ala... Kesiannya beratur panjang.Siap beli tiket pulak tu.Aku pulangkan duit tiket dan pimpin budak tu masuk Rumah Hantu.Kira express lane la.Buka je pintu Rumah Hantu tu, si kenit tu kejung tak nak bergerak!Terpaksalah aku dukung sampailah pintu keluar.Hahaha!Harap-harap tak sampai jadi mimpi ngeri.



Si Grim Reaper dan pengunjung.Di belakang tu la photo wall kami 
sebelum musnah dilanda tsunami pengunjung

   Oleh kerana terlalu ramai yang beratur, kami terpaksa tutup kaunter tiket 2 jam awal.Yang dah beli tiket, bergilir-gilir masuk hinggalah pengunjung terakhir.Walau bagaimana pun, ada lagi yang merayu-rayu untuk masuk.Kami redha je la.Bayar RM2 dan masuk tanpa tiket.Selain warga sekolah, ramai juga orang luar yang masuk dengan bayaran RM4.Team tiket, terus mengira jumlah kutipan.Wow!!! Kami berjaya kutip RM1219!Jumlah yang langsung kami tak jangka.Modal tak sampai RM200.Kami juga dipilih sebagai juara untuk kutipan tertinggi.Hilang semua rasa leih lesu berhari-hari menyiapkan prop dan lain-lain.Terima kasih kepada team English Language Society, guru-guru English dan semua yang terlibat.Akhirnya suatu yang mustahil telah menjadi kenyataan.


Cara buat tengkorak yang mudah dan jimat


   Tada!!!!!Hari ni aku tunjukkan cara buat tengkorak pulak ye. Tengkorak ni team rumah hantu aku buat sempena Karnival 3K bulan Julai lalu.Adalah dalam 30 biji tengkorak yang kami buat.Kos? Ilek!Macam mana caranya? meh aku ajar.Pertama sekali, kita mestilah sediakan bahan-bahan yang diperlukan:
1.   Suratkhabar lama
2.   Cat putih ( Aku tak beli tau.Guna cat lebih-lebih yang ada)
3.   Selotap atau masking tape
4.   Tali
5.   Cat hitam 

Cara-caranya:
1.Buat bola suratkhabar beberapa lapis hingga besar saiz tengkorak yang kita nak.
2.Bentukkan seperti bentuk tengkorak.
3.Balut dengan selotap atau masking tape.Tekankan sedikit bahagian yang berlekuk supaya jadi bentuk tengkorak tu.
4.Cat dengan cat putih dan biar hingga betul-betul kering.
5.Bila dah kering, lukis atau catkan bentuk mata, mulut dan gigi.Kalau suka, boleh contengkan sedikit dengan cat merah seperti darah.
6.Biarkan kering.
7.Bila dah kering, lekatkan tali untuk gantung atau ikut suka nak letak macam mana.
   Dah pun siap.....SELAMAT MENCUBA!

Sunday, November 10, 2019

Gegar Gegar Gegar Vaganza!

      Jangan lupa malam ini saksikan Gegar Vaganza musim ke 6 ye.GV akan bersiaran langsung pada jam 9 di Astro Ria. Untuk kesekian kalinya, aku layan juga la GV ni.Berbaloi la buat hilang stress sehari di tempat kerja.Antara peserta yang masih terus berjuang untuk bergelar juara adalah Jatt Ali, One Nation Emcees, Feeza, Nurfatimah, Noorshila Amin, Wann, Roy,Naqiu dan Hardy Mirza.Yang tak de Astro tu, try la google cari live streaming.Ada kot.Yang kata buang masa je tu, gi duduk jauh-jauh ye. 

Hasil gambar untuk Gegar vaganza

Ok.Jgn lupa tu!

Cara buat kubur

   Selain pocong, sekarang kita belajar pulak cara buat kubur.Jangan salah faham.Benda ni semua penting untuk pdpc@ pengajaran dan pembelajaran@mengajar di sekolah.Barulah murid tak boring.Asyik-asyik baca buku teks.Nak guna gajet, phone tak boleh bawak.(Sia-sia VR Goggle@Virtual Reality Goggle kat sekolah)Nak kelas alaf 21, tapi kemudahan ala-ala tahun 21! Opss!Membebel pulak!

   Ok.Back to the point.Buat kubur.Pertama sekali tentulah perlu sediakan bahan-bahan yang diperlukan.Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1.Kotak (untuk satu kubur, gunakan dua atau tiga kotak)
2.Polisterin
3.Gam
4.Cutter atau pisau
5.Cat kelabu, coklat dan putih

Cara-caranya:
1.Lukis bentuk batu nisan pada polisterin.Satu kubur perlu 2 batu nisan.Macam mana bentuk batu nisan tu, silalah google ye.Jangan gi kubur pulak.
2.Lepas lukis tu, potong ikut bentuk batu nisan tadi.
3.Bila dah siap,boleh la dicat ikut warna yang sesuai.Jangan warna pelangi pulak.Tak de batu nisan warna pelangi.Lepas cat, letak tepi jauh sikit.Biar cat tu kering.
4.Sementara itu, kita buat kuburnya pulak.Lekatkan 3 kotak memanjang menggunakan gam.Guna double-sided tape pun boleh.
5.Tekan perlahan di 4 penjuru kubur@kotak dan bentukkan macam kubur.Kalau tak nampak le bentuk kotak.
6.Kemudian cat dengan warna coklat ala-ala tanah gitu dan biarkan kering.
7.Bila dah kering, lekatkan batu nisan yang dah dicat tadi elok-elok.
8.Dah pun siap. Jangan guna untuk posing pulak ye.Selamat mencuba!





Cara buat momok ni, nanti aku ajar ye.

Thursday, November 7, 2019

Cara buat pocong

   

   Tada!!!!Jangan terkejut ye.Bukan sambut Halloween ke apa.Cuma ambil peluang untuk membantu mereka yang nak buat hantu.Tahun ni, aku buat macam-macam hantu.Untuk entry kali ni, aku kongsikan macam mana cara untuk membuat hantu pocong.AMARAN.INI BUKAN UNTUK ILMU HITAM KE NAK SIHIR ORANG KE.Perkongsian ini untuk guru-guru (terutamanya) yang kadang-kadang terpaksa buat hantu.   Pertama sekali, pastikan anda seorang yang kuat semangat.Kalau tak nanti, hantu ke mana, awak ke mana.Kedua sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu:

1.Kertas suratkhabar.Banyak-banyak tau!
2.Telekung lama @ kain putih tak pakai.Tak payah beli.Membazir.Tapi jangan rembat mak punya pulak.
3.Selotape @ cellophanetape (Sama tak?)
4.Kain putih untuk dijasikan tali
5.Kayu ikut ukuran badan 

Cara-caranya:
1.Bentangkan kain putih atau telekung buruk tu.
2.Bentangkan suratkhabar banyak-banyak ikut saiz pocong yang dikehendaki.
3.Letakkan kayu di tengah-tengah, atas suratkhabar yang dibentang tadi.
4.Bentukkan badan pocong dengan membalut kayu tadi dengan suratkhabar.Perlu banyak surat khabar supaya dapat bentuk yang dikehendaki.
5.Bentukkan bahagian leher, pinggang dan kaki dengan membalut bahagian tersebut ketat-ketat menggunakan selotape.
6.Bila dah elok bentuknya, balut suratkhabar yang dah dibentuk tu dengan kain putih atau telekung buruk tadi.
7.Ikat bahagian atas kepala, leher, pinggang dan kaki dengan kain putih.
8.Akhir sekali, ikut suka la sama ada nak letak dalam keranda, kubur ke macam mana. Selamat mencuba.  



Pocong yang dah siap.Awas!Jangan sampai ikut balik rumah pulak!

Tuesday, November 5, 2019

Resipi mudah kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

   Yeah!Hari ni aku nak kongsikan resipi kek Gula Hangus @ kek Sarang Semut resipi turun temurun.Sebenarnya ada banyak cara untuk buat kek ni.Jadi terpulang la cara masing-masing.Bagi aku, aku cukup suka dengan resipi ni.Sesedap rasa je dan yang penting banyak rongga aka rupa sarang lebah @ sarang semutnya.Ok kita mulakan kelas memasak kita hari ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

1. 2 cawan gula pasir
2. 2 cawan air panas
3. 2 cawan tepung gandum
4. 2 sudu teh potas
5. 2 sudu teh baking powder
6. 1 cawan minyak masak
7. 1 cawan susu pekat manis (Kurangkan kalau tak suka manis)
8. 5 biji telur gred A
9. 1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:
1.  Masak gula dengan api perlahan hingga perang kehitaman. Perlu jaga betul-betul supaya tak hangus rentung tapi hangus manja-manja je dengan bau yang lazat.
2. Bila gula hangus tu dah meruap, masukkan air panas.
AMARAN:HATI-HATI KERANA MASA NI AGAK BAHAYA SEDIKIT.
3.Biarkan air gula hangus tu sejuk sesejuk-sejuknya sesejuk air mata ibu.Eh!Suhu bilik tau!Jangan masukkan dalam peti sejuk pulak!
4.Ayak tepung, potas dan baking powder.Pastikan udara terperangkap semasa mengayak tu.Ayak dalam mangkuk yang bersih dan bebas dari minyak atau air ye.
5.Gaul sehala menggunakan senduk kayu hingga campuran sebati dan rata.
6.Masukkan minyak sedikit-sedikit dan gaul rata.Guna teknik kaup dan balikkan sehala.
7.Dengan cara yang sama, masukkan pulak susu.
8.Masukkan esen vanila
9.Masukkan telur sebiji-sebiji dan gaul rata guna teknik di atas.
10.Masukkan air gula hangus dan kacau sampai betul-betul rata dan sebati.Kesabaran yang tinggi adalah diperlukan semasa mengacau.Jangan lupa guna teknik yang sama iaitu kaup dan balikkan sehala supaya udara yang terperangkap kekal terperangkap.
10.Biarkan selama 5 jam.(Yang ni terpulang la.Nak perap ke tak)
11.Panaskan oven api bawah dengan suhu 165-175 celcius selama 15 minit.
12.Sementara itu, lenser loyang diameter 7 inci dengan margerin.
13.Tuang adunan dalam loyang
14.Kalau rajin, guna la baking paper untuk alas.
15.Bakar kek selama 35 minit api bawah.
16.Selepas 35 minit, bakar lagi 10 minit dengan api atas bawah.
17.Kalau nak kukus pun boleh.Didihkan air dulu sebelum masukkan adunan .
18.Kukus selama sejam.
19.Dah sejuk baru la potong.

Gambar tunggu aku masak kek ni la ye. Weekend kot.

Aktiviti berfaedah cuti sekolah

   Cuti persekolahan akhir tahun akan bermula tak lama lagi secara rasminya iaitu mulai 22 November 2019.Walau pun demikian, ada kelas-kelas yang telah pun mula bercuti kerana peperiksaan SPM fasa 2 yang bermula hari ini.Ini untuk anak-anak murid.Untuk guru cuti akan bermula secara rasminya pada 29 November di sekolah aku.Macam biasa, hujung tahun adalah masa yang paling sibuk kerana kami wajib menyelesaikan semua tugas dan masalah.Senarai semak disediakan oleh pihak sekolah untuk rujukan.

   Apakah aktiviti yang paling sesuai untuk anak-anak sepanjang cuti>Pergi holiday?Bermalas-malasan di rumah?Bagi aku seorang guru lama, aku cadangkan anak-anak isi masa dengan membuat kaji selidik atau post mortem kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pelajar.Contohnya kalau ada 14 subjek, tengok semula subjek mana yang lemah dan buat sesuatu untuk subjek tersebut.Mulakan ulang kaji awal untuk peperiksaan-peperiksaan besar.Atau pun sekurang-kurangnya buat apa saja latihan sama ada pengukuhan atau pemulihan bagi tajuk-tajuk yang patut.JANGAN ASYIK HOLIDAY@ HONEYMOON je.

   Selain daripada itu, anak-anak boleh juga mengisi masa dengan menambah amal akhirat atau ilmu agama.Cari ustaz atau ustazah yang boleh membimbing kalau mampu.Kalau tidak,bacalah apa-apa buku agama yang banyak di perpustakaan.Atau pilihan paling mudah, latih kelancaran mengaji Al Quran.Ini bagi yang muslim la.Yang non-muslim, belajar hal agama masing-masing.Mudah-mudahan dengan cara ini, hati anak-anak kita akan lebih lembut dan lebih mudah untuk menerima pelajaran.Ibu bapa boleh la jadi fasilitator di rumah.Luangkan sedikit masa dengan anak-anak.

   Mengerjakan hobi juga adalah alternatif yang sangat berguna untuk mengisi masa terluang cuti sekolah.Ikut la hobi apa yang anak-anak suka.Ibu bapa main peranan sebagai pemantau dan kaunselor.Kalau ada masa, duduk sekali dengan anak-anak.Anak-anak akan rasa dihargai dan disayangi.Dengan izin Allah, tiada jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.Hasilnya anak-anak lebih mudah bekongsi suka duka dan apa juga masalah.Untuk jangka panjang, ia akan membantu kita untuk mengelakkan anak-anak terlibat dengan gejala yang tidak baik.

   

Saturday, November 2, 2019

JDT 2 Kedah 0

   Gol!Yeah!Terkejut aku!Jiran sebelah menjerit bila JDT gol.Apa lagi kalau tidak Final Piala Malaysia yang sedang berlangsung saat ini.Buat masa ini, setelah tamat separuh masa pertama, JDT mendahului dengan dua gol kosong.Insha Allah... JDT boleh menang.

   Aku?Aku sebenarnya bukan tengok bola pun.Saja on je TV biar meriah sikit.Aku macam biasa la buat kerja sekolah.Alhamdulillah, aku dah siap menanda kertas exam 5 kelas aku.Dah pun key in di saps setelah seminggu aku menunggu.Lepas ni layan Pentaksiran Bilik Darjah pulak.Esok buat PAJSK.Begitulah seterusnya hingga 28 November sebelum dengan rasminya aku bercuti hujung tahun. Oklah.Bola dah start balik.Aku nak sambung balik buat kerja sekolah.MUdah-mudahan JDT juara Piala Malaysia tahun ini.Amiiin....

Thursday, October 31, 2019

Hatiku sekeras batu

   Syukur alhamdulillah... Untuk kesekian kalinya aku berada di dewan sekolahku bersama anak-anak tingkatan 1 dan 2.Perhimpunan harian sekolah bermula jam 12.15 pm.Biasanya dimulakan dengan doa dan diikuti bacaan Al Mathurat dan Yaasin.Kadang-kadang ada bacaan tahlil atau selawat-selawat ats nabi.Semuanya diuruskan oleh anak-anak pengawas surau.

   Subhanallah!Betapa jahil dan kecilnya aku kerana aku sendiri tidak sehebat anak-anakku yang mampu menghafal Al Maathurat, Yaasin atau selawat-selawat.Hinanya aku kerana tak mampu menghafal doa-doa atau surah-surah seperti anak-anakkku. Tiba-tiba hati rasa sayu.Meski pun aku tak mampu mengalirkan air mata, air mataku mengalir di sanubariku.Betapa banyak dosa-dosaku di atas muka bumi ini.

   Doa- taubat yang saat ini sedang dipohon menyusuk jauh ke lubuk hatiku.Betapa selama ini hatiku keras dan aku sombong denganMu.Terlalu banyak nimat dan kurniaanMu namun aku masih lagi mempersoalkan mengapa aku terus diuji lagi dan lagi.Sedangkan anak-anakku, kebanyakan adalah dari keluarga berpecah-belah.Keluarga yang sangat sedikit mengamalkan ajaran islam yang sebenar.Namun, anak-anakku ini mampu menjadi seorang islam yang jauh lebih baik dariku.

   Moga Allah berikan ganjaran pahala syurga untuk anak-anakku.Moga Allah berikan pahala buat ustaz dan ustazah di sekolahku yang mampu mendidik anak-anakku menjadi seorang islam yang lebih baik.Mudah-mudahan, Allah akan tetapkan hati anak-anakku untuk terus menjadi seorang muslim yang sejati biar di mana mereka berada dan bagaimana keadaan keluarga mereka.Sedangkan aku sendiri, imanku masih lagi setipis kulit bawang.Masih terlalu mudah untuk tergoda dengan tipu muslihat dunia.

   Sesungguhnya, iman itu tidak diwarisi maka meski pun ayahku seorang yang tinggi ilmu agamanya, aku masih teraba-raba mencari kekuatan untuk tetap istiqamah.Aku masih berperang dengan jiwaku sendiri untuk menjadi sebenar-benarnya muslimah.Sesungguhnya, terlalu besar cubaan Allah untuku namun aku redha. Selagi ada nyawa di badan, aku akan terus berjuang untuk tetap istiqamah. Terima kasih anak-anakku kerana mampu menyentuh hatiku yang sekeras batu.

Wednesday, October 30, 2019

Aku tak gila cuma aku ingin mati...

   Oleh kerana SAPS @Sistem Analisis Sekolah  masih ditutup untuk key in markah peperiksaan akhir tahun, aku merayap la kejap ke blog-blog yang telah berapa zaman entah aku tak jenguk.Kemudian aku, tengok balik setting dan layout blog aku sendiri ni.Fuh!Banyak benda dah aku lupa.Maklumlah aku start blog aku ni tahun 2010.Sekarang ni dah tahun 2019.Cepat sangat masa berlari.Bila baca balik entry-entry lama yang aku pos, boleh mengalir airmata kerana kelakar dan sedih.Dua-dua bercampur.

   Kelakar kerana banyak kenangan lucu zaman silam yang aku kongsikan.Sedih pulak kerana dalam tempoh 9 tahun tu, macam-macam perkara aku lalui.Syukur Allah masih panjangkan nyawa aku.Kalau tidak, Scarlett O'Hara (nama yang aku guna untuk blogging) hanya tinggal nama. Pertama kerana aku pernah rasakan yang dunia ni sangat kosong.Tiada yang dapat buat aku bahagia.Zahirnya aku gembira tapi batin aku tersiksa.Macam-macam aku korbankan untuk bahagia tapi akhirnya aku yang terkorban.

   Syukur alhamdulillah dengan sedikit kesedaran dalam jiwa, aku cepat mencari yang pakar.Biarlah orang kata aku gila.Aku tak kisah kerana aku tahu hanya itu jalan yang terbaik iaitu berjumpa dengan pakar.Doktor diagnos aku dengan major depressive disorder.Aku stress tahap mampu boleh bunuh diri @ terbunuh diri.Stress melampau juga penyebab aku mendapat satu lagi penyakit yang biasanya memang akan membunuh.2013, tahun yang sangat mencabar kerana aku berperang untuk hidup.Aku berjuang untuk bangun.Aku ingin mati tapi separuh jiwaku ingin aku terus berdiri.

   Hasil pertemuan dengan doktor, doktor sarankan aku mencari punca utama aku stress dan hapuskannya.Tak susah untuk aku kenal punca aku stress tahap nak mati tu.Aku ikut nasihat doktor di samping cuba kuatkan iman.Alhamdulillah, aku berjaya.Tahun 2017 aku bina hidup baru.Tapi sejujurnya aku tidak meletakkan 100% kepercayaan untuk terus bahagia kerana aku tahu apa-apa kemungkinan akan berlaku.Andai bahagia itu cukup sekadar sebentar cuma, aku redha kerana aku telah temui sesuatu untuk mengisi jiwaku yang pernah kosong.Andai esok aku pergi ke alam baru, aku pasrah kerana aku tak punya hak untuk menyatakan tidak.Sungguh pun demikian, selagi Allah pinjamkan nyawa untukku, aku akan cuba terus mencari bekal ke alam sana.

Hasil gambar untuk bunuh diri
Ini bukan aku.
Aku pinjam Google.

Tuesday, October 29, 2019

Aik Iris ni lawa giler la!

  Hi everyone!Aku baru saja tertengok, ye tertengok video mekap adik Iris di Facebook. Cantik betul budak ni.Sebelum mekap lagi dah cantik.Apatah lagi bila dah mekap. Kalau tengok gambar, mesti susah nak percaya adik ni baru 11 tahun.Fuh!Hebat!Aku masa sebelas tahun dulu masih main kejar-kejar keliling rumah dan panjat pokok.Kah!Kah!Kah! Budak cantik ni umur 11 tahun dah pandai mekap macam orang yang mahir.Kalah setengah-setengah orang dewasa mekap aku tengok.Tak percaya?Try tengok gambar di bawah tu atau terus ke Facebook dia.


Gambar mungkin berisi: 1 orang, tersenyum
Gambar dari FB adik Iris.
Suka slang utara dia yang pekat tu.

   Mudah-mudahan, minat bersolek ni takkan jadi sesuatu yang negatif untuk budak seusia Iris.Mudah-mudahan, budak iris ni terus berjaya dan mampu seimbangkan antara minat bersolek dan akhirat macam sekarang.Maksud aku, solek solek juga tapi tudung tetap tak lepas. Selamat maju jaya ye dik!

Monday, October 28, 2019

Aku korek bijik mata tu!

   Aku geram!Geram sangat-sangat!Kalau boleh aku korek-korek biji mata dia bikin sate!Semuanya gara-gara main kayu 3!Memang la bukan laki aku tapi laki orang lain!Cuma, aku geram sebab ia melibatkan orang yang dekat dengan aku.Kawan aku tu sanggup jadi cikgu sebab nak hidup dengan dia.Sanggup hidup susah di ceruk celah sawit sebab cinta.Tapi bila kau dah senang, senang-senang kau main kayu tiga ye!

   Aku tau, aku tak de hak nak marah.Tapi aku memang marah!Siap kau kalau aku tau buat perangai lagi!Yang perempuan tu pulak bukan tak de laki.Ada , tapi entah lah.Iman dan agama dah diletakkan di bawah kaki.Demi duit, sanggup buat benda paling gtak senonoh!
Naik pulak darah aku.Dah la.Malas aku nak membebel.Buat naik darah je.

Hasil gambar untuk itik dari botol sabun
Gambar Google aku pinjam

SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

     Alahai  SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ! Beria-ia aku nak key in markah peperiksaan akhir tahun.Tapi masih tutup lagi.Pertengahan tahun hari tu, aku key in 8 kelas kerana aku mengajar 8 kelas.Kali ni 5 je.Alhamdulillah, sebelum cuti Deepavali, dah siap dah semua. Bahasa Inggeris tingkatan 2 tahun ni ada 4 kertas iaitu kertas 1 (Reading), kertas 2 (Writing) kertas 3(Speaking) dan kertas 4(Listening).Setiap satu adalah 25%.

   Maksudnya setiap murid mesti menduduki kesemua keempat-empat peperiksaan barulah layak diberi gred.Dengan kata lain, jika terlepas satu kertas, markah akan diproses untuk markah keseluruhan tetapi hanya TH dicatat dalam slip peperiksaan dan bukan gred.Bagi anak-anak murid aku, TH tu macam sumpahan.Seboleh-bolehnya perlu dielak.TH akan meletakkan kedudukan paling bawah dalam ranking. Padahal markah tahap pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah adalah lebih penting.      SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ok la.tak de Idea dah nak tulis.Tunggu ilham datang balik.


Hasil gambar untuk saps image

Tuesday, April 30, 2019

Gambar Raya.Kasi can la aku nak raya.

 

     Setelah sekian lama, aku tukar header baru.Kali ini aku letak gambar family aku.Gambar kenangan hari raya 2016, hari raya terakhir bersama ayah.Huhuhu... Sedih masih terasa tetapi hidup mesti diteruskan. Masa ni, kami tak plan pun untuk pakai baju sama tema iaitu biru. Sebab itulah aku seorang yang pakai ungu.Tahun ini, kami pakat nak pakai dark grey.Adoi!Aku tak berapa gemar warna dull ni.Tapi, demi keluarga, aku ikut kan je lah. Mudah-mudahan, cantik la semua sedondon.
    

U Mobile Jasa Pack Unifi untuk guru Berbaloi-baloi!

     Baru je bertukar dari Celcom ke Jasa Pack Unifi.So far, ok.Boleh tahan laju.Kalau tak silap, pack ni unlimited untuk call, sms dan internet.Ada tambahan pulak 10 G untuk hotspot.Sangat sesuai untuk seorang 'aku' yang banyak guna internet sama ada di rumah atau di sekolah.

     Jasa pack ni harga asal sebelum promosi adalah RM99.Tetapi hingga tempoh tertentu (maaf, aku lupa la) untuk kaki tangan kerajaan, sebulan cuma RM59.Sangat berbaloi-baloi rasanya.Nombor asal pun masih boleh dikekalkan.Yang penting tak risau terhabis kredit dan data.Untuk seorang guru, bagai hilang nyawa aandai data atau kredit tak de.Bukan untuk urusan peribadi, tetapi urusan sekolah dan pdpc @ pengajaran. 
   
     Oklah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang JASA PACK UNIFI  ni, silalah klik link yang disertakan. Baca tau!

Thursday, January 31, 2019

My shortest blog post.

Being teachers nowadays, turn me crazy. 
#kpm